Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.
Majlis pelancaran yang berlangsung di stesen BHPetrol Kg. Sungai Kayu Ara hari ini menandakan satu transformasi besar dalam pengalaman runcit stesen minyak tempatan kita.
Mengapa BHPetromart Kini Tampil Lebih Moden?
Wajah baharu ini berjaya direalisasikan hasil kerjasama strategik antara BHPetrol dengan Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC), anak syarikat MARA.
Sentuhan kali ini menyerlahkan aura runcit yang lebih moden dan kemas, memudahkan pelanggan mencari barang, serta memperkukuhkan identiti jenama BHPetrol sebagai jenama tempatan yang mampu berdiri sama tinggi dengan gergasi antarabangsa yang lain.
Apa Itu eNak?
Bagi anda yang sentiasa mengejar masa atau on-the-go, eNak adalah penyelamat. Ia merupakan jenama produk Ready-To-Eat (RTE) yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman siap saji.
Tiga elemen utama yang diketengahkan iaitu mudah, pantas dan memuaskan dengan pilihan makanan seperti kopi segar, pastri panas dan pelbagai jenis makanan separa masak.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Selain di Kg. Sungai Kayu Ara, eNak kini boleh didapati di cawangan Lebuhraya KL-Klang, Taman Melawati dan Kg. Baharu Puchong.
Yang paling menarik, BHPetrol menyasarkan untuk membuka lebih 50 cawangan eNak dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Apakah Kemudahan Menarik Lain Di BHPetrol Kg. Sungai Kayu Ara?
Stesen yang terletak strategik di LDP menghala ke arah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ini bukan sekadar tempat isi minyak. Ia merupakan sebuah one-stop center yang serba lengkap untuk kemudahan semua jenis pemandu:
- Bahan Api Berkualiti: Tersedia Infiniti Petrol 95, 97, serta Diesel B10 dan B7.
- Mesra Rakyat: Menjamin bekalan stabil dan menyokong penuh subsidi kerajaan (BUDI95) untuk meringankan kos sara hidup.
- Fasiliti EV: Dilengkapi dengan stesen pengecasan kenderaan elektrik.
- Kemudahan Lain: Kedai Dunkin, surau yang selesa, servis cuci kereta dan tandas yang dijamin bersih.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Majlis penuh bermakna ini dirasmikan oleh Ketua Eksekutif LTAT, En. Mohammad Ashraf Md. Radzi bersama Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad.
Menurut Ir. Azizul, transformasi ini adalah bukti komitmen BHPetrol untuk terus relevan dan memenuhi keperluan penduduk setempat. Beliau menegaskan bahawa sebagai syarikat pautan kerajaan (GLC) di bawah LTAT, BHPetrol tekad untuk meluaskan rangkaian mereka ke seluruh Semenanjung Malaysia agar setaraf dengan jenama besar dunia.
Juga Menarik: BHPetrol Lancar Stesen Pengecas EV Pertamanya – DC 200 kW
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8419
SELANGOR
BST4542
JOHOR
JD6102J
PULAU PINANG
PSF3307
PERAK
APL2539
PAHANG
CFH6270
KEDAH
KGH8710
NEGERI SEMBILAN
NEL6926
KOTA KINABALU
SJT9034
KUCHING
QAB5193P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Stesen BHPetrol Bandar Tun Razak Kini Berwajah Baharu, Dilengkapi Pelbagai Kemudahan
BHPetrol merasmikan semula stesen BHPetrol Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang kini tampil dengan imej baharu bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan pengalaman pengguna yang mengunjungi stesen minyak itu.
23-10-2025
Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM
Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.
23-09-2025
BHPetrol Lancar Stesen Pengecas EV Pertamanya – DC 200 kW
BHPetrol secara rasmi melangkah masuk ke arena elektrifikasi dengan pelancaran stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) pertamanya di BHPetrol Jalan Genting Klang 1
21-02-2025
Kini Pengguna BHPetrol & Petron Boleh Guna E-Dompet TrueMoney – Cepat & Mudah!
BHPetrol dan Petron kini menjalankan kerjasama dengan platform pembayaran digital terkemuka.
06-11-2023
BHPetrol Guna Terminal Bayaran Yang Dikuasakan Oleh Maxis
Maxis akan menyediakan SD-WAN untuk menyokong terminal pembayaran BHPetrol.
17-06-2023
Berita Terkini
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma
Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.
04-09-2026
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab
Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.
04-09-2026
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
