ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Bakal Lancar 4 Model, Bilik Pameran Chery Kini Pula Bercirikan Gen 4

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Antara model Chery.

Chery Malaysia akan  melancarkan sekurang-kurangnya empat model terbaharunya pada tahun ini.

Selepas Chery Tiggo 8 didedahkan  pada awal tahun ini, SUV tiga barisan tempat duduk peringkat permulaan dan model mewah flagship juga akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini yang mana sudah ada ura-ura yang mengatakan bahawa ia mungkin adalah Tiggo Chery 9.

image.pngimage.png

                                                                                                                     Chery Tiggo 9 PHEV CSH.

Dua lagi model baharu akan dilancarkan pada suku ketiga (Q3) tahun ini ialah model yang menawarkan “prestasi dan versatiliti yang dipertingkatkan”, manakala model kedua pula adalah untuk anak muda  yang  direka untuk pelanggan yang mementingkan gaya serta mencari identiti dan personaliti yang lebih menyerlah.

Pada suku keempat nanti, Chery Malaysia dikatakan akan melancarkan model terakhirnya yang dikatakan berteraskan “kemajuan terkini dalam teknologi Chery Super Hybrid (CSH).”

Seiring dengan pelancaran produk ini, Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang, mengumumkan bahawa pengeluar itu menjangkakan pertumbuhan model elektrifikasi CSH pada tahun 2026, dengan sasaran jualan sehingga 30% daripada jumlah jualan tahunan syarikat tahun ini.

image.png

Barisan produk yang bakal dilancarkan.

“Bagi tahun 2026, kami menjangkakan produk CSH akan berkembang sehingga mewakili 30% daripada campuran jualan kami, disebabkan peningkatan minat rakyat Malaysia terhadap kenderaan hibrid,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa siri SUV Tiggo akan terus menjadi fokus teras strategi produk Chery Malaysia pada masa akan datang manakala teknologi CSH yang akan terus memacu peralihan jenama itu ke arah elektrifikasi.

image.png

 Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang, 

Selain produk baharu, Chery Malaysia juga berhasrat untuk terus memperkukuh jejak rangkaian tempatan, yang kini merangkumi 59 pusat jualan, 54 kemudahan selepas jualan, dan 25 pusat badan dan cat (B&P) di seluruh negara.

Difahamkan, pengeluar dari Wuhu itu akan mengambil pendekatan lebih strategik dengan menumpukan usaha kepada pengukuhan keupayaan cawangan sedia ada.

Ini kerana pihak syarikat mahu memastikan setiap pusat Chery di Malaysia mampu memberikan kualiti perkhidmatan yang tinggi serta konsistensi operasi yang lebih baik.

image.png

Rangkaian Chery di seluruh Malaysia.

Antara langkah yang diambil termasuk pengenalan reka bentuk bilik pameran Generation 4 Chery, dengan cawangan pertama yang mengguna pakai identiti korporat (CI) terkini ini ialah Chery Perai.

Pusat 4S yang diperbaharui ini  menampilkan imej yang lebih premium dan moden, lengkap dengan logo Chery yang dikemas kini.

image.png

                                                                                    Pusat 4S Chery Perai yang bercirikan identiti Gen 4.

Pelaksanaan kemas kini CI ini akan dilakukan secara berperingkat di semua cawangan Chery Malaysia, dengan pusat 3S dan 4S akan datang dijadualkan mengadaptasi identiti Generasi 4 baharu sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang jenama tersebut untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM5627

SELANGOR

BST2260

JOHOR

JD1347J

PULAU PINANG

PSF832

PERAK

APK9530

PAHANG

CFH5385

KEDAH

KGH7203

NEGERI SEMBILAN

NEL5710

KOTA KINABALU

SJT6940

KUCHING

QAB4514P

Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

26-09-2025
Global

29-08-2025
Teknologi

21-07-2025
Global

24-06-2025
Berita Auto

04-06-2026
Teknologi

10-04-2026
Berita Auto

11-03-2026
Berita Auto

13-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak

Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.

26-08-2026
Berita Auto

Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand

Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.

26-08-2026
Berita Auto

Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk

Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.

26-08-2026
Berita Auto

2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL

Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.

26-08-2026
Berita Auto

Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian

Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.

26-08-2026
Berita Auto

MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal

Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.

25-08-2026
Berita Auto

Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti

Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.

25-08-2026
Berita Auto

Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora

WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.

25-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.