Honda Prelude Guna Trenkuasa e:HEV Generasi Terbaru – Ada Gear Maya S+ Shift

Honda Prelude, yang diperkenalkan sebagai model konsep pada Oktober 2023, terus menarik perhatian ramai walaupun spesifikasinya masih belum didedahkan oleh Honda ketika itu. Tetapi teka-teka kini berakhir kerana Honda telah ‘membuka mulut’ mengenai rangkaian kuasa model sport dua pintu ini.
Rangkaian Kuasa Hibrid Generasi Baharu
Honda mengesahkan Prelude baharu akan menampilkan sistem hibrid e:HEV generasi baharu. Berbeza dengan khabar angin sebelum ini, model ini tidak menggunakan sistem e:HEV 2.0 liter seperti Civic FE. Sebaliknya, sistem baharu ini lebih kompak dan dilengkapi dua motor elektrik yang menawarkan kecekapan 10% lebih baik berbanding generasi sebelumnya.
Baca: Honda Prelude Versi Hibrid Bakal Dipasarkan di Eropah, Kemunculan Pertama di Festival Goodwood


Sistem ini menggunakan enjin petrol 2.0 liter 4 silinder kitaran Atkinson sebagai teras, namun tidak memiliki transmisi mekanikal biasa. Honda memperkenalkan teknologi baharu yang dikenali sebagai S+ Shift, yang membolehkan pemandu pembuat pertukaran gear maya tidak ubah seperti kotak gear sebenar, selain boleh menggunakan pedal penukar gear. Sistem S+ Shift ini diinspirasikan daripada kaedah kawalan transmisi DCT sembilan kelajuan yang digunakan pada supercar NSX generasi kedua.


Bagi meningkatkan pengalaman pemanduan, Honda turut menambah bunyi enjin tiruan untuk memberikan lebih keseronokan seolah-olah memandu kenderaan berprestasi tinggi.
Teknologi S+ Shift bukan sahaja eksklusif untuk model Prelude, tetapi dijangka akan diperluaskan kepada model e:HEV generasi akan datang.
Rekaan & Platform Dipertingkat

Honda Prelude baharu berkongsi platform dengan Civic generasi terkini, tetapi telah dipertingkat untuk memberikannya prestasi yang lebih sporty. Antara perubahan yang diberikan adalah termasuk jarak roda yang lebih pendek, trek tayar yang lebih lebar, sistem suspensi yang dioptimumkan untuk keselesaan dan prestasi, serta platform yang 10% lebih ringan tetapi lebih teguh.
Kemunculan Pertama di Tokyo Auto Salon 2025


Model prototaip Honda Prelude Hybrid dengan sistem e:HEV generasi baharu akan dipamerkan buat pertama kali kepada umum di Tokyo Auto Salon 2025 pada 10 hingga 12 Januari 2025 nanti. Selepas itu, ia dijangka dilancarkan secara rasmi di beberapa pasaran utama, termasuk Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat.


Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026
Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/
10-06-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Tempahan Honda Prelude sudah dibuka.
01-04-2026
Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?
Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
11-02-2026
Honda Prelude Lancar Di Indonesia – Terhad, Dari RM240K, Malaysia Seterusnya?
Indonesia nampaknya 'memintas' jiran-jiran di rantau ASEAN apabila secara rasmi melancarkan Honda Prelude generasi keenam.
28-01-2026
Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan
Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.
09-09-2025
Konsep Honda Prelude Dipamerkan Di KLIMS 2024, MITEC – Coupe Hibrid Ini Bakal Dikeluarkan 2025 Nanti?
Honda Malaysia kini mempertontonkan model konsep, Honda Prelude di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.
05-12-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
