MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

Jenama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang berjaya menjual lebih satu juta kenderaan di pasaran Eropah dan UK, lapor laman berita automotif, CarNewsChina.
MG, yang pada asalnya merupakan pengeluar automotif Britain, telah diambil alih oleh Nanjing Automotive Corporation pada tahun 2005. Pada tahun 2007 pula, SAIC mengambil alih Nanjing Automotive Corporation.
Berdasarkan jualan pada tahun 2025, MG menjual lebih daripada 300,000 kenderaan di pasaran Eropah dan UK (dengan lebih 85,000 kenderaan dijual di UK), sekali gus mencatatkan peningkatan hampir 30% dari tahun ke tahun.
Menerusi pencapaian ini, MG mengekalkan kedudukannya sebagai jenama automotif China paling laris di Eropah untuk tahun ke-11 secara berturut-turut.
Ia juga menduduki tempat ke-16 dalam pasaran keseluruhan Eropah dan UK, menjadikannya satu-satunya jenama China yang berjaya memasuki kelompok 20 teratas.
Malah, pada tahun 2025 jugam MG berjaya menjual 137,000 unit siri Hybrid+, iaitu meningkat 300% berbanding tahun sebelumnya manakala sebanyak 46,000 kenderaan elektrik sepenuhnya turut dijual.
Sementara itu, menurut Persatuan Pengeluar Automobil Eropah (ACEA), MG telah pun menjadi jenama kereta China paling laris di Eropah dengan 153,000 unit terjual, mengatasi Tesla buat pertama kalinya dari segi jualan separuh tahunan, pada separuh pertama tahun 2025.

Hakikatnya ia adalah pencapaian agak luar biasa kerana pada tahun 2021, MG direkodkan menjual lebih daripada 50,000 kenderaan di Eropah.
Pada tahun 2022, Eropah menjadi pasaran luar negara pertama MG yang mencatatkan jualan melebihi 100,000 kenderaan, diikuti dengan 200,000 kenderaan terjual pada tahun 2023.
Sehingga kini, jualan terkumpul MG di Itali, Sepanyol dan Perancis masing-masing telah melebihi 100,000 unit. Sebagai pasaran terbesar MG, jenama tersebut telah menjual lebih daripada 370,000 unit secara terkumpul di UK, dengan jualan kenderaan elektrik sepenuhnya melebihi 100,000 unit.
Setakat Januari tahun ini, MG telah menghantar hampir 26,000 kenderaan di Eropah, mewakili peningkatan kira-kira 15% tahun ke tahun.
***NOTA; LAPORAN BERITA INI DIAMBIL DARI LAMAN BERITA AUTOMOTIF, CARNEWSCHINA.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

