Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas

Nampaknya, ramai yang sudah mula balik kampung sebentar tadi.
Namun kali bukan lagi masa untuk anda berani "mencuba nasib" melanggar peraturan. Jika dulu anda mungkin hanya memerhati kereta putih JPJ di bahu jalan, kini kesalahan anda akan dipantau dari langit.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesahkan penggunaan enam unit dron berkeupayaan tinggi yang akan menjadi "mata-mata dari langit" sepanjang Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) ini.
Zon Merah: 288 Lokasi Panas Diperhati
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli mendedahkan bahawa dron ini tidak diterbangkan secara rawak. Ia difokuskan di 288 lokasi panas yang dikesan kerap berlaku kemalangan dan kesesakan teruk, melibatkan:
Laluan Pantai Timur: Pahang, Kelantan, dan Terengganu.
Laluan Selatan: Menuju ke Johor.
Laluan Utara: Semua lebuh raya utama negara.
Teknologi Zoom 200 Kali: Tiada Lagi Alasan "Tak Perasan"
Mungkin anda fikir anda boleh terlepas jika memotong di garisan berkembar atau menggunakan lorong kecemasan secara haram. Fikirkan semula.
Zoom 200 Kali: Dron ini mampu melakukan zum sehingga 200 kali. Walaupun dron berada tinggi di udara, nombor pendaftaran kenderaan anda boleh dikesan dengan sangat jelas.
Bukti Video Tidak Menipu: Rakaman video dan imej berkualiti tinggi akan dijadikan bukti sokongan dalam siasatan. Anda tidak boleh berdalih lagi.
Notis Temu Siasat (Notis 114): Jika dikesan, anda akan menerima notis ini di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Anda wajib hadir ke pejabat JPJ untuk siasatan lanjut. Bayangkan, baru nak beraya di kampung, dah dapat panggilan ke pejabat JPJ!
Lorong Kecemasan: "Talian Hayat" Bukan "Lorong Pintas"
Kesalahan yang paling diberi tumpuan tahun ini ialah penyalahgunaan lorong kecemasan.
"Lorong kecemasan disediakan khusus untuk tujuan kecemasan dan tidak boleh digunakan sesuka hati," tegas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli.
Statistik menunjukkan angka yang membimbangkan:
12,164 kes direkodkan sejak 2023.
689 kes dikesan hanya dalam dua bulan pertama tahun 2026.
Tindakan mementingkan diri sendiri ini bukan sahaja melambatkan bantuan ambulans atau pihak berkuasa, tetapi ia adalah punca utama kemalangan maut di lebuh raya.
3,000 Anggota Sedia Gempur
Bukan sahaja dron di udara, di darat pula sebanyak 3,000 anggota JPJ akan digerakkan sepanjang tempoh operasi (13 hingga 19 Mac). Semua kenderaan jabatan akan melakukan rondaan tanpa henti untuk memastikan anda sampai ke kampung dengan selamat, bukan dalam keadaan tergesa-gesa sehingga membahayakan nyawa orang lain.
Pesanan Untuk Pemandu:
Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.
Patuhi Had Laju: Walaupun jalan nampak kosong.
Sabar Dalam Kesesakan: Jangan guna lorong kecemasan.
Ingat Orang Tersayang: Mereka menanti kepulangan anda, bukan berita buruk.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ
Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.
24-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

