GWM Malaysia Eksport GWM Wey G9 CKD Ke Thailand

GWM Malaysia mencipta satu lagi pencapaian besar apabila melakukan penghantaran pertama GWM WEY G9 pemasangan tempatan (CKD) ke Thailand, baru-baru ini.
Penghantaran ini adalah hasil kejayaan pelancaran GWM WEY G9 pertama yang dipasang di Malaysia dan merupakan satu fasa strategik yang seterusnya dalam mencapai matlamat GWM untuk mengembangkan pasaran serantau bagi rantaian produk bekalan serta ekosistem pembuatan yang kukuh di ASEAN.

Penghantaran yang melakar sejarah ini telah disaksikan oleh Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, serta Ketua Pegawai Operasi, Roslan Abdullah.
Menurut Roslan, penghantaran CKD untuk GWM WEY G9 ke Thailand pada menjadi bukti betapa kukuhnya asas pasaran serantau yang sedang kami bina di ASEAN.
“Peranan Malaysia sebagai hab pemasangan yang strategik adalah langkah sokongan kami terhadap pasaran negara jiran dengan keluaran produk New Energy yang canggih, di samping memantapkan lagi integrasi rantaian bekalan produk serantau.
Penghantaran ini merupakan salah satu langkah untuk kami terus maju ke hadapan dan juga sebagai tanda kehadiran kami di rantau ini, katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, pula berkata, GWM WEY G9 adalah gabungan kejuruteraan bertaraf dunia dan hasil tangan tempatan yang mantap.

"Penghantaran ke Thailand ini menunjukkan kemampuan daya saing kami bagi menyokong perkembangan serantau GWM. Ia bukan sekadar keupayaan dari segi logistik, tetapi permulaan kepada pencapaian satu matlamat jangka panjang yang memperkukuhkan kedudukan Malaysia, khususnya untuk masa depan New Energy GWM," katanya.
Seiring dengan perlaksanaannya di Malaysia, GWM WEY G9 yang dieksport ke Thailand dibina atas platform kecanggihan New Energy GWM, yang turut disokong oleh penyelidikan global jenama tersebut dan pembangunan rangkaiannya, serta jaminan pemasangan dengan kualiti tempatan.
Model ini memperkenalkan teknologi yang dipertingkatkan kepada pasaran Thailand, termasuklah:
● Sistem Pintar Hibrid 4WD (Hi4)
● Teknologi keselamatan pintar
● Keselesaan pengalaman kabin yang premium, dicipta khusus untuk pengguna dikalangan yang berkeluarga dan juga perniagaan
Hasil pencapaian eksport CKD ini, GWM Malaysia meneruskan persediaan untuk pelancaran rasmi GWM WEY G9 pada awal tahun 2026.
Berteraskan kejayaan program pemasangan tempatan dan peningkatan minat di rantau ini, butiran lanjut berkaitan pelancaran akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi seiring dengan kemajuan pelan hala tuju kenderaan New Energy Vehicle GWM di Malaysia dan seluruh ASEAN.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik
GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.
31-07-2026
KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri
Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!
08-06-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif
Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.
27-04-2026
GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia
WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!
22-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat