Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Naza Eastern Motors melancarkan secara rasminya Suzuki e VITARA yang merupakan kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama mereka.

Dibina di atas platform HEARTECT-e serba baharu, e VITARA melambangkan visi jenama tersebut terhadap mobiliti masa hadapan, di samping kekal setia kepada reputasi lamanya dalam menghasilkan kenderaan yang praktikal, boleh diharap dan berkeupayaan tinggi.

Suzuki e VITARA serba baharu ditawarkan di Malaysia bermula daripada RM188,000 (atas jalan tanpa insurans). Pelanggan boleh memilih daripada lima pilihan warna, iaitu:
- Celestial Blue Pearl Metallic
- Bluish Black Pearl
- Land Breeze Green Pearl Metallic + Bluish Black Pearl
- Splendid Silver Pearl Metallic + Bluish Black Pearl
- Grandeur Grey Pearl Metallic + Bluish Black Pearl
Sebagai jaminan ketenangan minda tambahan bagi pelanggan yang beralih ke mobiliti elektrik, setiap pembelian Suzuki e VITARA disokong oleh:
- Waranti kenderaan selama lima tahun tanpa had perbatuan
- Waranti komponen BEV selama lima tahun/100,000km
- Waranti bateri selama lapan tahun/160,000km
Sokongan pelanggan diperkukuhkan lagi melalui rangkaian Naza Eastern Motors di seluruh negara yang merangkumi 14 cawangan jualan dan 13 pusat servis, bagi memastikan akses mudah kepada jualan, sokongan selepas jualan dan perkhidmatan profesional di seluruh Malaysia.
Apa yang menarik, 10 pembeli pertama akan menerima pengecasan EV percuma selama lima tahun di pengedar terpilih (terma dan syarat tertakluk).
e VITARA baharu ini dilengkapi dengan sistem eAxle baharu yang terdiri daripada bateri 61kWh dan motor tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 128kW (252hp) dan tork 193Nm, sekali gus memberikan SUV elektrik ini jarak pemanduan penuh sejauh 426km.
Program Waranti Baharu Model Suzuki Lain
Naza Eastern Motors turut memperkenalkan program waranti kenderaan baharu selama lima tahun tanpa had perbatuan untuk beberapa model Suzuki terpilih di Malaysia (Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus, Fronx, dan Fronx Sport), bagi meningkatkan lagi keyakinan pemilikan bagi rangkaian model Suzuki. Pakej waranti kenderaan baharu ini menggantikan waranti terdahulu iaitu tiga tahun/100,000km.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza, Mohd Rizal Jailan mengulas mengenai pengenalan e VITARA:
"Pengenalan e VITARA menandakan detik penting bukan sahaja untuk Suzuki, tetapi juga untuk Naza Eastern Motors ketika kami melangkah ke era baharu mobiliti elektrik."
"e VITARA mencerminkan komitmen Suzuki untuk membangunkan kenderaan elektrik yang praktikal dan mudah diakses bagi memenuhi keperluan pelanggan hari ini yang sentiasa berubah, tanpa menjejaskan gaya, keandalan dan keseronokan pemanduan yang sinonim dengan jenama ini."
Beliau menambah, "e VITARA ialah langkah ke hadapan yang penting dalam memperluas kehadiran Suzuki di Malaysia di samping menyokong peralihan negara ke arah masa depan automotif yang lebih mampan."
Suzuki e VITARA: SUV Elektrik Pertama Suzuki


Dibangunkan di bawah konsep reka bentuk DNA "High-Tech & Adventure", e VITARA membawakan reka bentuk yang berani dan tersendiri yang diispirasikan oleh konsep "Metal Beast", menggabungkan estetika digital futuristik dengan gaya SUV yang tegap.
Reka bentuk luaran yang unik menyerlahkan gaya yang berkuasa melalui gerbang roda yang sasa, roda berdiameter besar, serta reka bentuk bahagian hadapan yang berani dengan rupa bentuk heksagon yang unik dan elemen lampu matriks tiga titik yang tersendiri.

Dengan ukuran panjang 4,275mm, lebar 1,800mm, dan tinggi 1,635mm, serta jarak roda 2,700mm yang luas dan kapasiti kargo sehingga 306 liter, e VITARA menawarkan ruang kabin yang luas dan praktikal di samping mengekalkan saiz kompak yang sesuai untuk persekitaran bandar.
SUV elektrik sepenuhnya ini mempunyai berat kasar 2,250 kg dan dilengkapi dengan set roda 18-inci bergaya yang dibaluti tayar bersaiz 225/55.
Ruang Dalaman dan Keselesaan Premium

Di bahagian dalam, e VITARA memperkenalkan generasi baharu reka bentuk dalaman Suzuki yang berpusatkan pengalaman digital yang sangat mesra pengguna. Kabin premium dan kontemporari ini menggabungkan upholsteri jersi Melange baharu, kemasan hitam piano, kemasan perak gelap berkilau tinggi, dan perincian geometri bertekstur.

