- Berita
- Berita Auto
- Kemalangan Maut Di Jelapang: Keluarga Mangsa Rayu Orang Ramai Kongsi Rakaman Dashcam
Kemalangan Maut Di Jelapang: Keluarga Mangsa Rayu Orang Ramai Kongsi Rakaman Dashcam

"Kami ingin merayu kepada orang ramai yang mempunyai apa-apa bukti seperti rakaman kamera papan pemuka (dashcam) ataupun saksi kejadian, kami memohon supaya anda membuat laporan polis dan hubungi kami.
Itu kata abang mangsa, Steven berhubung kemalangan yang mengakibatkan nyawa anak saudaranya berusia 3 tahun melayang manakala adiknya yang berusia 34 tahun terselamat dalam kemalangan yang berlaku di di kawasan Puncak Jelapang, laluan Jalan Ipoh–Lumut, pada Selasa lalu.

Untuk itu, pihaknya keluarganya ingin mengetahui kejadian sebenar dan memerlukan rakaman 'dashcam' bagi membantu siasatan pihak berkuasa sebagai pembelaan kepada mendiang anak saudaranya.
"Kami hanya mahu menuntut keadilan untuk si mati dan juga adik perempuan kami. Tolong bantu kami sebarkan mesej ini," katanya dalam satu video di Instagram.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang itu, ibu mangsa berusia 34 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Kelisa mengalami cedera di bahagian muka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dua anggota yang berada dalam kereta Honda Civic milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) masing-masing mengalami cedera di kaki, patah di bahu kiri serta luka di kelopak mata.
Siasatan awal mendapati kereta peronda PDRM dipandu seorang anggota lelaki berusia 48 tahun bersama seorang lagi anggota lelaki berusia 42 tahun dalam perjalanan dari arah Lumut menghala ke Jelapang sebelum kemalangan berlaku.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu Proton Kelisa yang datang dari arah bertentangan dipercayai secara tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan kereta peronda berkenaan sebelum berlaku perlanggaran," katanya ketika dihubungi pemberita.
Abang Zainal Abidin berkata, akibat perlanggaran itu, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di seluruh bahagian termasuk cermin hadapan yang pecah.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 22 saat memaparkan insiden tersebut dengan beberapa orang awam dilihat membantu mangsa di tepi jalan sementara menunggu bantuan tiba.
Sehubungan itu, bagi sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian, hubungi Steven di 016-770 8617.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS4294
SELANGOR
BSU1650
JOHOR
JF1482J
PULAU PINANG
PSG380
PERAK
APL8421
PAHANG
CFH8954
KEDAH
KGJ3186
NEGERI SEMBILAN
NEM1578
KOTA KINABALU
SJU3825
KUCHING
QAB6843P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kemalangan Di Lebuhraya Dash: Pelajar Kolej Maut, Tercampak Dari Ketinggian 21 Meter
Seorang pelajar maut selepas tercampak dari ketinggian 21 meter di jejambat susur Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).
24-08-2025
Bas Persiaran Terlibat Dalam Kemalangan, 2 Maut
Lagi kemalangan bas pesiaran yang menyebabkan dua penumpang bas terkorban.
03-07-2025
Lokasi Kemalangan Pelajar UPSI, Sudah Ada Garisan Kembar
Tular mengenai lokasi kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak sudah mempunyai garisan berkembar.
17-06-2025
15 Pelajar UPSI Terkorban: JKR Bakal Pasang 385 Lampu Solar
JKR akan memasang sebanyak 385 lampu jalan jenis solar di laluan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, termasuk di kawasan lokasi nahas bas.
11-06-2025
9 Anggota FRU Maut Angkara Stereng Lori Pasir Rosak
Kegagalan fungsi stereng sebuah lori pasir dipercayai menjadi punca kenderaan berat itu merempuh kenderaan trak FRU.
13-05-2025
Peserta RXZ Fighter Maut, Berlanggar Sesama Sendiri
Dua lagi parah selepas motosikal yang dinaiki mereka berlanggar sesama sendiri.
03-05-2025
Nahas Terowong Menora: Polis Sedang Kesan Pemandu Langgar Ibu Hamil
Pemandu Mitsubishi Xpander diminta tampil untuk membantu siasatan.
04-04-2025
Kemalangan Tular: Seorang Pelajar Cemerlang Maut
Gara-gara Alza makan jalan, seorang remaja terkorban.
03-02-2025
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
