ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Suhana Veru

Kongsi melalui

 Chery-Lucky-Draw_Photo1.JPG

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu"!

Itulah perumpamaan yang sesuai buat pemenang hadiah utama, Joan Gan Cherl Wean yang berjaya membawa pulang kereta  Chery Tiggo Cross Hybrid Electric Vehicle (HEV) menerusi peraduan Chery Plug-in Hybrid yang diadakan baru-baru ini. 

Peraduan tersebut diadakan  dari 9 Disember 2025 hingga 6 Januari yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai memandu uji mana-mana model PHEV Chery serta memuat naik gambar bersama kenderaan tersebut untuk peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM200,000, termasuk hadiah utama sebuah Chery TIGGO CROSS HEV.

Nama Gan telah dipilih daripada lebih 1,300 peserta semasa pengumuman pemenang yang disiarkan secara langsung di platform media sosial rasmi Chery Malaysia.

Gan, berkata, dia sebenarnya  sudah memiliki Chery Tiggo  7 Pro selama lebih setahun dan tertarik menyertai peraduan itu selepas  selepas digalakkan oleh staf pusat pameran ketika menghantar kenderaannya untuk diservis.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan memenangi kereta itu. Pada mulanya menyangka ia sekadar gurauan, Gan berkata jurujual sudah menjangka beliau tidak akan percaya begitu sahaja. “

"Untuk meyakinkan saya, mereka menghantar rakaman video sesi undian langsung yang saya terlepas. Ini kali pertama saya memenangi apa-apa melalui cabutan bertuah, dan ini pula hadiah utama. Memang satu permulaan Tahun Baru yang amat bermakna,” katanya.

Sementara itu,  Naib Presiden Chery Malaysia.Lee Wen Hsiang berkata, pihaknya mahu pelanggan merasai sendiri pengalaman memandu PHEV Chery

"Ia bukan sekadar bergantung pada ulasan atau cadangan rakan terdekat. Apabila anda memandu sendiri PHEV Chery, anda bukan sahaja memahami cara ia berfungsi, malah dapat mengenali teknologi Chery Super Hibrid dengan lebih mendalam. Dari situ, anda boleh menentukan sama ada ia pilihan terbaik untuk anda,” katanya.

Selain hadiah utama, kempen tersebut turut memberikan pelbagai hadiah lain kepada peserta, termasuk peralatan elektrik dan gajet elektronik.

Peraduan ini merupakan sebahagian daripada kempen promosi hujung tahun Chery, yang menawarkan ganjaran perayaan dan tawaran eksklusif merentasi barisan modelnya, sekali gus memperkukuh penghargaan jenama terhadap komuniti pelanggannya yang semakin berkembang.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN6614

SELANGOR

BST4184

JOHOR

JD5281J

PULAU PINANG

PSF2897

PERAK

APL2154

PAHANG

CFH6110

KEDAH

KGH8424

NEGERI SEMBILAN

NEL6731

KOTA KINABALU

SJT8709

KUCHING

QAB5064P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

04-06-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026
Teknologi

10-04-2026
Berita Auto

11-03-2026
Berita Auto

Kenapa Ramai Pilih Chery Untuk Raya Tahun Ini? Ada Sebabnya

Bukan sekadar kereta baharu, Chery tawar rebat untuk anda balik kampung tahun ini.

06-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.