ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

1,000 Tempahan Mitsubishi Xforce Diterima Selepas Seminggu Pra-Pelancaran

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mitsubishi  Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia menerima 1,000 Mitsubishi Xforce dalam masa seminggu selepas pra-pelancaran dan pembukaan tempahan.

Sambutan menggalakkan ini mencerminkan keterujaan rakyat Malaysia terhadap SUV kompak terbaharu Mitsubishi Motors menjelang pelancaran rasminya yang dijadualkan pada awal April.

Sebagai menghargai sokongan yang amat memberangsangkan, Mitsubishi Motors Malaysia melanjutkan Pakej Early Bird eksklusif kepada 1,000 pelanggan seterusnya yang membuat tempahan sebelum pelancaran rasmi.

image.png

Pelanggan yang menempah Mitsubishi Xforce dalam tempoh lanjutan Early Bird ini turut akan menikmati:

Rebat tunai RM5,000

Tiga kali servis percuma dari segi kos buruh

Penyertaan dalam Peraduan “Buy 1 Free 1”, di mana pelanggan yang membuat tempahan sebelum pelancaran rasmi berpeluang memenangi sebuah lagi Mitsubishi Xforce Ultimate.

image.png

Untuk makluman, model ini ditawarkan dalam dua varian, iaitu Urban dan Ultimate dengan harga anggaran bermula RM110,000 bagi varian Urban dan RM120,000 bagi varian Ultimate (atas jalan tanpa insurans).

Dari segi prestasi, Mitsubishi Xforce dikuasakan oleh enjin 1.5 liter bersama transmisi CVT yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 105PS dan tork  141Nm .

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan sistem paparan audio 12.3 inci menyokong Apple CarPlay™ dan Android Auto™ tanpa wayar, manakala teknologi nanoe™ X yang digandingkan dengan sistem pendingin hawa dwi-zon membantu memastikan kualiti udara kabin yang lebih bersih.

Antara ciri lain ialah tempat duduk belakangnya hadir  dengan fungsi larasan sehingga lapan tahap sekali gus menawarkan fleksibiliti serta keselesaan optimum kepada penumpang. 

Terdapat juga sistem audio Premium Yamaha dengan lapan pembesar suara khusus untuk Mitsubishi Xforce.

Tidak ketinggalan Mitsubishi Xforce turut menawarkan ciri praktikal seperti Power Tailgate dengan Kick Motion, selain 23 ruang simpanan pintar termasuk kotak penyejuk di konsol tengah, bagi memenuhi keperluan penggunaan seharian dan perjalanan jarak jauh.

image.png

Bagi melengkapkan ciri keselamatan, model ini dilengkapi Mitsubishi Motors Safety Sensing, yang merangkumi Amaran Titik Buta, Mitigasi Perlanggaran Hadapan, Kawalan Jelajah Adaptif, Lampu Suluh Tinggi Automatik, Amaran Lintasan Belakang dan banyak lagi.

Dengan empat mod pemanduan boleh pilih, Active Yaw Control (AYC) serta kelegaan tanah terbaik dalam kelas setinggi 222mm, ia memberikan keyakinan dalam pelbagai keadaan jalan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Takashi Sakamaki, berkata, pihaknya  berterima kasih atas sambutan luar biasa terhadap Mitsubishi Xforce.

@Pencapaian lebih 1,000 tempahan dalam tempoh seminggu merupakan bukti kukuh keyakinan rakyat Malaysia terhadap jenama kami dan SUV baharu yang menarik ini. Lanjutan Pakej Early Bird ini adalah tanda penghargaan kami atas kepercayaan dan sokongan pelanggan.

image.png

''Kami juga yakin rangkaian pengedar di seluruh negara telah bersedia sepenuhnya untuk memberikan pengalaman pemilikan yang lancar, daripada tempahan hingga perkhidmatan selepas jualan,'' katanya.

Tambahnya, dengan Xforce dipasang secara tempatan, ia turut mencerminkan komitmen jangka panjang pihaknya terhadap Malaysia.

''Kami percaya Xforce akan menetapkan penanda aras baharu dalam segmennya dan terus mengukuhkan kehadiran Mitsubishi Motors di pasaran,'' jelasnya.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT4596

SELANGOR

BSU3431

JOHOR

JF5040J

PULAU PINANG

PSG3080

PERAK

APM1461

PAHANG

CFH9806

KEDAH

KGJ4132

NEGERI SEMBILAN

NEM2419

KOTA KINABALU

SJU4962

KUCHING

QAB7404P

Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

09-04-2026
Kereta Baru

16-02-2026
Kereta Baru

03-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
Kereta Baru
Berita Auto

14-11-2025
Berita Auto

13-10-2025
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa

Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.

09-10-2026
Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026
Berita Auto

Berapa Ramai Guna BUDI95?

Rupanya Ramai Tak Guna Sepenuhnya Kelayakan BUDI95.

09-10-2026
Berita Auto

Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan

Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.

09-10-2026
Berita Auto

Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati

Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.

09-10-2026
Berita Auto

Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta

GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.

09-10-2026
Berita Auto

Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan

Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut

08-10-2026
Berita Auto

Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?

ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!

08-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.