Beli Kereta Mewah Mampu, Tapi Liat Bayar Cukai Jalan
FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Ada wang, ada gaya, tapi sayang... cukai jalan tak ada!
Sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit untuk memiliki jentera mewah, namun segelintir pemilik kenderaan di Kelantan dikesan culas membayar Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan sejak enam tahun lalu.
Alasan yang diberikan? Sebab ada saman tertunggak!
Helah itu dikesan apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengadakan Ops Luxury 2.0 yang digerakkan sejak Januari lalu,
Kereta Mewah, Tapi
Menurut Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah mendedahkan , ada dalam kalangan pemilik kenderaan mewah tidak memperbaharui LKM sejak 2020 walaupun kenderaan masih digunakan di jalan raya.
“Mereka hanya memperbaharui perlindungan insurans sahaja. Hasil semakan mendapati, jumlah bayaran LKM yang gagal diperbaharui itu melibatkan antara RM2,000 hingga RM6,000 bagi setiap kenderaan," katanya.
Lebih mengejutkan, nilai cukai jalan yang gagal dibayar bagi sebuah kenderaan bukannya murah, iaitu mencecah antara RM2,000 hingga RM6,000 sebulan/setahun mengikut spesifikasi enjin.
Siapakah pemilik-pemilik ini? Hasil siasatan mendapati kebanyakannya terdiri daripada ahli perniagaan dan penjawat awam.
"Geng Kereta Mewah" Yang Tersadai di Depo JPJ
Jangan terkejut melihat senarai jentera yang kini terpaksa 'bermalam' di stor sitaan JPJ Kelantan. Sebanyak 42 buah kenderaan mewah telah disita, antaranya termasuklah:
Porsche 912 GT3 & Porsche Panamera V6
Jeep Wrangler
Toyota Alphard & Toyota Vellfire
BMW 528i Limousine, Audi TTS & Mercedes-Benz
Kantoi Tukar Enjin & Guna Nombor Plat Palsu
Bukan setakat isu cukai jalan mati, Ops Luxury 2.0 turut membongkar pelbagai kesalahan 'nakal' lain yang dilakukan oleh pemilik kenderaan mewah ini:
| Jenis Kesalahan | Jumlah Kes |
| LKM / Cukai Jalan Tamat Tempoh | 35 kes |
| Tiada Perlindungan Insurans | 31 kes |
| Nombor Pendaftaran Perdagangan Palsu | 1 kes |
| Pertukaran Enjin Tanpa Kebenaran | 1 kes |
Secara keseluruhan, JPJ Kelantan telah mengambil tindakan tegas terhadap 37 kenderaan mewah bagi menyekat kesalahan berulang, selain mengenal pasti identiti sebenar kenderaan dan pemandunya.
Pengajarannya? Jika mampu membeli kereta berkuasa tinggi, pastikan 'poket' juga mampu untuk melunaskan tanggungjawab di jalan raya!
SUMBER KOSMO
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat