Mandalika Lagi Cantik, Kenapa Litar Sepang Jadi Pilihan F1

Keputusan penganjur Formula 1 (F1) memilih Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC) bagi menganjurkan perlumbaan pengganti Gulf Air Bahrain Grand Prix pada Oktober ini nyata mencetuskan 'panas' di media sosial.
Segelintir netizen jiran sebelah mula mempersoalkan:
“Litar Mandalika kan lagi moden, ada pemandangan pantai dan bukit yang estetik… kenapa Sepang juga yang F1 pilih?”Nanti dulu! Dalam dunia F1, keindahan pemandangan tidak mampu mengatasi kecekapan logistik.
Penganjuran sukan bermotor paling mahal di dunia ini bukan sekadar soal 'pemandangan untuk Instagram', tetapi melibatkan operasibernilai jutaan dolar.
Berikut 6 faktor utama kenapa F1 'jatuh hati' semula kepada Sepang:

1. Logistik: Sepang-KLIA Cuma 10 Minit!
Perlumbaan F1 membawa kira-kira 1,500 hingga 2,000 tan peralatan setiap minggu. Daripada kereta lumba, tayar, hinggalah ke kelengkapan stesen penyiaran canggih.
Sepang: Hanya 5 ke 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) — hab kargo kargo udara gergasi. Peralatan boleh dipindahkan terus ke paddock dalam sekelip mata!
Mandalika: Kargo perlu diuruskan melalui Lapangan Terbang Lombok yang mempunyai kapasiti kargo terhad, sekali gus menambah risiko kelewatan dan kos.2.
2. Perjalanan:
Perlumbaan di Malaysia terletak tepat di antara Grand Prix Azerbaijan dan Singapura. Lokasi Sepang di hab Asia Tenggara memudahkan laluan transit peranti teknikal F1 tanpa perlu penerbangan jarak jauh yang merumitkan.
3. Sepang Ada 'DNA' F1 Selama 19 Musim
Sepang bukannya 'budak baru nak belajar'. Berpengalaman menganjurkan F1 dari tahun 1999 hingga 2017, litar ini dibina khusus dengan spesifikasi FIA Grade 1 tertinggi:
Garaj dan pit lane bertaraf dunia.Pusat media antarabangsa sedia ada.I nfrastruktur penyiaran dan kawasan paddock yang luas.
4. Bilik Hotel & Akses Pengangkutan
Satu minggu F1 membawa puluhan ribu krew, pelumba, media, dan peminat antarabangsa. Sepang dikelilingi ribuan bilik hotel berstatus tinggi di KLIA, Putrajaya, Cyberjaya, dan Kuala Lumpur dengan rangkaian lebuh raya serta pengangkutan awam yang serba lengkap.
5. Rekod Penganjuran Yang Terbukti
Sepang tidak pernah 'berehat' daripada sukan permotoran kelas dunia. Dari MotoGP, GT World Challenge, hinggalah perlumbaan endurance, krew Sepang sudah biasa mengendalikan tekanan penganjuran tahap tinggi. Tiada tempoh trial and error diperlukan!
6. Mandalika Hebat, Tapi Fokusnya Berbeza!

Litar Mandalika memang diakui antara litar terindah di dunia dengan latar belakang pantai yang memukau.
Namun, sejak awal pembangunannya, Mandalika lebih difokuskan untuk acara MotoGP dan pemerkasaan sektor pelancongan. Walaupun memegang status FIA Grade 1, Mandalika belum pernah diuji dengan skala operasi F1 sebenar yang jauh lebih kompleks dan mencabar.
Kesimpulan: Bukan Soal Reka Bentuk, Tapi Kecekapan Operasi!
ini bukannya persaingan 'siapa lagi hebat'. F1 ialah perniagaan dan sukan teknikal berskala global. Mandalika mungkin menang dari segi panorama, tetapi Sepang adalah raja dari sudut kecekapan logistik, infrastruktur bertaraf dunia, dan pengalaman operasi. Sebab itulah untuk slot sepantas ini, Sepang kekal sebagai pilihan paling praktikal dan selamat buat F1!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW5725
SELANGOR
BSU7246
JOHOR
JG6417J
PULAU PINANG
PSH642
PERAK
APM6025
PAHANG
CFJ2915
KEDAH
KGJ6533
NEGERI SEMBILAN
NEM4551
KOTA KINABALU
SJU8276
KUCHING
QAB8907P
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge




