WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengedar dan pemasang rasmi kenderaan GAC di Malaysia melakar sejarah apabila memulakan eksport pertama unit GAC GS3 EMZOOM Pemanduan Sebelah Kiri (LHD) yang dipasang secara tempatan ke Vietnam, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, James Tan, berkata pengeksportan GAC GS3 EMZOOM pemanduan sebelah kiri yang dipasang secara tempatan ke Vietnam merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat WTCA.
"Ia membuktikan pengalaman luas keupayaan pemasangan tempatan Kumpulan Tan Chong sebagai kilang CKD penuh yang dilengkapi kemudahan pengecatan untuk menghasilkan kenderaan buatan Malaysia berkualiti tinggi. Pencapaian ini juga menonjolkan kesediaan kami untuk menyokong strategi pertumbuhan serantau GAC.
""Kami amat berterima kasih dan menghargai sokongan serta bimbingan berterusan daripada GAC International, serta sokongan strategik daripada agensi kerajaan utama seperti MITI, MIDA, dan MARii. Kerjasama mereka amat penting dalam merealisasikan program eksport ini,"katanya.
Keupayaan Tempatan
Unit GS3 EMZOOM yang dieksport ke Vietnam dipasang di kilang Segambut, yang telah dinaik taraf untuk memenuhi keperluan eksport.
Untuk makluman, GS3 EMZOOM dikuasakan oleh enjin 1.5 liter (GDI) pengecas turbo yang mana ia mampy menghasilkan 177PS dan tork 270Nm, serta dipadankan dengan Transmisi Klac Kembar Basah 7-kelajuan (7-speed Wet DCT).
Selain karakter prestasinya yang sporty, GS3 EMZOOM dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik seperti:
Kokpit digital skrin berkembar (dual-screen digital cockpit)
Bumbung suria panoramik (panoramic sunroof)
Sistem kamera 360 darjah
Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) Tahap 2
Bantuan Tempat Letak Kereta Automatik Sepenuhnya (FAPA)
Ciri-ciri ini menawarkan keselamatan dan keselesaan kepada pelanggan di Vietnam dalam pemanduan harian mereka.
Program Eksport Berkala ke Vietnam
Penghantaran pertama unit CKD GS3 EMZOOM dirancang bermula Jun 2026, menandakan permulaan operasi eksport yang berstruktur dan mampan ke Vietnam.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW4824
SELANGOR
BSU7058
JOHOR
JG6045J
PULAU PINANG
PSH271
PERAK
APM5875
PAHANG
CFJ2852
KEDAH
KGJ6462
NEGERI SEMBILAN
NEM4429
KOTA KINABALU
SJU8092
KUCHING
QAB8745P
Terakhir Kemas Kini 29 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
