ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pendaftaran minat untuk DENZA Z9GT, yang merupakan model Grand Toure dan kenderaan paling canggih dari segi teknologi setakat in, sudah pun dibuka. 

Bagi yang berminat  jentera ini disumbat dengan oleh sistem pacuan semua roda (AWD) Tri-motor yang menghasilkan kuasa sehingga 850 kW, bersamaan 1,156 PS, serta tork maksimum 1,210 Nm.

Untuk itu, Z9GT mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 2.7 saat, selain  menawarkan jarak pemanduan elektrik tulen sehingga 701 km (NEDC). 

Di sebalik prestasi luar biasa DENZA Z9GT ialah Platform  3 revolusioner, sebuah seni bina kenderaan pintar tercanggih DENZA yang pertama kali diperkenalkan dalam barisan model jenama ini.

image.png

Dengan bateri berkapasiti 122.49 kWh serta beroperasi pada seni bina voltan tinggi 1,000 V, Z9GT menyokong Teknologi Pengecasan Kilat BYD yang membolehkan pengecasan daripada 10% hingga 70% hanya dalam masa 5 minit, atau daripada 10% hingga 97% dalam hanya 9 minit.

Mnejengah bahagian kabinnya,  Z9GT menawarkan ruang mewah yang diperhalusi, direka untuk memberikan keselesaan, kemudahan dan pengalaman perjalanan yang menenangkan.

Penggunaan bahan premium termasuk kulit asli dan kemasan kayu asli membentuk suasana kabin yang eksklusif, dilengkapi pintu elektrik dengan fungsi penutupan lembut serta tempat duduk hadapan dengan penyokong sisi aktif bagi memberikan sokongan optimum ketika pemanduan dinamik.

Keselesaan dan kepraktisan turut dipertingkatkan menerusi pad pengecas tanpa wayar berkembar 50W untuk penumpang hadapan, pad pengecas tanpa wayar 50W pada tempat letak tangan belakang, sistem audio premium Devialet® 20 pembesar suara serta peti sejuk pemampat berkapasiti besar dengan fungsi penyejukan dan pemanasan.

Dengan ruang penyimpanan fleksibel termasuk but belakang berkapasiti 495 liter dan but hadapan 53 liter, Z9GT menawarkan keseimbangan sempurna.

Jentera ini juga hadir dengan  pemproses berprestasi tinggi 3nm yang terkemuka dalam industri, yang menguasakan sistem infotainment dengan tindak balas pantas, operasi lancar dan kesalinghubungan digital yang intuitif.

Dengan adanya  Google terbina dalam, sistem ini menawarkan ekosistem digital pintar yang direka untuk meningkatkan kemudahan, navigasi serta pengalaman dalam kenderaan, memastikan setiap perjalanan lebih lancar dan terhubung.

DENZA Z9GT akan membuat penampilan sulung Asia Pasifiknya di Malaysia pada 15 Julai 2026. 

Selepas pelancaran rasminya, pelanggan berpeluang melakukanpandu uji DENZA Z9GT Serba Baharu di semua bilik pameran DENZA Premium di seluruh negara mulai 16 Julai 2026.

Untuk pendaftaran, KLIK!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM6421

SELANGOR

BST2457

JOHOR

JD1649J

PULAU PINANG

PSF1146

PERAK

APK9676

PAHANG

CFH5430

KEDAH

KGH7291

NEGERI SEMBILAN

NEL5750

KOTA KINABALU

SJT7035

KUCHING

QAB4551P

Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026

Berita Terkini

Kereta Baru
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.