Penggunaan pelbagai bahan, termasuk kulit sintetik bertebuk (perforated) dan kulit sintetik coklat, mewujudkan suasana sofistikated namun lasak yang membezakan e VITARA daripada kenderaan elektrik konvensional.
Antara tarikan utama ialah Sistem Paparan Bersepadu (IDS), yang menggabungkan kluster instrumen dan paparan infotainmen pusat ke dalam satu unit tunggal secara lancar, sekali gus menyediakan akses intuitif kepada maklumat kenderaan, kawalan iklim, dan ciri ketersambungan

Kabin kenderaan ini turut dilengkapi dengan:
- Stereng berbentuk squircle (segi empat sama bulat) dua jejari baharu
- Konsol tengah terapung dengan kawalan shift-by-wire
- Pengecasan telefon pintar wayarles Qi
- Soket ACC hadapan dan dua port USB (USB-A dan USB-C)
- Port USB belakang (USB-A dan USB-C) serta talam telefon pintar
- Lampu ambien
- Tempat sandar lengan belakang dengan pemegang cawan
- Ruang bagasi fleksibel dengan susunan tempat duduk yang boleh dikonfigurasikaN'

Rangkaian Kuasa Elektrik Canggih dan Teknologi Pengecasan
Jantung utama e VITARA ialah sistem pacuan elektrik eAxle yang baru dibangunkan oleh Suzuki, yang menyepadukan motor, penyongsang (inverter), dan gear penurunan (reduction gear) ke dalam satu pakej yang kompak dan sangat cekap.
Bateri litium besi-fosfat 61kWh milik e VITARA direka untuk memberikan ketahanan, kecekapan, dan keselamatan, dengan menggabungkan teknologi penyejukan cecair serta pelbagai sistem perlindungan.
Bateri ini menyalurkan kuasa 128kW (252hp) dan tork 193Nm ke roda hadapan, memberikan jarak pemanduan keseluruhan sejauh 426km. Pemandu boleh memilih antara tiga mod pemanduan (ECO, NORMAL, dan SPORT) yang membolehkan ciri prestasi kenderaan disesuaikan mengikut keadaan pemanduan dan keutamaan.
Untuk kemudahan tambahan, e VITARA menyokong pengecasan pantas DC, membolehkan bateri dicas daripada 10% hingga 80% dalam masa seawal 45 minit. Manakala pengecasan AC daripada 10% hingga 100% boleh disiapkan dalam tempoh kira-kira sembilan jam menggunakan pengecas 7kW.
Teknologi Keselamatan dan Bantuan Pemandu yang Komprehensif
Suzuki e VITARA dilengkapi dengan rangkaian sistem keselamatan canggih dan bantuan pemandu yang komprehensif, direka untuk menyokong pemandu di jalan raya bandar, lebuh raya, serta perjalanan jarak jauh.
Ciri-ciri keselamatan utama termasuk:
- Dual Sensor Brake Support II (DSBS II)
- Brek pelbagai pelanggaran (Multiple collision braking)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS)
- Bantuan lampu tinggi (High beam assist)
- Monitor Titik Buta (BSM)
- Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
- Struktur badan penyerap impak
- Badan pengurangan kecederaan pejalan kaki
- Beg udara SRS
Teknologi Kawalan Efektif Keseluruhan (TECT)
e VITARA turut menampilkan sistem kamera 360 darjah dengan pandangan atas (bird's-eye) dan pandangan aras mata, memberikan jarak penglihatan dan keyakinan yang lebih tinggi semasa meletak kenderaan serta ketika melakukan manuver kelajuan rendah.
Memandangkan e VITARA diperkenalkan dalam unit yang terhad untuk fasa pertama ini, pelanggan yang berminat digalakkan untuk mendaftarkan minat mereka lebih awal bagi mengamankan slot mereka sebagai antara pemilik perintis e VITARA pertama di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Suzuki e VITARA baharu, pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran sah Suzuki di seluruh negara atau melayari www.suzukimalaysia.com untuk mendapatkan butiran dan kemas kini terkini.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD6523
SELANGOR
BSR1576
JOHOR
JYB3682
PULAU PINANG
PSD3271
PERAK
APJ4170
PAHANG
CFG8716
KEDAH
KGG6573
NEGERI SEMBILAN
NEK7359
KOTA KINABALU
SJS5531
KUCHING
QAB580P
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Suzuki Fronx Dilancarkan Di Malaysia – Hibrid Pintar, Dari RM147,888
Naza Eastern Motors, pengimport dan pengedar rasmi Suzuki di Malaysia, hari ini secara rasmi melancarkan model crossover kompak terbaru, Suzuki Fronx.
18-11-2025
Suzuki Swift Sport ‘Final Edition’ Dilancar, Harga Cuma RM137,900
Pengimport dan pengedar kereta Suzuki tempatan, Naza Eastern Motors (Suzuki Cars Malaysia) melancarkan Suzuki Swift Sport baru-baru ini.
25-08-2025
Suzuki Jimny Artic Edition Dilancarkan – Putih Mutiara Yang Menyerlah, Dari RM167,900
Naza Eastern Motors, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Suzuki, telah memperkenalkan Suzuki Jimny Artic Edition yang eksklusif.
19-11-2024
Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Rasmi di Malaysia – Lebih Luas! Dari RM199,950
Naza Eastern Motors sebentar tadi telah melancarkan secara rasmi Suzuki Jimny 5 Pintu bagi pasaran Malaysia. Ini spesifikasinya...
30-07-2024
Tempahan Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Dibuka – Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi
Pengimport dan pengedar rasmi kereta Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors, akhirnya membuka tempahan untuk Suzuki Jimny 5-Pintu.
22-04-2024
Berita Terkini
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat