ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota RAV4 PHEV 2026 Tiba Di Jepun – Ada Varian GR Sport, 324HP, Boleh Jadi Powerbank?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2026-Toyota-RAV4-Japan-9.jpg


Selepas beberapa bulan kemunculan sulung Toyota RAV4 generasi keenam di Amerika Syarikat (AS), Toyota akhirnya melengkapkan barisan model tersebut di Jepun dengan pelancaran varian hibrid plug-in (PHEV).


SUV ini bukan sahaja hadir dengan teknologi hijau yang lebih canggih, malah turut menerima sentuhan garang menerusi varian GR Sport khas untuk pasaran domestiknya di negara matahari terbit itu. Jom kita rungkai apa yang menarik tentang jentera ini.


Apa Perbezaan Rupa Paras Varian Z Dan GR Sport?


2026-Toyota-RAV4-Japan-6.jpg2026-Toyota-RAV4-Japan-31.jpg

Toyota RAV4 PHEV Z 


Bagi varian standard, Z, rekaannya tidak jauh berbeza dengan model global. Ia mengekalkan identiti hammerhead pada bahagian depan dengan lampu depan LED berbentuk C yang tajam. Beberapa aksen hitam berkilat  digunakan bagi membezakannya dengan varian hibrid (HEV) biasa, selain padanan rim aloi hitam dwi-jejari.


2026-Toyota-RAV4-Japan-4.jpg2026-Toyota-RAV4-Japan-33.jpg2026-Toyota-RAV4-Japan-22.jpg2026-Toyota-RAV4-Japan-20.jpg2026-Toyota-RAV4-Japan-18.jpg2026-Toyota-RAV4-Japan-21.jpg


Toyota RAV4 PHEV  GR Sport


Sementara itu varian GR Sport tampil lebih 'jahat' dengan:

  • Kit badan yang lebih agresif dan gril hadapan lebih besar.
  • Rim aloi khas GR dengan kemasan dua tona.
  • Angkup brek berwarna merah dengan logo GR Sport.
  • Spoiler belakang yang lebih menonjol untuk gaya aerodinamik.


Adakah GR Sport Sekadar Kosmetik Atau Ada Peningkatan Mekanikal?


2026-Toyota-RAV4-Japan-29.jpg2026-Toyota-RAV4-Japan-27.jpg


Berita baik untuk peminat pemanduan dinamik, logo GR pada RAV4 PHEV ini bukan sekadar hiasan. Toyota turut menyertakan beberapa naik taraf mekanikal ringan termasuk penggunaan peredam (damper) prestasi, pendakap (bracing) tambahan pada casis, serta talaan yang lebih terperinci untuk sistem suspensi dan stereng kuasa elektrik (EPS). Ini menjanjikan pengendalian yang lebih mantap berbanding varian standard.


Bagaimana Pula Dengan Teknologi Dan Ruang Kabinnya?


2026-Toyota-RAV4-Japan-32.jpg2026-Toyota-RAV4-Japan-13.jpg2026-Toyota-RAV4-Japan-11.jpg


Melangkah masuk ke ruang kabin, kedua-dua varian dilengkapi dengan teknologi terkini Toyota. Antara ciri utama ialah:

  • Skrin infotaimen pusat 12.9 inci yang menggunakan perisian Arene Toyota.
  • Kluster instrumen digital 12.3 inci bersama papar pandu(HUD) berwarna.
  • Tombol gear "Electro Shiftmatic", pengecasan tanpa wayar, bumbung suria panoramik (pilihan tambahan) dan sebagainya. 

2026-Toyota-RAV4-Japan-34.jpg2026-Toyota-RAV4-Japan-5.jpg2026-Toyota-RAV4-Japan-25.jpg2026-Toyota-RAV4-Japan-28.jpg


Khusus untuk varian GR Sport, suasana kabin lebih sporty dengan stereng GR, sulaman logo GR pada penyandar kepala, serta kemasan kulit hitam dengan jahitan merah yang kontra.


Sejauh Mana Kehebatan Enjin Dan Jarak Gerak Elektriknya?


2026-Toyota-RAV4-Japan-12.jpg2026-Toyota-RAV4-Japan-8.jpg


RAV4 PHEV menggunakan enjin 2.5 liter 4 silinder yang digabungkan dengan dua motor elektrik serta pek bateri 22.7 kWj:

  • Kuasa Maksimum: 324 hp (242 kW).
  • Sistem Pacuan: Semua Roda (AWD) melalui kotak gear e-CVT.

Menariknya, Toyota mendakwa model JDM ini mampu bergerak sejauh 150 km (kitaran WLTC) dalam mod elektrik sepenuhnya. Walaupun perkakasan yang digunakan sama dengan model AS (84 km) dan Eropah (100 km), perbezaan angka ini hanyalah disebabkan oleh protokol ujian yang berbeza di Jepun.


RAV4 PHEV Boleh Jadi 'Powerbank'?


2026-Toyota-RAV4-Japan-14.jpg2026-Toyota-RAV4-Japan-15.jpg


Salah satu ciri paling unik untuk pasaran Jepun ialah "Power Supply Time Priority Mode". Sistem ini membolehkan kereta membekalkan elektrik ke rumah sehingga tujuh hari (dengan beban 400 watt) menggunakan kombinasi bateri dan enjin. Selain itu, terdapat soket dalaman di ruang kargo dan soket luaran 100 volt (1,500 watt) untuk kegunaan gajet atau perkakas elektrik ketika berkelah.


Berapakah Harga Dan Adakah Ia Akan Memasuki Pasaran Malaysia?


2026-Toyota-RAV4-Japan-2.jpg


Di Jepun, harga jualan bermula daripada:

  • Z: JPY 6 juta (sekitar RM151,312)
  • GR Sport: JPY 6.3 juta (sekitar RM158,877)

Untuk pasaran Malaysia, status kemasukan model generasi keenam ini masih menjadi tanda tanya. Mengambil kira sejarah model terdahulu yang menerima sambutan hambar disebabkan harga yang agak tinggi (CBU), UMW Toyota mungkin perlu mempertimbangkan strategi harga yang lebih kompetitif jika mahu membawanya masuk ke sini.

2026-Toyota-RAV4-Japan-10.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB5384

SELANGOR

BSV4533

JOHOR

JJ4782J

PULAU PINANG

PSH7401

PERAK

APN3926

PAHANG

CFJ5247

KEDAH

KGK1077

NEGERI SEMBILAN

NEM7552

KOTA KINABALU

SJV4454

KUCHING

QAB1627Q

Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Global
Nissan NV200 Generasi Baharu Didedah, 496 Hp & AWD

Nissan NV200 Generasi Baharu Didedah, 496 Hp & AWD

Nissan NV200 mungkin hadir dalam versi PHEV sahaja.

27-11-2026
Global
Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k

Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k

Jetour TX EV Rasmi Tiba, Saingan Baharu SUV Kompak.

25-11-2026
Global
Guna 2 Tayar! BYD Denza B5 Berjaya Tarik Boeing 747

Guna 2 Tayar! BYD Denza B5 Berjaya Tarik Boeing 747

SUV BYD Denza B5 Cipta Rekod Tarik Pesawat Seberat 180 Tan.

25-11-2026
Global
Panggil Balik  Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas

Panggil Balik Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas

Beg Udara Takata, Honda Toyota beberapa model yang terjejas.

24-11-2026
Global
296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan

296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan

Ferrari dedah 296 Challenge Stradale sah jalanan dan 296 Challenge Evo 2027. Tampil dengan enjin V6 700 hp tanpa hibrid dan berat ringan 1,330 kg.

23-11-2026
Global
Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447

Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447

Pelancong Malaysia Disaman Gara-Gara Buat Onar Di Negara Orang.

16-11-2026
Global
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak

Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak

Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.

13-11-2026
Global
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.

10-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.