- Berita
- Berita Auto
- Pecah Rekod, inDrive Catat 1.2 Juta Perjalanan, Sah Lanjut Lesen Operasi Hingga 2028
Pecah Rekod, inDrive Catat 1.2 Juta Perjalanan, Sah Lanjut Lesen Operasi Hingga 2028
inDrive Malaysia mencatatkan lebih 1.2 juta perjalanan yang dilengkapkan pada Mei lalu, sekali gus menandakan jumlah perjalanan bulanan tertinggi setakat ini.
Selain itu, inDrive turut mengumumkan satu pencapaian penting apabila berjaya memperbaharui lesen operasi e-hailingnya, membolehkan inDrive terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia sehingga tahun 2028.
Komitmen inDrive terhadap rakan pemandu turut diterjemahkan melalui kempen komisen 1% di Lembah Klang yang berlangsung dari April hingga Mei 2026. Inisiatif tersebut membolehkan rakan pemandu mengekalkan bahagian pendapatan yang lebih besar.
Pengurus Operasi Pemandu, inDrive Malaysia, Azlan Anwar, berkata, pertumbuhan inDrive di Malaysia tidak mungkin dapat dicapai tanpa rakan pemandu yang memastikan komuniti terus bergerak setiap hari.
"Ketika kos pemanduan terus meningkat, kami percaya platform seperti inDrive mempunyai peranan untuk membantu pemandu mengurus perbelanjaan mereka dengan lebih baik, menjana pendapatan secara lebih mampan dan merasakan bahawa sumbangan mereka dihargai.
"Platinum Driver League merupakan salah satu cara kami mengiktiraf usaha mereka. Dengan memberikan sokongan yang lebih bermakna kepada pemandu, kami juga dapat meningkatkan pengalaman penumpang dan menyumbang kepada pertumbuhan mampan ekonomi gig di Malaysia.”
Mengiktiraf Rakan Pemandu Cemerlang menerusi Platinum Driver League 2026
Selepas menerima sambutan menggalakkan dalam edisi sulung tahun lalu, Platinum Driver League kembali berlangsung dari 27 April hingga 31 Mei 2026 dengan menawarkan hadiah bernilai lebih RM100,000 kepada rakan pemandu yang layak di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Peserta berpeluang memenangi hadiah mingguan seperti telefon pintar, tablet, kamera papan pemuka (dashcam) dan baucar bahan api, manakala hadiah utama kempen termasuk sebuah Perodua Bezza 1.3 Advance 2026 dan sebuah motosikal Yamaha NVX.
Pemenang tempat pertama tahun ini berjaya melengkapkan 1,347 perjalanan sepanjang tempoh kempen selama sebulan, sekali gus menonjol dalam kalangan ribuan pemandu Platinum aktif di seluruh negara.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC5234
SELANGOR
BSQ8072
JOHOR
JYY6413
PULAU PINANG
PSD845
PERAK
APJ2257
PAHANG
CFG7816
KEDAH
KGG5090
NEGERI SEMBILAN
NEK6521
KOTA KINABALU
SJS4175
KUCHING
QAB9871N
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Operasi InDrive Di Malaysia Mungkin Tamat – Ini Sebabnya
E-hailing InDrive Malaysia kini berdepan kemungkinan ditamatkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
04-05-2025
Berita Terkini
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Pecah Rekod, inDrive Catat 1.2 Juta Perjalanan, Sah Lanjut Lesen Operasi Hingga 2028
Rekod Baharu 1.2 Juta Perjalanan, inDrive Sahkan Lesen Operasi Di Malaysia Hingga 2028.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
SAH: LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Beroperasi
Penantian Berakhir: LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Akhir Bulan Ini.
17-06-2026
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres
Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.
16-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat