ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz-Sofea-Tesla-Model-3-Standard-1.png


Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard. Dijual pada harga bermula RM147,600, model ini tiba hanya beberapa bulan selepas membuat kemuculan sulungnya di peringkat global pada Oktober 2025.


Apakah Perbezaan Prestasi Antara Model 3 Standard Dan Premium RWD?


CariCarz-Sofea-Tesla-Model-3-Standard-5.png


Walaupun dilabel sebagai "Standard", varian ini sebenarnya menawarkan jarak gerak yang lebih jauh berbanding versi Premium RWD:

  • Jarak Gerak (WLTP): Varian Standard mampu mencecah 534 km, lebih baik berbanding 520 km pada versi Premium RWD.
  • Pecutan 0-100 km/j: Hanya berbeza 0.1 saat, di mana varian Standard mencatatkan masa 6.2 saat.
  • Sistem Suspensi: Berbeza dengan versi Highland yang menggunakan penyerap hentak frequency dependent, varian Standard kembali menggunakan sistem suspensi pasif sepenuhnya (seperti model pra-Highland).

Bagaimana Cara Mengenali Model 3 Standard Dari Luaran?


CariCarz-Sofea-Tesla-Model-3-Standard-6.png


Jika dilihat sekali imbas, ia nampak serupa, namun ada beberapa perincian unik:

  • Rim Baharu: Ia didatangkan dengan rim 18 inci rekaan Prismata. Tiada pilihan untuk naik taraf ke rim 19 inci Nova.
  • Pilihan Warna Terhad: Selain warna Stealth Grey (percuma), anda hanya boleh memilih Pearl White atau Diamond Black dengan kos tambahan RM5,000. Warna premium lain tidak ditawarkan untuk varian ini.


CariCarz-Sofea-Tesla-Model-3-Standard-2.png


Apa Ciri Mewah Yang 'Dibuang' Untuk Mengekalkan Harga Murah?


CariCarz-Sofea-Tesla-Model-3-Standard-4.png


Bagi mencapai jualan harga di bawah RM150k, Tesla melakukan beberapa perubahan ketara pada ruang kabin:

  • Sistem Audio: Jumlah pembesar suara dikurangkan kepada 7 unit (berbanding 9 pada Premium RWD) dan tiada lagi fungsi radio FM.
  • Kekemasan Dalaman: Tiada lampu ambien pada papan pemuka serta lampu poket pintu. Kemasan kulit dan microsuede digantikan dengan material fabrik.
  • Pelarasan Kerusi & Stereng: Stereng kini dilaraskan secara manual. Selain itu, butang pelarasan pada kerusi dibuang, anda perlu menggunakan skrin sesentuh untuk melaras posisi duduk (namun fungsi memori profil pemandu masih dikekalkan).
  • Keselesaan: Kerusi hadapan hanya mempunyai fungsi pemanas (tiada pengudaraan), manakala kerusi belakang kehilangan fungsi pemanas. Paling ketara, skrin sentuh penumpang belakang telah dibuang dan corong AC belakang kini dikawal secara manual.

Juga Menarik: Tesla Model 3 LR RWD Dilancarkan Di Malaysia – Cecah 750 KM, Dari RM185,000


Adakah Teknologi Autopilot Dan Keselamatan Masih Dikekalkan?


CariCarz-Sofea-Tesla-Model-3-Standard-3.png


Berita baiknya, Tesla tidak berkompromi dalam aspek teknologi utama. Pembeli masih mendapat:

  • Basic Autopilot sebagai standard.
  • Sistem kamera penuh yang berfungsi sebagai dashcam.
  • Pilihan untuk menambah Enhanced Autopilot (EAP) atau Full Self-Driving (FSD).
  • Cermin sisi masih boleh boleh dikawal secara automatik, namun kehilangan fungsi malap automatik (auto-dimming).

Juga Menarik: Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRH2570

SELANGOR

BSR8097

JOHOR

JA7203J

PULAU PINANG

PSE1086

PERAK

APK1328

PAHANG

CFH2448

KEDAH

KGH2387

NEGERI SEMBILAN

NEL1041

KOTA KINABALU

SJT2192

KUCHING

QAB2395P

Terakhir Kemas Kini 24 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

10-07-2026
EV

01-07-2026
Berita Auto

16-02-2026
Kereta Baru
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.