Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026

Selepas beberapa teaser didedahkan di media sosial, jenama NEV premium dari China, Zeekr, telah menyiarkan beberapa imej rasmi SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, Zeekr 8X, baru-baru ini.
Zeekr 8X dikatakan akan membuat pelancaran rasminya pada separuh pertama tahun 2026.
Sekilas pandang, jelas kelihatan persamaan reka bentuk antara 8X dan 9X, khususnya di bahagian hadapan di mana 8X turut menggunakan gril hadapan gaya “waterfall” dengan kemasan krom, yang diapit oleh sepasang lampu hadapan LED berbentuk C.
Beberapa elemen krom turut kelihatan pada bampar hadapan serta bingkai tingkap, manakala pelanggan boleh memilih rim aloi bersaiz 20, 21 atau 22 inci untuk SUV ini.

Dilihat dari sisi, 8X menampilkan gaya badan SUV yang lebih bulat berbanding 9X yang lebih berkotak dan bersegi, sekali gus menjadikannya kelihatan sama dengan model seperti Toyota Century SUV dan Bentley Bentayga.
Dari segi dimensi, Zeekr 8X juga setanding dengan kedua-dua pesaing tersebut, dengan panjang 5,100 mm, lebar 1,998 mm, dan tinggi 1,780 mm, serta jarak roda 3,069 mm.
Menjengah bahagian belakang, 8X dilengkapi lampu belakang LED penuh lebar dengan hujung berbentuk C yang sepadan dengan lampu hadapan.

Zeekr mendakwa ia hadir dengan lebih 50,000 faset berbentuk berlian bagi menghasilkan identiti pencahayaan yang unik. Ciri luaran lain yang menonjol termasuk papan sisi elektrik, cangkuk tunda boleh tarik berkuasa di bahagian belakang, serta pelbagai kekengkapan lain.
Walaupun imej dalaman belum didedahkan buat masa ini, Zeekr memaklumkan bahawa 8X akan ditawarkan dalam konfigurasi lima dan enam tempat duduk, dan dijangkakan versi enam tempat duduk akan disusun merentasi tiga baris tempat duduk.

Bagi rangkaian kuasa pula, pemfailan dengan Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China (MIIT) mendedahkan bahawa 8X berkongsi platform SEA-S serta sistem rangkaian kuasa PHEV yang sama dengan 9X. Ia menampilkan enjin petrol 2.0 liter empat silinder turbo sebagai teras, dengan kuasa 275 hp. Pembeli boleh memilih antara bateri 55.1 kWh atau 70 kWh, di mana bateri yang lebih besar mampu menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 328 km (WLTC).

Namun begitu, masih belum dapat dipastikan sama ada 8X akan ditawarkan dengan konfigurasi tiga motor elektrik serta keupayaan pengecasan 6C seperti yang terdapat pada 9X, yang membolehkan SUV tersebut menghasilkan kuasa gabungan sehingga 1,381 hp (1,030 kW).
Seperti yang disebutkan sebelum ini, Zeekr 8X dijadualkan membuat kemunculan rasmi pada separuh pertama tahun 2026. Namun, lebih banyak maklumat mengenai SUV PHEV mercu tanda baharu ini dijangka akan didedahkan dari semasa ke semasa.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW5725
SELANGOR
BSU7246
JOHOR
JG6417J
PULAU PINANG
PSH642
PERAK
APM6025
PAHANG
CFJ2915
KEDAH
KGJ6533
NEGERI SEMBILAN
NEM4551
KOTA KINABALU
SJU8276
KUCHING
QAB8907P
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge