ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tidak Perlu Tunjuk Bukti Keluar Negara, Hanya Bayar RM20 Untuk Dapatkan Kad Fizikal Lesen Memandu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Rakyat Malaysia kini tidak perlu menunjukkan bukti keluar negara untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) bermula 23 Januari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya tidak lagi meminta bukti keluar negara bagi rakyat yang memohon kad fizikal LMM 

"Sebagai langkah mengurangkan karenah birokrasi, JPJ telah diarahkan agar tidak lagi meminta bukti keluar negara.

"Bermula 23 Januari 2026, cetakan kad fizikal LMM akan dibenarkan tanpa keperluan menunjukkan sebarang bukti keluar negara dengan kadar fi cetakan RM20 untuk warganegara Malaysia dan RM100 untuk bukan warganegara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai mempunyai pilihan untuk memohon cetakan kad fizikal LMM di semua kaunter JPJ dan UTC seluruh negara, secara terbuka dan tidak terhad kepada kategori yang ditetapkan pada sebelum ini. 

Dasar sedia ada yang menawarkan pilihan kepada kumpulan sasar untuk mendapat LMM fizikal secara percuma adalah dikekalkan seperti berikut:

• Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;

• Pemegang Lesen Kelas A1 dan A; dan

• Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pemandu yang memilih kad digital LLM akan terus dapat mengakses kad memandu digital secara percuma yang boleh diperbaharui melalui aplikasi MyJPJ tanpa perlu ke mana-mana pejabat.

Gallery

Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQP4873

SELANGOR

BSN1593

JOHOR

JYS7541

PULAU PINANG

PSA3971

PERAK

APF7602

PAHANG

CFF6454

KEDAH

KGE6740

NEGERI SEMBILAN

NEJ7136

KOTA KINABALU

SJQ6764

KUCHING

QAB3860N

Terakhir Kemas Kini 11 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

15-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Konflik AS-Iran: Harga Kereta Naik, Ini Pula Kata Pakar

Konflik Timur Tengah mampu mencekik industri automatif Malaysia sekiranya perang berlarutan.

10-03-2026
Berita Auto

Dilema Balik Kampung: Roadtax 'Blacklist' Sebab Saman Melambung, Rakyat Rayu Kerajaan Beri Ihsan Diskaun Raya!

Pemberian diskaun ini dilihat sebagai satu bentuk ihsan kerajaan dalam memahami kesempitan ekonomi rakyat di musim perayaan.

10-03-2026
Berita Auto

Elak Jadi ‘Zombi’ Atas Highway! PLUS Lancar MyPLUS-TTA, Senjata Rahsia Balik Raya Tanpa Stres

Raya Tanpa 'Jem' Melampau? PLUS Dedah Jadual MyPLUS-TTA, Ini Cara Rancang Perjalanan Anda

10-03-2026
Berita Auto
Berita Auto

RON95 Subsidi Masih RM1.99! PM Beri Jaminan RON95 Tak Naik Walau Harga Dunia ‘Mendidih’

Kerajaan memberi jaminan akan berusaha sedaya mungkin untuk mengekalkan harga siling petrol RON95 pada paras RM1.99 seliter.

09-03-2026
Berita Auto

BYD ‘Laku Keras’ Sampai Tak Cukup Tangan? BYD Sime Motors Agresif Buka Lebih 40 Bilik Pameran Seluruh Negara!

BYD Sime Motors terus mengukuhkan cengkamannya sebagai raja kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan membuka lebih 40 bilik pameran.

09-03-2026
Berita Auto

Hati-Hati Perantau Kelantan, JPJ Guna Dron "ZOOM" 200 Kali Untuk Kesan Pesalah Trafik

JPJ akan menggunakan dron berteknologi tinggi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri yang mampu zoom 200 kali ganda untuk mengesan pesalah trafik.

08-03-2026
Berita Auto

"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

07-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.