PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

Ketika industri automotif tempatan dilaporkan agak ‘lemau’ dan menguncup, namun PROTON, tidak langsung menoleh ke belakang sebaliknya, mereka terus memecut laju meninggalkan pesaing lain dengan mencatatkan jualan luar biasa sebanyak 16,995 unit sepanjang bulan Mei sahaja.
Apa yang mengejutkan, pencapaian ini diraih ketika Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan menjunam sebanyak 15.4% berbanding bulan sebelumnya. Isyaratnya mudah: PROTON kalis badai pasaran.
Untuk lima bulan pertama tahun 2026, PROTON sudah menyerahkan 84,294 unit kenderaan kepada pelanggan—melonjakkan pertumbuhan tahun ke tarikh (YTD) sebanyak 38% dengan pegangan pasaran kini mencecah 26.7%.
Saga Kembali Rampas Takhta: King Is Back!
Walaupun pasaran kini dihujani dengan model-model kenderaan elektrik (EV) yang canggih, Proton Saga membuktikan yang "tua-tua kelapa, makin tua makin berminyak.
Model ikonik negara ini kembali merampas takhta sebagai kereta paling laris di Malaysia dengan penghantaran sebanyak 7,398 unit pada bulan Mei. Gabungan harga rahmah, teknologi moden, dan ketahanan tinggi membuatkan rakyat Malaysia terus jatuh cinta. Jualan YTD Saga kini mencecah 37,375 unit (naik 41% berbanding 2025).
Wira-Wira Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) Lain:
Proton S70: Menjadi fenomena tersendiri apabila mencatat jualan 2,350 unit pada Mei. Ini adalah bulan ketiga berturut-turut sedan Segmen-C ini melepasi angka 2,000 unit!
Proton X50: Terus 'tapau' segmen SUV kompak dengan 2,793 unit diserahkan, mengekalkan statusnya sebagai abang long SUV paling laris.
Proton X90: Tidak mahu ketinggalan menerajui takhta SUV Segmen-D dengan 402 unit terjual pada bulan yang sama.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Rashid Musa mengakui prestasi PROTON pada tahun 2026 membuktikan rakyat Malaysia terus memberikan sambutan positif kepada produk yang menawarkan nilai tinggi, teknologi canggih dan pengalaman pemilikan yang memuaskan.
"Apa yang lebih membanggakan adalah kejayaan ini dicapai merentasi pelbagai segmen. Proton Saga kekal sebagai kereta pilihan rakyat Malaysia, Proton X50 terus menerajui pasaran SUV manakala rangkaian Proton e.MAS semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai penanda aras mobiliti elektrik negara.
“Ketika kami terus melabur dalam pembangunan produk baharu, pengukuhan rangkaian jualan serta peningkatan keupayaan selepas jualan, fokus kami kekal untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang melebihi jangkaan pelanggan sambil memperkukuh kedudukan PROTON sebagai jenama automotif pilihan rakyat Malaysia,” katanya.
Raja Elektrik Baru: Rangkaian e.MAS Kuasai Malaysia

Bukan sahaja gah dengan enjin petrol tradisional, PROTON kini sah bergelar "King of EV" di Malaysia menerusi sub-jenama elektrik mereka, Proton e.MAS.
Sebanyak 3,022 unit (gabungan domestik & eksport) telah diserahkan pada bulan Mei, menjadikan jualan YTD elektrik mereka melonjak kepada 14,687 unit dalam masa 5 bulan sahaja!
| Model EV/PHEV | Jualan Mei 2026 | Status Pasaran |
| e.MAS 7 PHEV | 1,181 unit | Juara Hibrid Plug-In! Menjadi PHEV paling laris di Malaysia dalam tempoh hanya 4 bulan selepas dilancarkan. |
| e.MAS 7 EV | 958 unit | Rampas Semula Takhta! Kembali menjadi EV tulen paling laris untuk bulan Mei hasil produksi CKD yang semakin stabil. |
| e.MAS 5 | 883 unit | Tulang Belakang EV! Kekal sebagai EV paling laris di Malaysia untuk keseluruhan tahun (YTD: 9,357 unit). Produksi pemasangan tempatan (CKD) bakal bermula bulan ini! |
Kesimpulan
Sama ada anda mahukan kereta mampu milik seperti Saga, SUV keluarga seperti siri X, atau jentera masa depan mesra alam seperti e.MAS—PROTON nampaknya mempunyai "senjata" yang tepat untuk setiap poket rakyat Malaysia pada tahun 2026.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV5452
SELANGOR
BSU6039
JOHOR
JG3698J
PULAU PINANG
PSG7570
PERAK
APM4783
PAHANG
CFJ2261
KEDAH
KGJ5853
NEGERI SEMBILAN
NEM3904
KOTA KINABALU
SJU6853
KUCHING
QAB8257P
Terakhir Kemas Kini 26 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Polis Berjaya Tangkap Suspek, Tidak Sampai 24 Jam
Pemandu e-hailling bernasib baik kerana terselamat walaupun ditikam di leher dalam satu kejadian samun di jalan Sentul Pasar.
26-01-2022
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Berita Terkini
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

