ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

Ini kerana Lepas Malaysia menayangkan beberapa imej Lepas L4 berwarna merah jambu di halaman Facebooknya sekali gus memberi bayangan ia akan dilancarkan selewat-lewatnya suku pertama tahun ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai jenama Lepas. Jenama Lepas sebenarnya  merupakan  sub-jenama  milik Chery dan dikendalikan oleh Chery Corporate Malaysia. Lepas juga merupakan jenama utama Chery dan jenama mewah Omoda | Jaecoo/iCaur.

image.pngimage.png

Carz.com.my mengesahkan bahawa model ini  sudah pun berada di pasaran tempatan dan kini menjalani ujian serta proses kelulusan jenis kenderaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Ini menandakan, model ini akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.

image.pngimage.png

Lepas L4 akan  bersaing rapat dengan B-SUV premium popular seperti Proton X50 2025 versi facelift, Honda HR-V 2025 yang diperbaharui, serta Toyota Corolla Cross.

Setelah menelitinya sebelum ini dalam bentuk konsep, kami boleh mengesahkan bahawa Lepas L4 memiliki saiz dan dimensi yang meletakkannya tepat dalam segmen B-SUV.

Dari segi dimensi, ia berukuran   4,400 mm panjang,  lebar 1,820 mm dan tinggi 1,635 mm.

Malangnya, bahagian kabinnya masih belum didedahkan setakat ini namun berdasarkan apa yang telah kita lihat pada model terdekatnya seperti seperti Chery Tiggo Cross dan Jaecoo J5 (yang juga dijangka dilancarkan tidak lama lagi), kami menjangkakan Lepas L4 bukan sahaja sebuah model mewah tetapu cukup sarat dengan pelbagai teknologi canggih yang setara dalam penawaran ‘pertengahan pasaran’ ini.

image.png

Apa yang masih menjadi tanda tanya ialah mengenai trenkuasanya.

Di pasaran luar negara, Lepas L4 ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman (ICE) serta kenderaan elektrik bateri (BEV). Maklumat mengenai versi BEV masih terhad, selain laporan jarak pemanduan WLTP yang didakwa adalah sekitar 300 km dan 450 km.

Di China, versi ICE disumbat dengan enjin petrol turbo 1.0 liter dan 1.5 liter. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik DCT 6-kelajuan. Malah, terdapat juga pilihan ketiga iaitu hibrid plug-in (PHEV) berkuasa elektrik yang menggunakan enjin petrol turbo 1.5 liter yang sama.

Buat masa ini, antara menjadi tanda tanya ialah mengenai harga! Untuk itu, apa pula pandangan anda? Agak-agak berapa harganya? 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQY6784

SELANGOR

BSQ2715

JOHOR

JYX1267

PULAU PINANG

PSC4364

PERAK

APH5870

PAHANG

CFG5628

KEDAH

KGG1437

NEGERI SEMBILAN

NEK4596

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8043N

Terakhir Kemas Kini 23 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kereta Baru

21-10-2025
Berita Auto

01-08-2025
Global

24-07-2025
Global

21-04-2025
Global
Kereta Baru

31-12-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.