KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
.jpg)
Kia Sales Malaysia mempamerkan enam model luar biasa, termasuk empat penampilan sulung produk global sempena International Mobility Show (KLIMS) 2026 yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur semalam.
Berikut adalah perinciannya:
Kia K4 GT-Line: Sedan Segmen-C Agresif, Berkuasa
Tumpuan utama pastinya terarah kepada Kia K4, sebuah sedan yang membuat penampilan pertama di Malaysia dalam spesifikasi GT-Line. Mengangkat falsafah reka bentuk terkini ‘Opposites United’, K4 menggabungkan garisan sporty yang tajam dengan praktikaliti sebuah sedan harian.
Di bawah hudnya, Kia K4 GT-Line dipadankan dengan rangkaian kuasa yang cukup padu:
- Enjin: 1.6L TGDi Empat Silinder Sebaris (Turbo)
- Kuasa: 193PS/265 Nm
- Casis & Kawalan: Suspensi hadapan McPherson Strut, belakang Multi-Link, serta rim aloi 18-inci (tayar 235/40R18) untuk pengendalian yang lebih mantap.
Menjengah ke dalam kabin, pemandu disambut dengan Integrated Panoramic Display yang menggabungkan tiga skrin digital (kluster instrumen 12.3-inci, panel iklim 5-inci, dan skrin infotainmen 12.3-inci).
Ia turut dilengkapi dengan ketersambungan Apple CarPlay™ dan Android Auto™ tanpa wayar, fungsi pengecasan peranti tanpa wayar, sistem pengudaraan tempat duduk hadapan, serta fleksibiliti tempat duduk belakang lipat 60:40.
Trio Elektrik Masa Depan: EV4, EV5, dan PV5
Selain model petrol pengecas turbo, Kia turut membuktikan keseriusan mereka dalam pasaran EV tempatan dengan memamerkan barisan kenderaan elektrik (EV) berasaskan platform ikonik Electric-Global Modular Platform (E-GMP):
1. Kia EV4 (Sedan Elektrik Progresif)
Membawa reka bentuk futuristik dengan keupayaan jarak gerak yang luar biasa untuk pemanduan jarak jauh
- Kuasa / Tork: 150 kW / 283 Nm
- Kapasiti Bateri: 81.4 kWh
- Jarak Pemanduan: Sehingga 612 km (kitaran WLTP)
- Pengecasan Pantas (DC)Pengecasan Pantas (DC) masa 29 minit sahaja (menggunakan pengecas 350 kW).
- Ciri Menarik: Menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L) luaran dan dalaman untuk membekalkan kuasa kepada peranti elektrik lain.
2. Kia EV5 (SUV Elektrik Keluarga)
Sebuah SUV elektrik yang memfokuskan kepada praktikaliti keluarga, keselesaan premium, dan penggunaan bahan kabin mesra alam yang lestari.
- Kuasa / Tork: Sehingga 230 kW / 480 Nm (mengikut varian)
- Prestasi: Pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.1 saat
- Jarak Pemanduan: Sehingga 540 km (kitaran WLTP)
3. Kia PV5Turut serta di atas pentas ialah Kia PV5, sebuah kenderaan konsep mobiliti masa hadapan yang memenangi pelbagai anugerah global, membuktikan kesediaan Kia dalam menerajui segmen kenderaan komersial elektrik pintar.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim, menyifatkan pameran enam model luar biasa, termasuk empat produk global, menunjukkan komitmen Kia Sales Malaysia dalam menyediakan penyelesaian mobiliti inovatif yang memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim, menyifatkan pameran enam model luar biasa, termasuk empat produk global, menunjukkan komitmen Kia Sales Malaysia dalam menyediakan penyelesaian mobiliti inovatif yang memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang.
TotalCare
Bagi memperkukuh komitmennya terhadap pengalaman pemilikan yang luar biasa dan nilai jangka panjang, Kia Sales Malaysia memperkenalkan Program KiaTotalCare, sebuah kempen pemilikan komprehensif yang direka untuk memberikan ketenangan minda kepada pelanggan.
Meneruskan momentum daripada inisiatif Kia Ownership Experience yang menyaksikan lebih 170 kenderaan dengan jumlah perbatuan melebihi 14.2 juta kilometer diperiksa oleh Pengurus Kanan Teknikal Kia Corporation, Hyung Gyu Choi, dalam tempoh tujuh hari, serta pelancaran Kia Maintenance Plan baru-baru ini.
Sebagai sebahagian daripada Program Kia TotalCare, pelanggan yang membuat tempahan model Kia bermula 1 – 22 Jun 2026 dan mendaftarkan kenderaan mereka sebelum 31 Ogos 2026 akan menerima:
- 8 tahun waranti 1
- 8 tahun servis percuma 2
- 8 tayar percuma 3
- Rebat tunai eksklusif RM8,000
- Insurans percuma bagi tahun pertama 4
Program Kia TotalCare sah bagi semua varian Kia Sportage dan Kia Carnival (model7 tempat duduk dan 8 tempat duduk).
Sebagai tambahan, pelanggan yang membuat tempahan mana-mana model Kia (termasuk Kia Carnival 11 tempat duduk) dari 1 – 22 Jun 2026 dan mendaftarkan kenderaan mereka sebelum 30 Jun 2026 turut berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk pakej percutian ke Seoul, Korea Selatan dan telefon pintar Samsung 5 .
Bagi peminat automotif dan bakal pembeli trak tegar mahupun EV, anda boleh melihat secara dekat barisan model terbaharu ini di Pavilion Kia, KLIMS 2026 yang berlangsung dari 12 hingga 21 Jun 2026 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW5725
SELANGOR
BSU7246
JOHOR
JG6417J
PULAU PINANG
PSH642
PERAK
APM6025
PAHANG
CFJ2915
KEDAH
KGJ6533
NEGERI SEMBILAN
NEM4551
KOTA KINABALU
SJU8276
KUCHING
QAB8907P
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
.jpg)
.jpg)