Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.
Tertera kapsyen "A sneak peek at our next chapter. JAECOO J5. Coming soon.
Bagaimanapun, pada Disember lalu, Omoda | Jaecoo Malaysia telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbaharunya itu.
Berdasarkan video ringkas itu, ia menayangkan bahagian luaran dan dalamannya dimana hakikatnya ia kelihatan agak mewah dan moden.

Ia dilihat mengekalkan DNA rekaan ‘kotak’ elegan yang sama dengan Jaecoo J7 namun dengan sedikit perbezaan seperti pemegang pintu jenis konvensional (bukannya jenis pop-out rata seperti pada J7).
Jaecoo J5 juga kelihatan lebih tampan disebabkan grilnya yang menegak selain dipadankan dengan lampu LED nipis.
Difahamkan, J5 memiliki kepanjangan standard bagi model segmen B pada 4,380 mm, dari segi kelebaran, ia berukuran 1,860 mm, yang membuatkannya kelihatan gah di jalan raya. Untuk jarak antara rodanya, model ini berukuran panjang 2,620 mm, iaitu 10 mm lebih panjang daripada HR-V dan 20 mm lebih daripada X50.

Mengenai trenkuasanya, ia menggunakan petrol 1.5 liter 4 silinder turbo dengan output 147 PS dan tork 210 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi automatik CVT.
Terdahulu, Carz.com ada berkongsi laporan mengenai ciri keselamatan Jaecoo J5 yang menyatakan bahawa ia hadir dengan pakej teknologi keselamatan termaju (ADAS) lengkap yang menyokong pemanduan separa autonomi Tahap 2.5.
Malangnya mengenai anggaran harga, ia masih menjadi tanda soal!
Namun, jika kita melihat strategi harga yang digunakan bagi model-model seperti J7 dan J8 sebelum ini yang agak kompetitif berbanding pesaing masing-masing seperti Proton X50 (Executive): Dari RM85,800, Chery Tiggo Cross (1.5T): RM88,800 dan Honda HR-V (S): Dari RM115,900.
Apapun di sebalik video teaser ini, ia sudah memberi bayangan bahawa Jaecoo J5 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5435
SELANGOR
BSU3563
JOHOR
JF5471J
PULAU PINANG
PSG3466
PERAK
APM1687
PAHANG
CFJ281
KEDAH
KGJ4297
NEGERI SEMBILAN
NEM2486
KOTA KINABALU
SJU5044
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 11 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
OMODA | JAECOO Malaysia Rekod Jualan 30,000 Unit Sejak Julai 2024
Pencapaian OMODA | JAECOO 2026: 30,000 Unit Terjual Di Malaysia.
11-05-2026
Berita Terkini
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge