Dalam Sebulan Proton Saga MC3 2026 Lepasi Jualan 10,000 Unit, Ada Sebabnya!

Nampaknya, pembuat kereta nasional, Proton membuka tirai 2026 dengan mencatatkan jualan sebanyak 157,976 unit sepanjang tahun lalu dimana sebahagian besar jualan itu sebenarnya dipacu oleh model ikoniknya yang paling laris, Proton Saga MC3 2026.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Proton dalam halaman rasmi Facebook dengan menyatakan model Proton Saga MC3 2026 mencatatkan jualan sebanyak 10,000 unit sejak pelancarannya.
Bagaimanapun, perkara itu bukanlah satu kejutan besar memandangkan Proton telah menerima lebih 30,000 tempahan hanya dalam masa seminggu selepas pelancaran rasmi model pada 27 November lalu.

Selain itu, Proton juga dikatakan telah menghantar 7,957 unit Saga pada Disember 2025 sahaja.
Untuk makluman anda, Proton Saga MC3 2026 hadir dalam 3 varian dan ia menjadi model terlaris kerana dijual semurah RM37,990 namun terdapat rebat sebanyak RM1,000.
Ketiga-tiga varian Saga baharu (Standard, Executive, dan Premium) dikuasakan oleh enjin baharu yang sama iaitu enjin i-GT 1.5 liter 4 silinder aspirasi natural. Enjin ini menghasilkan kuasa 120 PS dan tork 150 Nm.
Sementara itu, varian Eksekutif dan Premium hadir dengan skrin digital baharu yang canggih, dimana ia kini menerima sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, menjadikan Saga yang pertama dalam segmen yang menawarkannya.

Selain struktur casis Saga dipertingkatkan serta didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan, ini membolehkan Saga menerima penarafan ujian perlanggaran ASEAN NCAP 4 bintang.
Sudah tentu, Saga kelihatan akan terus model terlaris bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara negara jiran.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2162
SELANGOR
BSU2927
JOHOR
JF4049J
PULAU PINANG
PSG2327
PERAK
APM264
PAHANG
CFH9528
KEDAH
KGJ3877
NEGERI SEMBILAN
NEM2153
KOTA KINABALU
SJU4604
KUCHING
QAB7285P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak
Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.
06-10-2026
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge