ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nissan nampaknya mahu menggegarkan pasaran SUV global apabila Nissan Motor India Private Ltd (NMIPL) secara rasminya melancarkan model SUV terbaharu mereka, Nissan Tekton, dalam satu acara Tayangan Perdana Dunia (World Premiere) di Mumbai, baru-baru ini.

Apa yang paling menarik perhatian sudah tentu tanda harganya. SUV segmen-B yang tampil dengan rekaan moden ini ditawarkan pada harga yang sangat mampu milik, bermula dari RM44,800 sehingga RM79,400 sahaja.

Sebagai tanda penghargaan kepada 400,000 pelanggannya di India, Nissan turut menawarkan kadar istimewa (harga pengenalan) khusus untuk 10,000 tempahan terawal.

image.png

Dua Pilihan Enjin Turbo: Manual & Transmisi DCT!

Di bawah bonet, Nissan Tekton tidak berkompromi dari segi prestasi. Ia ditawarkan dengan dua pilihan nadi enjin petrol turbo yang cukup bertenaga:

  • Enjin 1.0L Turbo (3-Silinder): Menghasilkan kuasa 100 PS dan tork 166 Nm. Kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi manual 6-kelajuan. Sesuai untuk mereka yang mahukan pemanduan harian yang jimat dan santai.
  • Enjin 1.3L Turbo (4-Silinder): Bagi yang mahukan prestasi lebih agresif, nadi ini mampu menghamburkan 163 PS dan tork puncak 280 Nm! Ia dipadankan sama ada dengan transmisi manual 6-kelajuan atau transmisi klac berkembar (DCT) 6-kelajuan yang menjanjikan penukaran gear lebih pantas.

Kabin Premium Saraf Teknologi: Google Built-In & ADAS

Walaupun harganya mesra poket, ruang dalaman Nissan Tekton dilengkapi dengan ciri yang biasanya hanya ada pada SUV premium. Antara kelengkapan menarik yang ditawarkan termasuklah:

  • Bumbung Panoramik untuk penggayaan lebih mewah.
  • Tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan (ventilated seats) – sangat berguna untuk cuaca panas!
  • Sistem penyaman udara dua zon dan ruang but yang sangat praktikal seluas 700 liter.
  • Paparan kokpit digital sepenuhnya serta sokongan perkhidmatan ketersambungan pintar.

Paling menarik, sistem infotainmennya hadir dengan fungsi Google built-in. Ini bermakna pemandu boleh mengakses terus aplikasi Google Maps, Google Assistant, dan Google Play secara terbina tanpa perlu sentiasa bergantung pada sambungan telefon pintar.

Aspek keselamatan juga dipertingkatkan dengan kehadiran Sistem Bantuan Pemandu Standard (ADAS) yang lengkap bagi memastikan pemanduan yang lebih selamat.

Bakal Dieksport Ke 50 Negara – Malaysia Seterusnya?

Dipasang di kilang pembuatan Chennai, India, Tekton merupakan produk ketiga keluaran Nissan India selepas kejayaan model Magnite dan Gravite.

Selain untuk pasaran domestik India, Nissan telah mengesahkan bahawa SUV kompak ini bakal dieksport ke 50 pasaran seluruh dunia, termasuklah rantau Afrika, Asia Barat, dan Arab Saudi.

Melihat kepada spesifikasi mantap dan harga yang sangat kompetitif ini, adakah Nissan Tekton ini sesuai untuk dibawa masuk oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) bagi mencabar dominasi SUV segmen-B di Malaysia? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRV4471

SELANGOR

BSU5907

JOHOR

JG3420J

PULAU PINANG

PSG7331

PERAK

APM4661

PAHANG

CFJ2180

KEDAH

KGJ5701

NEGERI SEMBILAN

NEM3843

KOTA KINABALU

SJU6823

KUCHING

QAB8209P

Terakhir Kemas Kini 24 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Global
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global
iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026
Global
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.