ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Song-Pro-DM-i-LR-1.png


BYD Song Pro DM-i Long Range 2026 dijangka akan dipamerkan di China bermula 10 Januari akan datang. 


Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD memperkenalkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.


Ketiga-tiga model ini menerima kemas kini sistem trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) DM-i yang lebih cekap, dengan kapasiti bateri yang lebih besar untuk pemanduan elektrik yang jauh lebih lama sebelum enjin petrol perlu 'masuk campur'.


Apa Yang Menarik Mengenai BYD Song Pro DM-i Long Range?


Song-Pro-DM-i-LR-2.pngSong-Pro-DMI--LR-3.jpeg


Versi Long Range model ini dijangka dapat mencapai jarak elektrik sehingga 200 km. 


Varian baharu ini merupakan tambahan kepada Song Pro DM-i generasi kedua. Fokus utama versi baharu ini adalah memberikan lebih kebebasan kepada pemandu untuk menggunakan mod elektrik sepenuhnya (EV Mode).


Walaupun spesifikasi rasmi belum didedahkan sepenuhnya, sumber industri di China melaporkan bateri baharu ini mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 200 km (CLTC) dalam mod elektrik.


Sebagai rujukan, varian sedia ada sebelum ini hanya menawarkan jarak elektrik sekitar 133 km dengan jumlah jarak gabungan (petrol + elektrik) mencecah 1,508 km.


Sejauh Mana Pula Kehebatan Sedan Qin L (Seal 06) versi Long Range?


Qin-L-3.jpg


Sistem DM-i PHEV sedan  Qin L dipertingkatkan dengan bateri berkapasiti 26.6 kWj, untuk jarak perjalanan lebih jauh. 


Sedan ini menerima lonjakan prestasi yang sangat ketara melalui varian Long Range:

  • Bateri Lebih Padu: Kini dilengkapi pek bateri 26.6 kWj.
  • Jarak EV Luar Biasa: Mampu mencecah 210 km (CLTC), peningkatan drastik berbanding hanya 129 km pada versi terdahulu.
  • Sistem Suspensi Pintar: Varian ini bakal dilengkapi teknologi peredam pintar DiSus-C yang memberikan keselesaan pemanduan tahap premium.

Qin-L-4.jpgQin-L-2.jpegQin-L-1.png


Tiada perubahan dari segi kosmetik, tetapi aspek teknologinya dipertingkat. 


BYD tidak hanya menaik taraf bateri, malah turut memuatkannya dengan pakej teknologi terkini:

  • Infotainmen DiLink 6.0: Antara muka lebih pantas dan responsif untuk hiburan dalam kabin.
  • ADAS "God’s Eye C": Pakej bantuan pemandu yang canggih (ADAS)i yang menyokong navigasi lebuh raya pintar, bantuan parkir autonomi dan juga sistem memori navigasi bandar.

Juga Menarik: BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini


Bagaimana Pula Dengan Qin Plus DM-i versi Long Range?


Qin-Plus-1.pngQin-Plus-2.jpegQin-Plus-3.jpeg


Qin Plus DM-i Long Range kekal menggunakan sistem trenkuasa sama, tetapi diberikan bateri dengan kapasiti lebih tinggi. 


‘Sentuhan’ Long Range yang diberikan pada model Qin Plus DM-i adalah termasuk:

  • Enjin & Motor: Masih mengekalkan enjin 1.5L petrol yang dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 100 PS dan tork 126 Nm.
  • Jarak Elektrik Lebih Jauh: Jika versi lama hanya menawarkan jarak elektrik antara 43 km hingga 90 km, varian Long Range terbaru ini melonjakkan angka tersebut sehingga 210 km (CLTC).
  • Bateri Kongsi: Ia menggunakan teknologi bateri besar yang sama dengan Qin L, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap petrol untuk pemanduan harian di bandar.

Bilakah Model-Model Ini Akan Berada Di Pasaran?


Peminat di China tidak perlu menunggu lama untuk melihat model ini rasmi di pasaran:

  • Qin L & Qin Plus Long Range: Dijangka tiba di pusat jualan bermula 8 Januari 2026.
  • Song Pro DM-i Long Range: Bakal menyusul kemudian iaitu bermula 10 Januari 2026.
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2941

SELANGOR

BSU8259

JOHOR

JG9057J

PULAU PINANG

PSH2155

PERAK

APM7201

PAHANG

CFJ3375

KEDAH

KGJ7082

NEGERI SEMBILAN

NEM5043

KOTA KINABALU

SJU9837

KUCHING

QAB9448P

Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

27-10-2026
Berita Auto

26-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
EV

20-10-2026
Berita Auto

16-10-2026
Berita Auto

15-10-2026
Berita Auto

15-10-2026
EV

07-09-2026

Berita Terkini

EV

Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.

02-11-2026
EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.