ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_SN_Toyota-Vios-HEV_-140.jpg


Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut. Sepanjang tahun 2025, Toyota berjaya menyerahkan sebanyak 11.3 juta kenderaan di seluruh dunia.


Angka luar biasa ini menyaksikan Toyota jauh meninggalkan pesaing terdekatnya, Volkswagen, yang mencatatkan jualan di bawah paras 9 juta unit bagi tempoh yang sama.


Apakah Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan Toyota?


web_press_Toyota-RAV4-launch_-13.jpg2025-Lexus-NX350h-Luxury-MY-21.jpg


Secara keseluruhan, Toyota mencatatkan kenaikan jualan sebanyak 4.6% berbanding tahun sebelumnya. Kejayaan ini disumbangkan oleh prestasi cemerlang semua divisyen di bawah naungannya yang termasuk jenama utamanya, Toyota, jenama mewah, Lexus, jenama kereta kompak, Daihatsu, serta jenama trak, Hino Motors.


Permintaan melonjak di negara Jepun dan Amerika Utara, yang mana kedua-dua wilayah ini menyumbang hampir dua perlima daripada jumlah jualan global.


Eksport dari Jepun ke Amerika Utara melonjak 14.2%, didorong oleh populariti luar biasa RAV4 generasi keenam yang dilancarkan awal tahun lalu.


Bagaimanakah Prestasi Toyota Di China Di Tengah-Tengah Kesengitan Pasaran EV?


bz3-6.jpg


Walaupun berdepan saingan sengit daripada jenama elektrik tempatan, Toyota berjaya mencatatkan pertumbuhan 0.2% di China pada 2025. Ini merupakan pencapaian penting kerana buat pertama kalinya dalam tempoh empat tahun, jualan Toyota di pasaran terbesar dunia itu tidak menunjukkan penurunan.


Betulkah Kereta Hibrid Lebih Laku Berbanding EV Bagi Toyota?


CariCarz_SN_Toyota-Vios-HEV_-129.jpgweb_CariCarz_MBA_KLIMS24_Toyota_Corolla-Cross_Camry_.jpg


Data jualan Toyota mendedahkan realiti menarik tentang trend pilihan pengguna global:

  • Dominasi Hibrid: Sebanyak 42% daripada jualan keseluruhan Toyota disumbangkan oleh barisan model hibrid petrol-elektrik (HEV).
  • Penerimaan BEV: Sebaliknya, kenderaan elektrik bateri (BEV) sepenuhnya hanya menyumbang sebanyak 1.9% sahaja daripada jumlah keseluruhan jualan.

Angka ini membuktikan strategi Toyota yang tidak terburu-buru untuk memberikan tumpuan ke arah EV sepenuhnya, dengan memperkasakan teknologi hibrid, adalah satu tindakan yang sangat tepat. 


Kemunculan Model Hibrid Toyota Di Pasaran Malaysia 2026


VHEV6.jpgweb_CariCarz_TA_Toyota-Vios-HEV_-47.jpgweb_CariCarz_2023-Toyota-Yaris-Cross_HEV_Thailand_-(4).jpg


Di peringkat tempatan, UMW Toyota Motor (UMWT) nampaknya sedang 'memanaskan' enjin untuk mendominasi pasaran hibrid Malaysia tahun ini. Januari lalu menyaksikan kemunculan dua model ikonik iaitu Vellfire HEV dan Vios HEV.


Di masa akan datang, UMWT mengesahkan sekurang-kurangnya dua lagi model hibrid akan dilancarkan tahun ini.


Sementara itu, model yang pastinya dinanti-nantikan ramai, Yaris Cross HEV, dijangka akan menjadi 'senjata' utama Toyota untuk menawan segmen crossover kompak di Malaysia.

Juga Menarik: Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4918

SELANGOR

BSU8716

JOHOR

JH436J

PULAU PINANG

PSH2593

PERAK

APM7597

PAHANG

CFJ3540

KEDAH

KGJ7326

NEGERI SEMBILAN

NEM5230

KOTA KINABALU

SJV573

KUCHING

QAB9540P

Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

26-10-2026
Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026

Berita Terkini

Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026
Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.