Dilancar: Dongfeng 007, Vigo Masuk Malaysia, Harga-RM161,800* & RM100,000*


Dongfeng Cars Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya dua kenderaan elektrik terbaharu mereka, Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo.
DONGFENG 007
Dua varian Dongfeng 007 ditawarkan di Malaysia, dengan harga bermula dari RM169,888 bagi varian asas Premium dan RM195,888 untuk varian tertinggi Prime Performance.
Sementara itu, Dongfeng Vigo hanya ditawarkan dalam satu varian iaitu Premier, dengan harga RM108,888.

Bagaimnapun, harga yang dinyatakan di atas tidak termasuk diskaun pelancaran khas bernilai RM8,888.
Dengan diskaun tersebut, harga jualan menjadi RM161,000 untuk 007 Premium, RM187,000 untuk 007 Prime Performance, dan RM100,000 rata bagi Vigo Premier.


Selain itu, semua harga yang dinyatakan turut merangkumi pakej jaminan standard yang ditawarkan oleh Dongfeng Cars Malaysia, termasuk jaminan kenderaan enam tahun tanpa had perbatuan, jaminan rangkaian kuasa (powertrain) lapan tahun tanpa had perbatuan, serta satu unit pengecas dinding ABB percuma.

Untuk makluman, Dongfeng 007 adalah sedan EV bersaiz sederhana dengan rekaan badan fastback yang sporty.
Varian Premium dilengkapi satu motor elektrik tunggal yang dipasang di belakang (pacuan roda belakang, RWD) dengan kuasa 268 hp (200 kW) dan tork 310 Nm, membolehkannya memecut dari 0–100 km/j dalam masa 5.8 saat.


Varian tertinggi Prime Performance pula tampil dengan sistem dwi-motor pacuan semua roda (AWD) yang lebih bertenaga, dimana ia mampu menghasilkan output gabungan sebanyak 544 hp (400 kW) dan 620 Nm, sekali gus membolehkan ia mampu memecut dari 0–100 km/j dicapai dalam masa hanya 3.9 saat.
Dongfeng 007 spesifikasi Malaysia didatangkan standard dengan pek bateri berkapasiti 73.48 kWh.
Ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 650 km (CLTC) untuk varian Premium manakala varian Prime Performance bermotor dwi mencatat jarak sedikit lebih rendah iaitu 565 km (CLTC). Pek bateri ini juga menyokong pengecasan AC 6.6 kW serta pengecasan pantas DC sehingga 200 kW.


Dari segi dimensi, Dongfeng 007 berukuran 4,880 mm (panjang), lebar 1,895 mm dan tinggi 1,465 mm, dengan jarak roda 2,915 mm.
Ini meletakkannya setanding dengan sedan EV China popular lain seperti BYD Seal, GWM Ora 7, Xpeng P7 dan banyak lagi.
Melihat luarannya, ia hadir dengan sistem pencahayaan LED penuh, rim aloi pelbagai jejari bersaiz 19 inci (18 inci bagi varian Premium), serta pelbagai kelengkapan lain.

Di sebalik penampilan luaran yang sporty, kabin Dongfeng 007 menawarkan ruang yang luas serta dilengkapi pelbagai ciri premium, selain ruang but sebesar 452 liter.
Seperti kenderaan lain, ia juga hadir dengan skrin infotainmen tengah bersaiz 15.6 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, kluster meter digital 8.8 inci, tempat duduk hadapan berkuasa dengan fungsi pengudaraan, balutan kulit vegan, pencahayaan ambien, bumbung kaca panoramik, pengecas tanpa wayar, serta sistem audio premium WANOS dengan 19 pembesar suara.


VIGO
Beralih kepada Dongfeng Vigo (juga dikenali sebagai Nammi 06 di China), SUV crossover segmen-B ini ditawarkan dengan satu konfigurasi rangkaian kuasa untuk pasaran tempatan, iaitu motor elektrik tunggal yang dipasang di hadapan (pacuan roda hadapan, FWD)
Untuk itu, Vigo ini mampu menghasilkan kuasa setakat 161 hp (120 kW) dan tork 230 Nm.
Dongfeng mendakwa konfigurasi ini membolehkan Vigo mampu memecut dari 0–100 km/j dalam masa 9.5 saat, manakala pek bateri LFP berkapasiti 51.87 kWh pula menawarkan jarak pemanduan sehingga 471 km.


Dari segi pengecasan, Vigo menyokong pengecasan AC 6.6 kW serta pengecasan pantas DC sehingga 167 kW.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4,306 mm (panjang), lebar 1,868 mm dan tinggi 1,654 mm, serta jarak roda 2,715 mm. SUV ini turut dilengkapi rim aloi hitam bersaiz 18 inci dengan tayar 215/55/R18.


Walaupun bersaiz kompak, Dongfeng mendakwa Vigo menawarkan ruang kargo paling luas dalam kelas SUV EV segmen-B, iaitu 500 liter.
Ruang ini boleh diperluaskan lagi dengan merebahkan tempat duduk belakang atau melaraskan paras lantai ruang kargo.
Apa yang menarik, Vigo turut menampilkan rekaan pintu belakang terbahagi dua (split tailgate) untuk ruang but, satu ciri yang jarang ditemui dalam SUV segmen-B.


Vigo turut hadir dengan skrin infotainmen tengah bersaiz 12.8 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, kluster meter digital 8.8 inci, tempat duduk hadapan berkuasa dengan fungsi pengudaraan dan memori untuk pemandu, pencahayaan ambien, balutan kulit vegan, bumbung kaca panoramik, serta pelbagai ciri lain.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1758
SELANGOR
BSN4692
JOHOR
JYT4665
PULAU PINANG
PSA6584
PERAK
APG1363
PAHANG
CFF8496
KEDAH
KGE8326
NEGERI SEMBILAN
NEJ8149
KOTA KINABALU
SJQ8651
KUCHING
QAB4273N
Terakhir Kemas Kini 23 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar
Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?
11-03-2026
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.
04-03-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat