Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupé Nightfall Edition versi pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran tempatan baru-baru ini.
Edisi khas ini dijual pada harga RM518,888 untuk Semenanjung Malaysia yang mana ia menggabungkan elemen reka bentuk dengan perincian luaran yang digelapkan serta pengalaman pemanduan yang lebih hebat.
-full_normal.jpg)
Lebih Gelap dan Eksklusif dengan Nightfall Edition
Model AMG GLC Coupé Nightfall Edition baharu ini memperkukuhkan lagi gaya AMG Exterior Night Package melalui penambahan AMG Night Package Exterior II.
Perincian Dark Chrome (krom gelap) kini merangkumi elemen utama luaran, termasuk bilah gril radiator, lencana model pada fender dan bahagian belakang, serta logo bintang di belakang. Ia turut dilengkapi dengan perincian khas: penutup tangki bahan api AMG dalam warna silver chrome dengan tulisan "AMG" dan aksen hitam, memberikan sentuhan identiti yang halus namun mengujakan.
Satu lagi tarikan utama edisi khas ini ialah AMG Real Performance Sound yang meningkatkan hubungan emosi antara pemandu dan kenderaan. Ia memberikan pengalaman bunyi yang intens di dalam kabin, dengan ciri bunyi yang boleh dipilih daripada sporty-subtle (BALANCED) kepada sporty-emotional (POWERFUL).
SPESIFIKASI
Model AMG GLC Coupé Nightfall Edition baharu ini dikuasakan oleh enjin empat silinder 2.0 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa luar biasa sebanyak 310 kW (421 hp) pada 6,750 rpm dan tork maksimum 500 Nm pada 5,000 rpm, dengan tambahan lonjakan kuasa 10 kW (14 hp) daripada penjana pemula pacuan tali sawat (RSG) apabila diperlukan.
RSG generasi kedua ini bertindak sebagai hibrid ringan (mild hybrid), membolehkan fungsi coasting dan pemulihan tenaga bagi memaksimumkan kecekapan. Teknologi 48-volt juga meningkatkan keselesaan dengan memastikan peralihan yang lancar antara sistem henti-mula dan meluncur.
-full_normal.jpg)
AMG GLC Coupé Nightfall Edition mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 4.5 saat, dengan kelajuan tertinggi dihadkan secara elektronik pada 250 km/j. Pemanduan dinamiknya dipertingkatkan lagi dengan stereng gandar belakang (rear-axle steering) sehingga 2.5°, yang meningkatkan kelincahan, kestabilan, dan kebolehlenturan semasa mengendali kenderaan dalam pelbagai keadaan jalan.
Penampilan yang meyakinkan ini diperkukuhkan lagi dengan jarak roda yang lebar dan rim aloi ringan 21 inci AMG jejari-Y, dipadankan dengan angkup brek berwarna perak. Lampu hadapan DIGITAL LIGHT sentiasa menyesuaikan pencahayaan mengikut trafik dan keadaan jalan untuk penglihatan yang lebih baik.
Menjengah bahagian kabinnya, ia menampilkan tempat duduk sports AMG dengan kemasan kulit buatan ARTICO, elemen kemasan gentian karbon AMG, serta stereng AMG Performance dalam kulit nappa. Melengkapkan ruang dalaman adalah sistem infotainmen MBUX yang merangkumi paparan dan fungsi khusus AMG, serta sistem bunyi keliling Burmester® 3D untuk akustik kabin yang premium.
Pembiayaan
Selain itu, pembeli turut boleh memilih pelan Agility+ by Mercedes-Benz yang menawarkan bayaran bulanan bermula RM6,688 selain pilihan fleksibel di penghujung tempoh pembiayaan serta jaminan nilai masa hadapan kenderaan.
Pelan Agility+ bermula daripada RM 6,688 sebulan. Untuk butiran lanjut, sila layari
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1175
SELANGOR
BSS7105
JOHOR
JC4074J
PULAU PINANG
PSE6749
PERAK
APK6452
PAHANG
CFH4487
KEDAH
KGH5341
NEGERI SEMBILAN
NEL4293
KOTA KINABALU
SJT5344
KUCHING
QAB4022P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
Ada Berita Baik Buat Pemilik Mercedes-Benz!
Mercedes-Benz Services Malaysia dan Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa pihaknya kini menawarkan program lanjutan jaminan untuk tempoh terhad.
17-10-2022
Berita Terkini
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat