ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Jaecoo J5 Boleh Ditempah, Anggaran Dari RM120K – Mewah Tapi 'Murah'

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-4.jpg


Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia memulakan tahun 2026 dengan langkah kanan. Selepas mencatatkan prestasi jualan luar biasa pada tahun lalu, tumpuan kini beralih sepenuhnya kepada ‘adik’ model J7, Jaecoo J5. SUV segmen B yang tampil dengan gaya ranggi ini kini dibuka untuk tempahan. 


Sejauh Mana Pencapaian O&J Malaysia Sepanjang 2025?


image---2026-01-12T135032.866.jpg


O&J Malaysia bukan lagi jenama "setahun jagung". Sejak memasuki pasaran pada 2024, mereka telah menunjukkan pertumbuhan yang sangat agresif.


Pada 2025, jualan melompat sebanyak 153% kepada 17,849 unit berbanding hanya 7,000 unit pada tahun sebelumnya.


Jaecoo J7 kekal sebagai model terlaris, sementara J7 PHEV sudah pun memiliki lebih 3,000 pemilik di seluruh negara.


Menurut Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo, O&J kini telah beralih daripada "pendatang baharu" kepada jenama yang dipercayai oleh pemandu Malaysia.


Model Apakah Yang Bakal Tergugat Dengan Kemunculan J5?


Dengan anggaran harga bermula RM120,000, Jaecoo J5 merupakan model paling mampu milik dalam barisan produk Jaecoo.


Dengan panjang 4,380 mm dan jarak roda 2,620 mm, J5 diletakkan tepat dalam radar pencabar Honda HR-V, Proton X50 dan juga ‘sepupunya’, Chery Tiggo Cross. 


Bagaimana Dengan Spesifikasi Enjin Jaecoo J5?


Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-22.jpg


Walaupun pasaran Indonesia menerima versi elektrik sepenuhnya (EV), untuk peringkat awal di Malaysia, J5 hanya akan ditawarkan dalam versi petrol sahaja.


Model ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter empat silinder turbo yang menghamburkan kuasa sebanyak 147 PS dan tork 210 Nm. Kuasa ini disalurkan kepada roda hadapan melalui sistem transmisi automatik CVT. 


Untuk suspensi, J5 menggunakan sistem multi-link di bahagian belakang, satu ciri yang jarang ditawarkan pada SUV segmen B yang biasanya menggunakan torsion beam. Sudut depan pula menggunakan sistem MacPherson strut. 


Juga Menarik: Jaecoo J5 Dilancar Di Indonesia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?


Adakah Reka Bentuknya Sekacak Jaecoo J7?


Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-7.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-14.jpg


Ya, Jaecoo J5 mengekalkan DNA berkotak atau boxy yang tegap seperti abangnya, J7. Walaupun ia menggunakan pemegang pintu konvensional (bukan jenis terbenam), rupa parasnya tetap nampak premium dan maskulin.


Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-23.jpg

Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-18.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-20.jpg


Di bahagian dalam, kabinnya sarat dengan teknologi yang termasuk unit infotainmen bersaiz 13.2 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Sementara itu, panel instrumen yang digunakan berukuran 8 inci. 


Untuk kemasan, model ini menggunakan material kulit sintetik yang mempunyai ciri anti-bakteria dan tahan calar, sangat praktikal untuk kegunaan harian.


Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-12.jpg


Dari segi praktikaliti, J5 menawarkan ruang but seluas 480 liter dan boleh dibesarkan sehingga 1,180 liter jika tempat duduk belakang dilipat.


Sejauh Mana Tahap Keselamatan ADAS Jaecoo J5?


O&J tidak lokek dalam aspek keselamatan. Jaecoo J5 dilengkapi dengan pakej ADAS lengkap yang menyokong pemanduan separa autonomi Tahap 2.5. Ini meletakkannya setaraf dengan SUV yang jauh lebih mahal.


Adakah Jaecoo J5 Berbaloi Untuk Dinantikan?


Menurut Chris Tan, Pengarah Kanan O&J Malaysia, J5 direka untuk melengkapkan gaya hidup moden rakyat Malaysia yang mahukan gabungan teknologi, keselamatan dan praktikaliti.


Jika harga rasmi kekal kompetitif seperti yang dianggarkan, Jaecoo J5 pasti mampu membuat jenama lain ‘sakit kepala’ untuk cuba bersaing.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQH3994

SELANGOR

BSL6037

JOHOR

JYP6018

PULAU PINANG

PRX5469

PERAK

APE1526

PAHANG

CFE7457

KEDAH

KGD7958

NEGERI SEMBILAN

NEJ2654

KOTA KINABALU

SJP7148

KUCHING

QAB203N

Terakhir Kemas Kini 14 Jan, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

-0.02

RON 97

RM 3.11

-0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.89

-0.05

EURO 5 B7

RM 3.09

-0.05

Terakhir Kemas Kini 08 Jan, 2026

Berita Berkaitan

EV

14-08-2025
Berita Auto

21-03-2025
Berita Auto

17-02-2025
Kereta Baru

06-02-2025
Berita Auto

03-02-2025
Berita Auto

17-01-2025
Berita Auto

13-01-2025
Kereta Baru

06-12-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
Kereta Baru

Jaecoo J5 Boleh Ditempah, Anggaran Dari RM120K – Mewah Tapi 'Murah'

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia memulakan tahun 2026 dengan langkah kanan. Selepas mencatatkan prestasi jualan luar biasa pada tahun lalu, tumpuan kini beralih sepenuhnya kepada ‘adik’ model J7, Jaecoo J5.

13-01-2026
Kereta Baru

Xpeng G6 RWD Muncul Dalam Versi Marhaen – Standard Range, Lancar Jan 14

Xpeng Malaysia telah mengemaskini laman web rasminya dengan kemasukan varian asas terbaru bagi SUV elektrik Xpeng G6 RWD yang kini muncul dalam versi Standard Range (SR).

12-01-2026
Kereta Baru

Toyota Vellfire HEV 2026 Boleh Ditempah – Mewah Tapi Menjimatkan, Dari RM549K

Tempahan bagi model Toyota Vellfire HEV 2026 kini dibuka secara rasmi untuk pasaran tempatan.

12-01-2026
Kereta Baru

Butiran Proton e.MAS 7 PHEV Didedahkan, Ada 3 Varian, Jarak Gerak 1,065KM

Spesifikasi terperinci bagi Proton e.MAS 7 PHEV yang akan datang telah pun didedahkan.

12-01-2026
Kereta Baru

Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?

Tidak sampai sebulan selepas syarikat jualan nasional (NSC) baharu ditubuhkan, Kia Sales Malaysia (KSM) nampaknya sudah bersedia untuk ‘menggegarkan’ pasaran tempatan.

09-01-2026
Kereta Baru

Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!

Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.

08-01-2026
Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.