ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Awas Taktik ‘Kereta Cikgu’! 130,000 Kereta Terpakai Rupanya Bekas Eksiden, Meter Pula Kena Putar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Membeli kereta terpakai  ibarat berjudi dengan nasib jika anda tersilap langkah. Bayangkan, dalam keterujaan mahu menukar kereta baharu, rupa-rupanya anda sedang "membela" kenderaan yang pernah hancur akibat kemalangan serius!

Bukan sikit-sikit, dianggarkan sebanyak 130,000 buah kereta terpakai di pasaran negara ini sebenarnya dikesan pernah terlibat dalam kemalangan.

Lebih parah, hampir 50 peratus (atau sekitar 65,000 buah kereta) turut mempunyai unsur penipuan kondisi — termasuk taktik popular: memanipulasi bacaan meter perbatuan (mileage mileage tamper).

3 Daripada 10 Kereta Pernah Kemalangan Seriusimage.png


Menurut Pengasas Bersama SCRUT, Nik Muhammad Izwan Nik Mohd. Kamel, situasi ini berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Berdasarkan data platform semakan mereka, tiga daripada 10 buah kereta yang disemak didapati pernah mengalami kemalangan serius.

Nisbah ini sangat tinggi memandangkan pasaran kereta terpakai di Malaysia mencatatkan sekitar 450,000 transaksi setahun dengan nilai industri mencecah RM20 bilion!

"Jika dahulu daripada 10 buah kereta, tiga dilaporkan pernah eksiden serius, hari ini situasinya tetap sama. Ini bermaksud lebih kurang 130,000 kereta terpakai di luar sana ada sejarah hitam," katanya.

Jika dahulu pembeli terpaksa "telan" bulat-bulat apa sahaja cerita manis jurujual, kini revolusi teknologi semakan data membantu membongkar sejarah sebenar kenderaan sebelum wang bertukar tangan.

Skrip 'Owner Wanita, Kereta Cikgu' Dah Tak Boleh Pakai

Sementara itu, seorang lagi pengasas bersama SCRUT, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin mendedahkan, setakat ini pihaknya telah berjaya menyelamatkan hampir 43,000 pengguna daripada kerugian besar selepas laporan menunjukkan kereta idaman mereka sebenarnya 'cacat' akibat kemalangan.

Pesanan pedas buat pembeli: Jangan mudah terpedaya dengan skrip jualan (sales pitch) yang klise.

  • "Ini kereta owner perempuan, bawa pergi pasar je..."

  • "Kereta cikgu/ustaz, dijaga rapi..."

  • "Direct owner pertama, jarang jalan jauh..."

"Taktik pemasaran sebegitu langsung tidak menjamin keadaan sebenar kenderaan. Yang akan menanggung hutang bank selama 5 hingga 9 tahun itu anda, bukan mereka," tegas Ahmad Aliff.

Langkah Selamat: Semak Sendiri, Bawa ke Bengkel!

Sebagai pembeli yang bijak, ini langkah yang wajib anda lakukan sebelum menurunkan tanda tangan pada borang pinjaman:

  1. Minta Nombor Chassis: Dapatkan nombor pendaftaran atau nombor badan kenderaan (chassis number) untuk membuat semakan sejarah digital.

  2. Bawa Mekanik: Hantar kereta ke bengkel bebas yang dipercayai untuk pemeriksaan fizikal menyeluruh.

  3. Labur Sedikit Wang: Lebih baik rugi RM50-RM100 untuk kos semakan sekarang, daripada menanggung kerugian berpuluh ribu ringgit kemudian hari.

Berita Baik Untuk Pengguna! Kesedaran hak pengguna kini semakin kuat. Malah, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kini menerima laporan semakan pihak ketiga sebagai dokumen bukti sah. Baru-baru ini, seorang pembeli berjaya memenangi tuntutan RM28,000 terhadap sebuah syarikat kereta terpakai selepas mengemukakan laporan sejarah kenderaan sebagai bukti ditipu.

Jadi, jangan biarkan diri anda menjadi mangsa seterusnya!


BACA JUGA: https://shorturl.at/j4X2r

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL3596

SELANGOR

BSS7943

JOHOR

JC4920J

PULAU PINANG

PSE7415

PERAK

APK7015

PAHANG

CFH4643

KEDAH

KGH5744

NEGERI SEMBILAN

NEL4583

KOTA KINABALU

SJT5618

KUCHING

QAB4094P

Terakhir Kemas Kini 18 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Proton Persona Bakal Dihentikan, Serah Baton Selepas Jualan Hampir 500k Unit

Proton Persona Bakal Dihentikan: 19 Tahun Memori & 472k Unit Terjual.

18-08-2026
Berita Auto

RXZ Members Minta LPT Tutup Seketika?

Penganjur RXZ Members Perjelas Isu Tutup LPT.

18-08-2026
Berita Auto

Baik Jalan Di Malaysia – Geng Motor Bengang Kena Saman Di Hatyai

Isu Saman Konvoi Di Hatyai: Tok Singa Syor Pemandu Malaysia Melancong Dalam Negara.

18-08-2026
Berita Auto

Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70

Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.

18-08-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur

Bangla kena cekup sebab tiada lesen, inusrans kereta.

17-08-2026
Berita Auto

PM Naik Zeekr 009 Viral Sebab No Plat

PM Naik Zeekr 009 — Plat VHY 1947 Curi Tumpuan, Rupanya Ada Maksud Tersirat.

17-08-2026
Berita Auto

Berapa Tiket Harga Tiket Madani?

Khabar Gembira Peminat F1: PM Umum Tiket Madani Serendah RM200.

17-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.