Kemalangan: Viral Kereta Dirempuh Bertubi-Tubi

Satu klip video tular di media sosial yang menunjukkan sebuah kereta dirempuh secara bertubi-tubi di Kilometer 28 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Plaza Tol Duta, Kuala Lumpur kelmarin.
Susulan itu, seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai menjadi punca kemalangan melibatkan tiga kenderaan di lokasi terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pihaknya mengesan rakaman video kejadian itu yang tular di media sosial sebelum siasatan lanjut dijalankan.
Menurutnya, kemalangan itu melibatkan sebuah Proton Inspira, Proton Wira dan Toyota Hilux.
“Siasatan awal mendapati Proton Inspira dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun dipercayai terbabas sebelum berhenti di lorong kanan lebuh raya.
“Sebuah Proton Wira dipandu lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun kemudian melanggar kenderaan terbabit sebelum sebuah Toyota Hilux dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun turut merempuh Proton Inspira berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, akibat pelanggaran itu, Proton Inspira dan Toyota Hilux terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar penghadang jalan.
“Kesemua pemandu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.
Tambah beliau, polis telah menahan pemandu Proton Inspira bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SUMBER: KOSMO
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM4683
SELANGOR
BST2036
JOHOR
JD589J
PULAU PINANG
PSF532
PERAK
APK9278
PAHANG
CFH5328
KEDAH
KGH7083
NEGERI SEMBILAN
NEL5611
KOTA KINABALU
SJT6741
KUCHING
QAB4464P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ketegangan di Thailand: MB Kelantan Nasihat Tangguh Perjalanan
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut
Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat