Proton Lantik Grand Motors Sebagai Pengedar Rasmi Proton e.MAS Di Brunei
.jpeg)
PROTON melantik Grand Motors Sdn Bhd sebagai pengedar sah Proton e.MAS di Brunei , baru-baru ini.
Pelantikan itu menjadikan Brunei sebagai pasaran eksport kedua bagi jenama Proton e.MAS selepas Singapura, sekali gus mengukuhkan strategi syarikat untuk mengembangkan kehadiran kenderaan tenaga baharu (NEV) buatan Malaysia di rantau ASEAN.
Grand Motors yang mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam industri automotif Brunei akan bertanggungjawab mengendalikan jualan, pemasaran, khidmat pelanggan serta perkhidmatan selepas jualan Proton e.MAS.
Syarikat itu turut akan mengendalikan sebuah bilik pameran dan pusat servis khusus bagi memastikan pelanggan menikmati pengalaman pemilikan EV yang menyeluruh.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton International Corporation, Edmund Lim Meng Thong berkata, pelantikan itu merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha PROTON mengembangkan perniagaan mobiliti masa depan di luar Malaysia.
"Pelantikan Grand Motors merupakan satu pencapaian penting bagi Proton e.MAS ketika kami meneruskan momentum kejayaan perniagaan EV dan memperkenalkan penyelesaian mobiliti yang dibangunkan di Malaysia kepada lebih ramai pelanggan di rantau ini.
"Brunei merupakan pasaran yang sesuai untuk Proton e.MAS kerana negara itu mempunyai aspirasi jelas untuk membangunkan ekosistem pengangkutan yang lebih lestari. Pada masa sama, pengguna semakin mencari kenderaan yang menawarkan teknologi moden, tahap keselamatan tinggi serta praktikal untuk kegunaan harian," katanya.
Menurut beliau, kerjasama dengan Grand Motors akan menggabungkan kepakaran tempatan syarikat itu dengan keupayaan PROTON dalam pembangunan kenderaan elektrik bagi menawarkan pengalaman pemilikan yang lengkap, sekali gus memudahkan lebih ramai pengguna beralih kepada EV.
Sementara itu, PROTON menjelaskan pelantikan Grand Motors hanya melibatkan rangkaian Proton e.MAS dan kenderaan tenaga baharu. Bagi model enjin pembakaran dalaman (ICE), PAD Motors Sdn Bhd kekal sebagai pengedar sah PROTON di Brunei yang menawarkan model Proton Saga, Proton S70, Proton X50, Proton X70 dan Proton X90.
Dengan dua rakan pengedar yang masing-masing memberi tumpuan kepada segmen kenderaan konvensional dan tenaga baharu, PROTON yakin mampu mengukuhkan lagi kedudukannya di Brunei serta menawarkan pilihan mobiliti yang lebih menyeluruh kepada pengguna.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3510
SELANGOR
BSV684
JOHOR
JH3625J
PULAU PINANG
PSH3848
PERAK
APM9172
PAHANG
CFJ4001
KEDAH
KGJ8021
NEGERI SEMBILAN
NEM5771
KOTA KINABALU
SJV1671
KUCHING
QAB136Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
Jaecoo J5 EV vs Proton e.MAS 7: Mana Berbaloi RM118k?
Jaecoo J5 EV Dilancar RM118.8k: Lawan Proton e.MAS 7.
03-09-2026
PROTON & e.MAS Buka 10 Cawangan Serentak Dalam Masa 10 Hari
Kembangkan Empayar: PROTON & e.MAS Lebar Sayap, Pecah Rekod Buka 10 Cawangan Dalam 10 Hari.
24-07-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran
Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.
21-04-2026
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'
Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.
19-03-2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge