Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
-full.jpg)
BYD Malaysia bersama pengedar rasminya, Sime Motors secara rasmi melancarkan BYD Mansion Macalister yang terletak di tengah-tengah bandar George Town, Pulau Pinang.
Menariknya, bilik pameran (flagship) bagi zon utara ini menggunakan sebuah bangunan warisan yang telah dibaik pulih dengan teliti. Ia menggabungkan seni bina budaya tempatan yang ikonik dengan inovasi teknologi EV moden untuk memberikan pengalaman pelanggan bertaraf premium.
Pelancaran eksklusif ini turut dihadiri dan disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, bersama Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang, H’ng Mooi Lye.

Rai Pemilik Ke-5,000 & Konvoi 360km Dari Ara Damansara
Majlis pelancaran berkembar ini menjadi lebih bermakna apabila BYD meraikan penyerahan kenderaan kepada pemilik BYD yang ke-5,000 di kawasan utara, membuktikan penerimaan luar biasa pengangkutan elektrik di luar Lembah Klang.
Sempena pembukaan ini juga, satu acara jelajah media (media road trip) telah diadakan, melibatkan pemanduan sejauh 360 kilometer dari BYD Ara Damansara terus ke BYD Mansion Macalister.
Konvoi ini berjaya membuktikan keupayaan jarak jauh, keselesaan, dan prestasi mantap barisan EV BYD dalam mengharungi lebuh raya dan laluan berliku sebelum tiba ke destinasi warisan tersebut.

Bukan Sekadar Kedai Kereta: Hab EV Serba Lengkap
BYD Mansion Macalister bukan sekadar cawangan jualan biasa, tetapi bertindak sebagai hab ekosistem EV yang menyeluruh untuk pelanggan di utara. Antara fasiliti yang disediakan di bawah satu bumbung termasuk:
Ruang Rundingan Eksklusif & Titik Digital Bersepadu untuk keselesaan pelanggan meninjau rangkaian EV penuh BYD.
Ruang Pertemuan Peribadi yang mesra dan estetik.
Pusat Servis & Hab Pengecasan (Charging Hub) khusus di lokasi untuk kemudahan pemilik.
Naib Presiden BYD Co., Ltd dan Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto BYD Asia Pacific, Liu Xueliang berkata, komitmen pihaknya kepada Malaysia mencerminkan wawasan global BYD untuk menjadikan pengangkutan lestari mudah dicapai oleh semua.
"Kami terus menyalurkan inovasi teknologi dan keupayaan penyelidikan kami ke dalam pasaran ini kerana kami yakin terhadap masa depan elektrik Malaysia.
"Pelaburan berterusan kami untuk meningkatkan kemahiran bakat tempatan dalam teknologi EV yang sedia untuk masa depan menunaikan janji jangka panjang kami kepada negara ini. BYD Mansion Macalister benar-benar mencerminkan komitmen ini, yang menggabungkan inovasi bertaraf dunia dengan penghormatan kepada warisan tempatan," katanya.
Jaminan Lepas Jualan: Alat Ganti 95% Sedia Ada!
Sime Motors memastikan bahawa pelaburan mereka tidak hanya tertumpu pada bangunan ikonik, tetapi juga sokongan jangka panjang buat pemilik jentera BYD.
Dengan 40 bilik pameran dan lebih 30 pusat perkhidmatan lepas jualan di seluruh negara, jenama ini menawarkan ketenangan minda yang maksimum. Lebih menarik, BYD jamin kadar ketersediaan alat ganti (spare parts) sebanyak 95% untuk memastikan tempoh menunggu yang lebih singkat dan servis yang lebih pantas.
"Kami membina rangkaian tempatan yang memastikan setiap pemilik BYD menikmati sokongan yang memuaskan sepanjang hayat kenderaan mereka. Pasukan juruteknik kami dilatih dengan kepakaran EV bertauliah global," jelas Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Motors.
Ingin Tahu Lebih Lanjut?
Untuk maklumat lanjut mengenai barisan model EV BYD atau ingin merasai sendiri pengalaman premium di BYD Mansion Macalister, anda boleh layari salurannya di bawah:
Laman Web Rasmi:
byd.simemotors.my Media Sosial:
&Facebook BYD Cars Malaysia Instagram @bydcarsmalaysia Talian Pelanggan: 1300-38-1888
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5617
SELANGOR
BSU153
JOHOR
JE7720J
PULAU PINANG
PSF8374
PERAK
APL7186
PAHANG
CFH8390
KEDAH
KGJ2580
NEGERI SEMBILAN
NEM748
KOTA KINABALU
SJU2793
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 28 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat