Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?

Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut didedahkan mengenai enam model yang dimaksudkan itu.
Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki menyifatkan bahawa pihaknya akan memperluaskan model hibrid dengan kuasa e:HEV termasuk teknologi teknologi S+ Shift.
“Pengenalan teknologi S+ Shift adalah contoh jelas hala tuju ini yang mana ia memberikan hubungan kereta dengan pemandu yang lebih baik serta memberikan setiap perjalanan lebih dinamik dan memberikan kepuasan, menunjukkan apa Honda buat berbeza, untuk semua orang yang suka memandu,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama media di ibu negara semalam.
Teknologi S+ Shift ini membolehkan pemandu pembuat pertukaran gear maya tidak ubah seperti kotak gear sebenar, selain boleh menggunakan pedal penukar gear. Sistem S+ Shift ini diinspirasikan daripada kaedah kawalan transmisi DCT sembilan kelajuan yang digunakan pada supercar NSX generasi kedua.
Bagi meningkatkan pengalaman pemanduan, Honda turut menambah bunyi enjin tiruan untuk memberikan lebih keseronokan seolah-olah memandu kenderaan berprestasi tinggi.
Teknologi S+ Shift bukan sahaja eksklusif untuk model Prelude, tetapi dijangka akan diperluaskan kepada model e:HEV generasi akan datang.


Setakat ini, apa yang diketahui penulis adalah teknologi S+ Shift ini disumbat pada EV Honda Super One. Model ini hanya dijual di Jepun dan ia sudah pun diuji di Malaysia. Jadi, ada kemungkinan enam model yang dimaksudkan itu juga akan membabitkan EV Honda Super One.
Selain EV Honda Super One, Honda ZR-V juga dikatakan mungkin antara enam model yang akan dipasarkan nanti di Malaysia.
Untuk makluman, Honda ZR-V ditawarkan di beberapa negara seperti Jepun, Amerika Syarikat dan China.
ZR-V adalah singkatan kepada ‘Z Runabout Vehicle’, yang merujuk kepada Generasi Z.

Ia didatangkan dengan dua pilihan enjin yang pertama ialah enjin 1.5 liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 176hp @ 6,000rpm dan tork 240Nm @1,700 – 4,500rpm bersama transmisi CVT.
Kedua adalah trenkuasa e:HEV hibrid menerusi enjin 2.0 liter Atkinson berkuasa 139hp @ 6,000 rpm dan tork 182Nm @ 4,500 rpm. Sementara, motor elektriknya menghasilkan kuasa 181hp dan tork 315Nm bersama transmisi e-CVT.
Bercakap dengan beberapa sumber dalaman, Carz.com.my juga boleh mengesahkan bahawa model MPV Stepwgn generasi keenam terbaharu turut tersenarai antara enam model baharu yang dirancang. MPV berbentuk kotak itu sebenarnya sudah pun dijual di Thailand.
Di Thailand, Stepwgn ditawarkan dengan rangkaian kuasa hibrid petrol-elektrik e:HEV jenama H, iaitu sistem yang turut dikongsi bersama Civic dan CR-V versi elektrifikasi, menampilkan enjin asas petrol 2.0 liter empat silinder.
Difahamkan, ia menjadi pilihan popular dalam pasaran import recon dimana ia menjadi model rasmi Honda Malaysia lengkap dengan jaminan rasmi serta sokongan selepas jualan berpotensi mencetuskan perubahan dalam segmen pasaran tersebut.
Sudah tentu, kita boleh menjangkakan versi Stepwgn untuk pasaran Malaysia akan mencerminkan spesifikasi yang ditawarkan di Thailand.
Begitupun, selebih dua model masih samar. Apapun, kita tunggu pengumuman seterus Honda Malaysia nanti!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini
Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.
11-02-2026
Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900
Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.
13-11-2025
Berita Terkini
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge