Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 kepada media, sebentar tadi.
Difahamkan, ia akan ditawarkan pada harga sekitar RM189,000.
-Michael-Chew,-George-Wei,-Men-Lin-Bo-and-Lee-Wen-Hsiang-full_normal.jpg)
Direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden yang sentiasa berkembang, SUV pintar mewah ini menggabungkan reka bentuk yang berani, teknologi canggih dan dinamik pemanduan yang mantap dalam satu pakej yang komprehensif.
Menegani trenkuasa, TIGGO 9 dikuasakan oleh enjin 2.0 TGDi, dipadankan dengan sistem Pemanduan Semua Roda Pintar (AWD) termaju serta tujuh mod pemanduan.
Sebagai model terbesar dalam rangkaian TIGGO, TIGGO 9 menawarkan ruang kabin yang lebih luas dan keselesaan premium, menjadikannya sangat ideal untuk keluarga dan pemanduan jarak jauh.


Menjengah bahagian kabinnya,, kenderaan ini dilengkapi dengan teliti dengan ciri-ciri canggih seperti Paparan Head-Up (HUD), tempat duduk pemandu boleh laras kuasa 10-arah, dan tempat duduk mengurut untuk penumpang baris hadapan.
Penumpang baris kedua turut mendapat layanan yang sama dengan tempat duduk berventilasi, sekali gus memastikan tahap keselesaan yang lebih tinggi di seluruh kabin.
SUV tujuh tempat duduk ini juga dilengkapi dengan Bantuan Parkir Automatik (Auto Park Assist) yang pertama untuk siri TIGGO bagi meningkatkan lagi kemudahan pengendalian dan keselesaan harian.

-full_normal.jpg)
Sementara itu, rangkaian komprehensif teknologi ADAS 2.5 (Sistem Bantuan Pemandu Keselamatan Lanjutan) dengan 23 ciri keselamatan yang mana ia menawarkan ketenangan minda yang lebih tinggi untuk pemandu dan penumpang, serta meningkatkan lagi keyakinan pemandu dan keselamatan keseluruhan di jalan raya.
23 Fungsi ADAS yang Terdapat pada TIGGO 9
Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
Amaran Keluar Lorong (LDW)
Brek Pelbagai Pelanggaran (MCB)
Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)
Amaran Pintu Terbuka (DOW)
Brek Trafik Silang Belakang (RCTB)
Bantuan Jelajah Bersepadu (ICA)
Amaran Trafik Silang Belakang (RCTA)
Amaran Pelanggaran Belakang (RCW)
Bantuan Tukar Lorong (LCA)
Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHC)
Pengesanan Titik Buta (BSD)
Bantuan Pengekalan Lorong Kecemasan (ELKA)
Maklumat Mula Perjalanan (DAS)
Sistem Pengelakan Pintar (IAS)
Bantuan Parkir Automatik (APA)
Pengenalan Papan Tanda Trafik (TSR)
Sistem Pemantauan Pemandu (DMS)
Bantuan Kekal Lorong (LKA)
Bantuan Had Laju (SLA)

Bagi melengkapkan ciri prestasi dan keselesaannya, TIGGO 9 menampilkan reka bentuk moden dan sofistikated, yang diserlahkan oleh rim aloi 20 inci serta paparan definisi ultra-tinggi 2.5K bersaiz 15.6 inci yang dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155, sekali gus memastikan pengalaman digital yang lancar dan intuitif.
Chery TIGGO 9 akan ditawarkan dalam dua warna: Carbon Black dan Matte Grey.
Pelanggan early bird (awal) juga bakal menikmati tawaran pakej pelancaran eksklusif, manakala tawaran standard jaminan kenderaan selama 7 tahun atau sehingga 150,000KM dan jaminan enjin selama 7 tahun atau sehingga 150,000KM, memberikan nilai tambah serta keyakinan yang lebih tinggi.
Lakukan tempahan anda melalui laman web Chery Malaysia: website: https://www.chery.my/open-for-booking-
tiggo-9/?utm_source=Pr.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF1356
SELANGOR
BSR4238
JOHOR
J426J
PULAU PINANG
PSD5736
PERAK
APJ6323
PAHANG
CFH438
KEDAH
KGG8672
NEGERI SEMBILAN
NEK8340
KOTA KINABALU
SJS8672
KUCHING
QAB1557P
Terakhir Kemas Kini 06 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat