UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pencapaian awal tahun 2026. Pada bulan Januari, gergasi automotif Jepun ini mencatatkan jualan sebanyak 4,700 unit, menunjukkan penurunan kira-kira 12.4% berbanding tempoh yang sama tahun lalu (5,363 unit).
Penurunan ini dilihat sebagai cerminan kepada landskap automotif Malaysia yang kian berubah, di mana minat pengguna kini mula beralih kepada kenderaan elektrik (EV) hasil galakan polisi kerajaan. Namun, Toyota tetap optimis dengan kekuatan barisan model sedia ada yang terus mendapat kepercayaan rakyat Malaysia.
Juga Menarik: 2025 Fasa Kebangkitan EV, 2026 Pula Fasa 'Realiti' – Permintaan EV Mula Perlahan?
Bagaimana Toyota Berdepan Dengan Persaingan Pasaran Yang Semakin Sengit?
Walaupun angka jualan menunjukkan sedikit penurunan, UMW Toyota menyifatkan Januari sebagai permulaan yang stabil dalam pasaran yang sangat kompetitif. Syarikat kekal yakin memandangkan permintaan terhadap segmen-segmen utamanya masih konsisten.
.jpg)
Dalam masa yang sama, Presiden UMWT, Datuk Ravindran K, mendedahkan bahawa syarikat terus fokus untuk memberikan nilai dan kebolehpercayaan jangka panjang kepada pelanggan.
"Tahun Baharu Cina adalah masa untuk perpaduan dan perjalanan pulang ke kampung. Kami mahu pelanggan merasai ketenangan minda dengan kenderaan yang boleh diharap serta sokongan selepas jualan yang dipercayai," ujarnya.
Juga Menarik: Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit
Apakah Rahsia Toyota Untuk Kekal Relevan Di Era EV?
Berbeza dengan jenama lain yang memberi tumpuan terhadap satu teknologi sahaja, UMW Toyota terus memperkasakan strategi pelbagai laluan atau multi-pathway. Ini bermakna mereka menawarkan pelbagai teknologi mobiliti mengikut kesesuaian dan tahap kesediaan pengguna di Malaysia.

Jenama ini memiliki kilang pemasamgan bateri hibrid tempatan yang terletak di Bukit Raja. Kilang ini mampu memasang sehingga 30,000 unit bateri hibrid setahun.
Kehadiran kilang ini bukan sahaja mengukuhkan rantaian bekalan malah menyokong penggunaan kenderaan hibrid (HEV) secara lebih meluas dan mampu milik.
Apakah Program Terbaru Yang Diperkenalkan UMWT?
Bagi meningkatkan keyakinan pemilik, Toyota telah memperkenalkan program Toyota Extend pada Disember lalu. Program ini direka khusus untuk:
- Waranti Lanjutan: Memberikan perlindungan tambahan selepas tempoh waranti standard tamat.
- Jaminan Nilai Kenderaan: Menjamin nilai jangka panjang kenderaan yang lebih baik.
- Ketenangan Minda: Memastikan pemilik tidak perlu risau tentang kos pembaikan yang tidak dijangka bagi tempoh yang lebih lama.
Ada Promosi Menarik Sempena Tahun Baru Cina (CNY) 2026?
Berita baik buat anda yang merancang untuk menukar kereta baharu! Sempena musim perayaan ini, UMW Toyota menawarkan promosi hebat untuk model-model terpilih:
- Manfaat Bernilai Tinggi: Nikmati ganjaran dan promosi bernilai sehingga RM9,500.
- Ansuran Rendah: Miliki Toyota idaman dengan bayaran bulanan bermula dari RM658 sahaja.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR4702
SELANGOR
BST9725
JOHOR
JE7397J
PULAU PINANG
PSF8056
PERAK
APL6952
PAHANG
CFH8324
KEDAH
KGJ2422
NEGERI SEMBILAN
NEM362
KOTA KINABALU
SJU2659
KUCHING
QAB6231P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
