Lebih 3,000 Proton e.MAS 5 Terjual Setakat Bulan Lalu
PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, mengumumkan bahawa sebanyak 3,026 unit Proton e.MAS 5, model EV kedua di bawah jenama Proton e.MAS, telah terjual pada Januari lepas.
Ini merupakan jumlah penghantaran bulanan tertinggi bagi satu model yang pernah dicatatkan oleh PRO-NET. Pencapaian ini sekali gus mengukuhkan kedudukan.

Proton e.MAS di Malaysia selepas tahun 2025 yang cemerlang dengan 9,549 kenderaan terjual direkodkan, bersamaan enam peratus daripada jualan tahunan PROTON dan 22 peratus bahagian pasaran EV negara.
Dilancarkan pada 30 Oktober 2025, Proton e.MAS 5 diperkenalkan sebagai EV Mampu Milik Pertama di Malaysia, direka untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia.


Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, sejak pjelancarannya, Proton e.MAS 5 menerima sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia, melebihi apa dijangkakan.
"Menjual lebih 3,000 unit dalam sebulan adalah bukti kekuatan produk dan keyakinan kami kepada rakyat terhadap masa depan EV di Malaysia. Kami amat menghargai kepercayaan semua pelanggan dan dengan sukacitanya mengumumkan bahawa rebat harga pelancaran RM3,000 akan terus ditawarkan,” katanya.
Bukan hanya sekadar kenderaan mampu milik, Proton e.MAS 5 menawarkan pengalaman pemanduan elektrik yang lengkap untuk rakyat Malaysia. Dengan jarak pemanduan WLTP sehingga 325 km dan sokongan pengecasan pantas DC, ia menjadikan perjalanan harian di bandar ataupun percutian hujung minggu lebih praktikal.
Ia hadir dengan pelbagai ciri menarik seperti skrin FHD 14.6 inci, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, arahan suara dwibahasa dalam Bahasa Inggeris dan Melayu, aplikasi Proton e.MAS serta Peta Pengecasan Langsung dan banyak lagi.
Jika berminat, anda boleh menempah Proton e.MAS 5 dengan RM99 dan mendaftar minat di laman web Proton e.MAS atau kunjungi mana-mana 48 bilik pameran Proton e.MAS di seluruh negara.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda
PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.
19-06-2026
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat