ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Peminat jentera dua pintu, sila bawa bertenang. Selepas sekian lama menjadi bualan hangat dan usikan dalam bentuk konsep, Honda Prelude 2026 disahkan bakal membuat kemunculan rasmi sempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026.

Pameran ini akan  berlangsung dari 12 hingga 21 Jun ini di MITEC, Kuala Lumpur sebagai lokasi pelancaran rasminya.

Bukan Sekadar Mengimbau Kenangan Lalu

Bagi yang menyangka ini sekadar model acah-acah retro, anda silap besar. Prelude edisi 2026 ini hadir dengan rekaan 2+2 coupe yang sangat seksi dan aerodinamik.

Tengok sekali imbas pun dah tahu ia sebuah jentera prestasi:

  • Siluet rendah yang agresif – Tampak 'lekat' di jalan raya.

  • Elemen moden premium – Dilengkapi dengan flush door handles (pintu pemegang tersembunyi) yang kemas.

  • Rim aloi 19-inci – Cukup sasa dan penuh pada ruang arca roda.

Kuasa Hibrid dengan Jiwa 'Type R'

Jangan tertipu dengan imejnya yang nampak sopan sebagai kereta hibrid. Di bawah hud depan, Honda menyumbat nadi 2.0 liter e:HEV hybrid yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 184 PS!

Tetapi, "rahsia besar" yang membuatkan Prelude ini begitu istimewa adalah bahagian pengendaliannya. Casis kereta ini ditala khas untuk prestasi tinggi dengan meminjam sebahagian daripada elemen casis Honda Civic Type R (FL5). Jadi, anda boleh bayangkan sendiri betapa 'tajam' layan selekoh dengan kereta ini nanti.

S+ Shift: Pertama Kali di Malaysia! Honda turut memperkenalkan teknologi S+ Shift buat julung kalinya untuk pasaran tempatan. Sistem ini direka khas untuk memberikan pemandu sensasi penukaran gear yang sangat responsif, sekaligus mengembalikan jiwa pemanduan manual yang "hidup" dan mendebarkan dalam era moden.

image.png

Pakej Lengkap Masa Depan

Bukan sahaja laju dan mantap, Prelude 2026 turut mengekalkan reputasi Honda sebagai kereta yang bijak dan selamat. Ia hadir dengan pakej keselamatan penuh Honda Sensing untuk ketenangan minda anda sepanjang pemanduan.

Secara keseluruhannya, Honda Prelude 2026 ialah manifestasi sempurna yang menggabungkan warisan sukan permotoran zaman kegemaran JDM dengan teknologi masa depan yang cekap tenaga.

Adakah ini bakal menjadi rebutan baru peminat kereta tempatan? 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRV5240

SELANGOR

BSU6024

JOHOR

JG3653J

PULAU PINANG

PSG7516

PERAK

APM4761

PAHANG

CFJ2257

KEDAH

KGJ5767

NEGERI SEMBILAN

NEM3903

KOTA KINABALU

SJU6851

KUCHING

QAB8253P

Terakhir Kemas Kini 25 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

27-01-2026
Global

30-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025
Global

01-10-2025
Global

08-09-2025
Global

18-12-2024
Global

09-07-2024
Global

04-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Ikut Rapat Tak Nak Bayar Tol

Ekor Rapat Sebab Nak Jimat Duit.

23-10-2026
Berita Auto

TuJu Down, PM Minta Maaf

TuJu 'sesak' dengan 800,000 pengguna,

23-10-2026
Berita Auto

Berapa Ramai Guna Waze?

6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.

23-10-2026
Berita Auto

Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri

Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.

23-10-2026
Berita Auto

Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah

Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.

23-10-2026
Berita Auto

Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan

Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.

23-10-2026
Berita Auto

S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift

Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?

22-10-2026
Berita Auto

Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya

Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.

22-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.