ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

TQ Wuling Pasang Bingo EV Di Segambut, KL

Suhana Veru

Kongsi melalui

At-TCMA-during-the-TQ-WULING-Bingo-EV-Line-Off-Ceremony.jpeg

TQ Wuling secara rasmi mengumumkan permulaan pemasangan tempatan (CKD) untuk TQ WULING Bingo EV di  fasiliti pembuatan milik Kumpulan Tan Chong di Segambut, Kuala Lumpur.

Kerjasama ini menggabungkan kepakaran global EV daripadaSAIC-GM-Wuling (SGMW) dengan pengalaman luas Kumpulan Tan Chong dalam pembuatan tempatan, bagi memastikan kualiti bertaraf antarabangsa yang disesuaikan khas untuk pasaran Malaysia.

TQ-WULINg-Bingo-EV-Line-Off-Ceremony-(Captions-in-press-release).jpeg

Bagi fasa awal, TQ Wuling mengamalkan pendekatan pengeluaran secara berperingkat, dengan fleksibiliti untuk meningkatkan kapasiti selaras dengan permintaan pasaran dan perkembangan segmen EV tempatan. Pendekatan ini memastikan kestabilan bekalan, konsistensi kualiti dan kecekapan operasi yang optimum.

Dibangunkan dengan penekanan tinggi terhadap aspek keselamatan, Bingo EV menetapkan penanda aras baharu sebagai model EV pertama di pasaran yang dilengkapi enam beg udara serta struktur badan yang mengintegrasikan keluli ultra-berkekuatan tinggi 1,500 MPa.

Teknologi EV yang Terbukti TQ WULING Bingo EV dilengkapi dengan bateri EV MAGIC proprietari Wuling yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti. Bateri WULING MAGIC direka bentuk dengan keselamatan, dibangunkan di bawah sistem keselamatan bateri berstandard ultra tinggi Wuling.

Ia direka untuk memberikan perlindungan berbilang lapisan melalui pembinaan pek bateri yang diperkukuh, pengurusan haba termaju, serta perlindungan elektrik yang komprehensif. Sistem ini telah melalui siri ujian ketat di bawah keadaan ekstrem—termasuk hentaman, mampatan, pendedahan kepada api, perendaman air dan tekanan haba—bagi memastikan prestasi stabil dan integriti struktur dalam senario pemanduan sebenar.

Apa yang menarik, daripada lebih tiga juta kenderaan elektrik Wuling yang dijual di seluruh dunia, sistem Bateri MAGIC tidak pernah mencatat sebarang kejadian kebakaran atau letupan, sekali gus membuktikan kejuruteraan keselamatan yang kukuh serta kebolehpercayaan jangka panjang dalam penggunaan harian.

Sebagai pengukuhan tambahan terhadap kredibiliti keselamatannya, bateri MAGIC mempunyai penarafan IP68, memberikan perlindungan menyeluruh terhadap kemasukan habuk dan perendaman dalam air. Ini memastikan prestasi yang konsisten walaupun dalam persekitaran mencabar, termasuk hujan lebat atau banjir.

Ditawarkan dalam dua varian lengkap, iaitu Bingo PRO dan Bingo MAX, model ini masing- masing berharga RM67,800 dan RM72,800. Sempena pelancarannya, TQ WULING memperkenalkan Bingo’s Fabulous 5 Perks yang merangkumi rebat tunai bernilai RM5,000.

TQ-WULING-Bingo-EV.jpg

Kedua-dua varian Bingo menawarkan jarak pemanduan elektrik yang praktikal, dengan Bingo PRO mampu mencapai sehingga 333 km (CLTC), manakala Bingo MAX pula sehingga 410 km (CLTC) bagi setiap cas penuh.

Bingo EV menggabungkan saiz kompak dengan rekaan ringkas berinspirasikan retro, kemasan dalaman moden, serta kepraktisan yang teliti, termasuk 15 ruang simpanan dalaman dan ruang but fleksibel sehingga 1,240 liter apabila kerusi belakang dilipat.

Menjengah bahagian dalaman ialah susun atur konsol tengah dan papan pemuka bergaya “floating-island”, yang menempatkan dua skrin bersaiz 10.25 inci untuk paparan instrumen dan sistem infotainmen.

Dengan tawaran ini, harga atas jalan bagi Bingo PRO ialah RM62,800 manakala Bingo MAX berharga RM67,800, menjadikan Bingo EV salah satu kenderaan elektrik yang lebih mampu milik di pasaran dan memudahkan pemilikan EV untuk lebih ramai pengguna di Malaysia.

Sementara itu, 500 pelanggan pertama yang membuat tempahan akan menikmati manfaat bernilai sehingga RM12,000 di bawah tawaran Bingo’s Fabulous 5 Perk, termasuk rebat tunai RM5,000, jaminan komprehensif bagi bateri dan motor pemacu.

Malah, ansuran bulanan cukup rendah kerana bermula daripada RM625, ditawarkan pengecas EV rumah 7kW, pengecas EV mudah alih 3-pin, pakej penapisan solar premium TQ percuma, serta 17 manfaat perlindungan insurans komprehensif dengan liputan khas untuk kenderaan elektrik.

Pelanggan boleh membuat tempahan TQ WULING Bingo EV dengan bayaran tempahan serendah RM50 melalui tapak web tqwuling.my, di mana-mana bilik pameran TQ WULING atau di mana-mana jerayawara TQ WULING.

Bagi yang berminat, TQ WULING Bingo ditawarkan dalam warna Milky White, Neon Blue dan Lavender Purple, kesemuanya dipadankan dengan bumbung hitam yang kontras, menyerlahkan karakter yang muda dan moden.

Waranti dan Rangkaian TQ WULING Bingo EV dilengkapi dengan jaminan bateri EV selama 8 tahun/120,000 km*, jaminan motor pemacu selama 8 tahun/160,000 km* dan jaminan kenderaan selama 5 tahun/150,000 km* terhadap kecacatan pengeluaran (*yang mana terdahulu).

Kini, enam bilik pameran khusus TQ WULING telah tersedia di seluruh Semenanjung Malaysia, disokong lagi oleh tujuh pusat selepas jualan melalui rangkaian servis mantap.

TCMH, dengan pembukaan cawangan tambahan dijadualkan dalam beberapa bulan akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai TQ WULING dan TQ WULING Bingo EV, sila layari www.tqwuling.my atau ikuti saluran media sosial TQ WULING di Facebook, Instagram dan TikTok.




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2261

SELANGOR

BSU8075

JOHOR

JG8659J

PULAU PINANG

PSH1992

PERAK

APM7053

PAHANG

CFJ3301

KEDAH

KGJ6948

NEGERI SEMBILAN

NEM4975

KOTA KINABALU

SJU9736

KUCHING

QAB9427P

Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

04-05-2026
Kereta Baru
EV

25-07-2025

Berita Terkini

EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.