ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-ProtoneMAS-Jan2026.png


Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan tahun 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari. Berdasarkan perkongsian di laman media sosial rasmi mereka, sebanyak 3,276 unit telah berjaya diserahkan kepada pelanggan sepanjang bulan lalu.


Jika dikira secara purata, angka ini bermakna lebih daripada 100 unit kenderaan Proton e.MAS keluar dari bilik pameran setiap hari. Pencapaian ini sekali gus memberi isyarat bahawa penerimaan rakyat Malaysia terhadap jenama elektrik nasional ini semakin memuncak.


Sejauh Mana Peningkatan Jualan Proton e.MAS Berbanding Tahun Lalu?


web_TA_CariCarz_Proton-e.MAS-5_First-Drive_EXT_-3.jpgCaricarz-MBA-Proton-eMAS7-Premium-Charging-1.jpg


Peningkatan yang dicatatkan pada Januari 2026 merupakan satu lonjakan yang cukup tinggi jika dibandingkan dengan prestasi yang dicatatkan pada hujung tahun 2025.


Angka 3,276 unit pada Januari tahun ini adalah hampir tiga kali ganda berbanding 1,106 unit yang direkodkan pada Disember tahun lalu, berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Menariknya, jumlah penyerahan bagi bulan Januari sahaja sudah menyamai kira-kira satu pertiga daripada keseluruhan jualan tahun 2025 yang berjumlah 9,336 unit.


Untuk makluman pembaca, daripada keseluruhan jualan tahun lalu, sebanyak 8,677 unit adalah untuk pasaran tempatan manakala 659 unit lagi telah dieksport ke luar negara.


Model Manakah Yang Mencuri Jiwa Rakyat Malaysia?


web_TA_CariCarz_Proton-e.MAS-5_First-Drive_EXT_-3.jpgCaricarz-MBA-Proton-eMAS7-Premium-Charging-1.jpg


Walaupun data rasmi daripada JPJ bagi pecahan model Januari 2026 belum dikeluarkan, model terlaris PRO-NET dijangkakan Proton e.MAS 5. Syarikat tersebut sebelum ini mengesahkan bahawa tempahan e.MAS 5 telah pun melebihi 10,000 unit sehingga hujung tahun lalu. Harga yang kompetitif dan saiz yang praktikal menjadikannya pilihan ramai peminat EV di Malaysia.


Juga Menarik: Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!


Adakah Proton e.MAS 7 PHEV Bakal Menjadi Pencetus Fenomena Baharu?


Caricarz-MBA-Proton-eMAS7-PHEV-Preview-5.jpgCaricarz-MBA-Proton-eMAS7-PHEV-Preview-6.jpg


Belum lagi reda kehangatan jualan Januari, Proton e.MAS sudah bersedia untuk melancarkan model ketiganya, Proton e.MAS 7 PHEV, pada 4 Februari ini (Rabu).

Apa yang anda perlu tahu tentang model ini:

  • EV Dwi-Kuasa Pertama Negara: Ini merupakan model hibrid plug-in (PHEV) pertama daripada Proton, menggabungkan kecekapan motor elektrik dengan kuasa enjin petrol.
  • Anggaran Harga: Tempahan kini telah dibuka dengan harga sasaran antara RM110,000 hingga RM130,000.
  • Segmen SUV: Model ini dijangka akan bersaing sengit dalam pasaran SUV segmen C versi hibrid. 

Juga Menarik: Jangan Risau, Proton e.MAS 7 PHEV Boleh Gerak Lebih 1,100 KM


Caricarz-MBA-Proton-eMAS7-Premium-Ext-6.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2340

SELANGOR

BSU8095

JOHOR

JG8672J

PULAU PINANG

PSH2014

PERAK

APM7058

PAHANG

CFJ3302

KEDAH

KGJ6952

NEGERI SEMBILAN

NEM4978

KOTA KINABALU

SJU9742

KUCHING

QAB9427P

Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
Berita Auto

Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan

Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.

05-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
Tips

Jaecoo J5 EV vs Proton e.MAS 7: Mana Berbaloi RM118k?

Jaecoo J5 EV Dilancar RM118.8k: Lawan Proton e.MAS 7.

03-09-2026
Berita Auto

PROTON & e.MAS Buka 10 Cawangan Serentak Dalam Masa 10 Hari

Kembangkan Empayar: PROTON & e.MAS Lebar Sayap, Pecah Rekod Buka 10 Cawangan Dalam 10 Hari.

24-07-2026
Berita Auto

Proton Lantik Grand Motors Sebagai Pengedar Rasmi Proton e.MAS Di Brunei

PROTON Lantik Grand Motors Kendali Rangkaian EV Di Brunei.

29-06-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran

Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.

21-04-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026

Berita Terkini

EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.