Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD

Jenama elektrik premium di bawah naungan Geely, Zeekr, nampaknya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Di majlis makan malam Tahun Baharu Cina yang diadakan semalam, Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.
Pengumuman ini dikongsi oleh Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu, yang memberi bayangan bahawa tahun ini bakal menjadi fasa paling kritikal buat jenama tersebut di pasaran tempatan.
Apakah Tiga Model Misteri Yang Bakal Dilancarkan?
Walaupun Eddy Lu tidak mendedahkan nama model secara terus, dalam pembentangannya, beliau menunjukkan tiga bayangan kenderaan bersama petunjuk segmen model:
- 'Compact Premium SUV Refresh': Ini dipercayai ialah Zeekr X versi yang diberikan kemaskini (2026MY).
- 'Luxury Redefined': Bayangan ini kuat menjurus kepada Zeekr 009 Grand, versi ultra-mewah bagi MPV elektrik sedia ada yang hadir dengan konfigurasi empat tempat duduk eksklusif.
- 'The New Flagship': Ini berkemungkinan besar merujuk kepada Zeekr 9X. Model ini menggunakan sistem trenkuasa hibrid plug-in (PHEV).
Dua daripada tiga model baharu yang akan tiba di pasaran negara tahun ini ialah Zeekr 009 versi ultra-mewah (4-tempat duduk) dan juga Zeekr X yang telah dinaik taraf.
Mengapa Zeekr 9X Curi Tumpuan?
Bagi peminat kereta yang menjanjikan keasyikan pemanduan sebenar kerana prestasi yang tinggi, Zeekr 9X adalah model menarik untuk diberikan perhatian. Ia bukan sahaja sebuah model flagship baharu, tetapi juga model pertama Zeekr yang mempunya sistemi enjin pembakaran dalaman (ICE).
Sebagai sebuah kereta PHEV, enjin ICE ini digabungkan dengan sistem hibrid yang menghasilkan kuasa cukup padu mencecah 1,400 hp dan tork 1,410 Nm.
Dengan kuasa kuda setinggi itu, walaupun tubuhnya seperti 'gergasi', ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.1 saat sahaja!
Adakah Zeekr Akan Memulakan Pemasangan Tempatan (CKD)?
Satu lagi berita besar adalah pengesahan bahawa crossover elektrik Zeekr 7X bakal dipasang secara tempatan (CKD) pada tahun ini. Langkah ini dijangka akan membuatkan harga jualan model tersebut lebih kompetitif berbanding unit import sepenuhnya (CBU).
Bagaimanapun, tarikh pelancaran rasmi untuk setiap model dan permulaan operasi CKD masih dirahsiakan buat masa ini.
Juga Menarik: SUV Elektrik Zeekr 7X Terbukti 'Ganas' Tempuhi Cabaran Off-Road Di Sepang Bay 13
Juga Menarik: Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?
Bagaimana Dengan Rangkaian Servis Dan Jualan Zeekr?
Produk hebat tidak bermakna tanpa sokongan selepas jualan yang memuaskan. Zeekr Malaysia menyasarkan pengembangan rangkaian yang agresif tahun ini:
- 18 Cawangan Pusat Jualan: Bakal dibuka di lokasi strategik seluruh negara.
- 12 Pusat Servis: Untuk memastikan penyelenggaraan kenderaan pelanggan lebih mudah.
- 9 Pusat Badan & Cat (B&P): Kemudahan lengkap untuk mengembalikan kenderaan kepada keadaan asal.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRE1786
SELANGOR
BSR2364
JOHOR
JYB5203
PULAU PINANG
PSD4033
PERAK
APJ4758
PAHANG
CFG9187
KEDAH
KGG7312
NEGERI SEMBILAN
NEK7628
KOTA KINABALU
SJS6534
KUCHING
QAB857P
Terakhir Kemas Kini 29 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?
Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.
09-02-2026
Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026
Zeekr, telah menyiarkan beberapa imej rasmi SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, Zeekr 8X.
22-01-2026
Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini
Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.
06-01-2026
Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000
Penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik Zeekr 7X yang ke-2,000 baru-baru ini.
22-12-2025
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih
Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.
26-11-2025
Zeekr 7X Generasi Seterusnya Didedahkan – Cecah 784 HP, Capai 802 KM, Cas Hanya 10 Minit!
Walaupun baru sahaja membuat kemunculan sulung di Malaysia beberapa bulan lalu, model Zeekr 7X sudah pun ‘melalui evolusi’ besar-besaran di China.
23-10-2025
Berita Terkini
Proton Lantik Grand Motors Sebagai Pengedar Rasmi Proton e.MAS Di Brunei
PROTON Lantik Grand Motors Kendali Rangkaian EV Di Brunei.
29-06-2026
Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9
Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.
29-06-2026
LRT3 Dilancar Rasmi, Tambang Percuma Hingga 31 Julai
LRT3 laluan Shah Akhirnya Siap, Tambang Percuma Hingga 31 Julai 2026.
29-06-2026
Awas Kaki Vape! Polis Bakal Guna Kit Air Liur Di SJR, Buru Pemandu Khayal ‘Piu Piu’
Vape ‘Piu Piu’ Makin Menggila: Kes Melonjak.
26-06-2026
Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027
Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.
26-06-2026
NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang
Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.
25-06-2026
Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan
Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.
25-06-2026
iCAUR V23 Menang Anugerah
iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.
25-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat






