Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!

Pada hujung minggu ini, mungkin ramai yang pulang ke kampung halaman untuk meraikan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga masing-masing.
Untuk itu, ada juga selama ini mempunyai Kenderaan Elektrik tetapi hanya digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja.
Paling jauh pun mungkin setakat pusing-pusing sekitar Lembah Klang atau pergi shopping mall berdekatan. Sentiasa cas dekat rumah, jadi isu bateri habis tak pernah masuk dalam fikiran.
Tetapi, sempena raya kali ini, anda akhirnya nekad membuat keputusan besar: "Tahun ini, kita balik kampung naik EV!"
Sambil mulut berkata ya, hati mula rasa berdebar-debar. Mula terbayang kesesakan trafik berjam-jam di Lebuhraya PLUS atau LPT. Rasa cuak mula melanda “Sempat ke sampai? Kalau jem teruk, aircond terpasang, tak pasal-pasal tersadai tepi jalan sebab bateri kosong!”
Rileks, jangan panik dulu. Range anxiety (kebimbangan jarak) itu perkara biasa bagi first-timer. Hakikatnya, beribu pemandu EV sudah pun berjaya balik kampung dengan selamat pada musim perayaan sebelum ini.
Untuk memastikan perjalanan pertama anda lancar dan tenang, ini tips terbaik untuk anda "survive" jem raya dengan EV:
1. Ubah Mindset: "Jammed" Bukan Musuh!
Mitos terbesar bagi pengguna baru adalah menganggap kereta elektrik akan cepat habis bateri kalau tersangkut dalam kesesakan lalu lintas seperti kereta petrol (ICE). Ini silap.
Kereta Petrol (ICE): Bila berhenti dalam jem, enjin tetap hidup, membakar bahan api secara sia-sia untuk menjana tenaga elektrik bagi aircond dan radio.
Kereta EV: Apabila kenderaan tidak bergerak, motor elektrik langsung tidak menggunakan tenaga. Tenaga bateri hanya digunakan untuk sistem penghawa dingin dan sisteminfotainmen sahaja. Secara purata, sistem aircond EV hanya menggunakan sekitar 1 kW hingga 2 kW sejam(bergantung model kereta).
Logiknya: Jika bateri kereta anda berbaki 50 kWh, secara teori anda boleh duduk diam dalam kereta dengan aircond terpasang selama lebih 25 jam tanpa bergerak! Jadi, jangan takut kalau tersangkut dalam jem; bateri anda tidak akan "telan" kuasa secepat yang anda sangka.
2. Download APS Sebelum Bertolak

Jangan bila sudah sampai dekat stesen cas baru terhegeh-hegeh nak cari line telefon untuk muat turun aplikasi. Sediakan semuanya di rumah. Pastikan anda sudah pasang, daftar, dan masukkan kad kredit/debit (atau tambah nilai siap-siap) ke dalam aplikasi Operator Titik Pengecasan (CPO) utama di Malaysia:
PlugShare & Chalo : Penting untuk merancang laluan dan melihat stesen cas mana yang sedang rosak atau sibuk berdasarkan maklum balas pengguna lain.
Gentari Go, JomCharge, & chargEV: Tiga aplikasi wajib ada yang menguasai sebahagian besar pengecas pantas (DC Fast Charger) di lebuh raya utama.
ChargeSini & ParkEasy: Sangat berguna jika anda merancang untuk singgah di hotel atau pusat beli-belah di sepanjang jalan.
3. Strategi Cas: Cukup Sekadar 80%, Jangan Tamak!
Bila buat perjalanan jauh, kunci utama adalah kecekapan masa. Ramai pemandu baru ingat mereka perlu cas setiap kali singgah sehingga 100%.
Saranan Pro: Cas setakat 80% sahaja di DC Fast Charger lebuh raya. Kenapa? Kerana selepas 80%, kelajuan pengecasan (charging rate) mana-mana EV akan menurun dengan sangat mendadak demi menjaga jangka hayat bateri. Menunggu dari 80% ke 100% kadangkala memakan masa yang sama lama dengan mengecas dari 10% ke 80%!
Lepaskan pengecas untuk pengguna lain yang sedang beratur, dan teruskan perjalanan anda. Penuhi tabiat "Cas & Chill"—singgah makan, pergi tandas, cas sekejap, kemudian jalan.
4. Rancang Laluan Berdasarkan Kelajuan "Sweet Spot" EV Anda
Di atas lebuh raya, musuh utama bateri EV bukanlah kesesakan, tetapi kelajuan yang konsisten tinggi. Jika anda memandu pada kelajuan 120 km/j hingga 140 km/j, bateri anda akan habis dengan sangat cepat berbanding pemanduan dalam bandar.
Cuba kekalkan kelajuan cruising sekitar 90 km/j hingga 100 km/j. Ini adalah sweet spot bagi kebanyakan EV untuk mendapatkan jarak pemanduan (range) yang paling optimum dan mendekati dakwaan WLTP pengeluar.
Gunakan fungsi Regenerative Braking pada tahap tinggi (High/One-Pedal Drive) terutamanya ketika trafik mula perlahan. Setiap kali anda lepaskan pedal, tenaga membrek akan disalurkan semula menjadi kuasa bateri secara percuma!
5. Sediakan Pelan B, C
Jangan letakkan harapan 100% pada satu stesen cas sahaja. Contohnya, jika anda merancang untuk cas di R&R Tapah, pastikan anda tahu di mana stesen cas alternatif yang terdekat (contohnya keluar tol pusing ke bandar berdekatan atau stesen minyak luar lebuh raya) sekiranya pengecas di R&R tersebut penuh dengan barisan panjang atau mengalami gangguan teknikal.
Kesimpulan
Balik kampung dengan EV buat kali pertama sebenarnya tidaklah menakutkan jika anda mempunyai perancangan yang betul. Rangkaian pengecasan di sepanjang lebuh raya PLUS dan LPT kini sudah jauh lebih matang dengan ratusan poin pengecasan pantas yang sedia berkhidmat.
Lakukan persediaan awal, rancang perjalanan mengikut kemampuan bateri, dan nikmati pemanduan yang senyap, lancar, serta jimat poket sepanjang pulang ke desa tercinta. Selamat Hari Raya, dan pandu cermat!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9360
SELANGOR
BSU2574
JOHOR
JF3349J
PULAU PINANG
PSG1785
PERAK
APL9507
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3648
NEGERI SEMBILAN
NEM2016
KOTA KINABALU
SJU4390
KUCHING
QAB7165P
Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
27-06-2023
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
20-06-2023
Berita Terkini
Kereta Tersadai Lama Di Pusat Servis, Ini Cara Tuntut Ganti Rugi
Bayar Bulan-Bulan Tapi Kereta Tersadai Di Pusat Servis: Ini Hak Anda Yang Ramai Tak Tahu.
07-09-2026
Gaji Minimum Proton S70 2026 (Ansuran, Kos Bulanan)
Berapa Gaji Untuk Layak Beli Proton S70.
07-09-2026
Jaecoo J5 EV vs Proton e.MAS 7: Mana Berbaloi RM118k?
Jaecoo J5 EV Dilancar RM118.8k: Lawan Proton e.MAS 7.
03-09-2026
Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur
Memandu Dalam Jerebu: 5 Langkah Keselamatan Penting.
26-08-2026
Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?
Tiba-Tiba Mat Rempit 'Block' Jalan? Ini Hak Anda Sebagai Pemandu & Kenapa Kena Segera Call PDRM.
23-08-2026
Tular Peserta Konvoi Motor Kena Saman, Masih Ada Hati Nak Konvoi Ke Thailand?
Ini tips bagi yang nak ride ke Thailand.
18-08-2026
EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?
EV Terbakar? Ini Tips Cas EV Di Rumah Dengan Selamat.
17-08-2026
Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu
Makin moden, makin manja, kenapa kereta sekarang tak sejantan macam kereta dulu?
05-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



