- Berita
- Berita Auto
- Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun

Seorang lelaki maut manakala tujuh sekeluarga menerima rawatan di hospital selepas dua kenderaan yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Tun Razak berhampiran Kedutaan Singapura di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.20 malam.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati pokok berkenaan menghempap dua kenderaan iaitu sebuah Honda Accord dan Perodua Bezza yang dinaiki lapan mangsa.
“Kereta Honda Accord yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun mengalami kerosakan teruk selepas dihempap pokok.


“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 4 pagi tadi akibat kecederaan yang dialami,” katanya.
Sementara itu, DBKL dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan teknikal secara menyeluruh susulan kejadian pokok tumbang yang mengorbankan seorang lelaki .
“Siasatan tersebut meliputi keadaan fizikal pokok, struktur akar, keadaan tanah, faktor persekitaran serta aspek lain yang berkaitan. Semakan turut dibuat terhadap rekod pemeriksaan, penyelenggaraan dan sebarang aduan terdahulu berkaitan pokok serta lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan rekod awal, pokok berkenaan daripada spesies peltophorum pterocarpum (yellow flame) dianggarkan berusia 19 tahun dan kali terakhir diperiksa serta disenggara pada 15 Mei 2025.
“Sebagai langkah segera, DBKL telah memulakan pemeriksaan terhadap pokok matang dan pokok yang berpotensi mendatangkan risiko di semua jalan utama Kuala Lumpur khususnya di kawasan yang dikenal pasti mempunyai jumlah trafik dan pergerakan orang awam yang tinggi,” katanya.
SUMBER BERITA HARIAN/KOSMO
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tiada Lagi Ruang Bersembunyi! 10,000 'Mata' Digital Kini Pantau Penjenayah di KL
10,000 CCTV AI: KL Sasarkan Jenayah Turun 50%.
04-05-2026
Pergerakan Penjenayah Dipantau: DBKL Pasang 5,000 CCTV AI
Sebanyak 5,000 CCTV AI dipasang di sekitar Kuala Lumpur untuk keselamatan dan keselesaan warga kota.
03-12-2024
Tanah Jerlus: Jangan Risau, Jalan Masjid India Selamat, Dah Boleh Shopping
Kawasan serta bangunan di Jalan Masjid India disahkan selamat untuk dikunjungi, dimana kejadian tanah jerlus adalah bersifat setempat.
11-09-2024
Jalan Sungai Besi Tutup Bermula Hujung Bulan Ini
Jalan Sungai Besi ditutup untuk melebarkan lagi jalan.
10-09-2023
4 Sekeluarga Terselamat, Kenderaan Kemek Teruk Akibat Dihempap Pokok
Empat sekeluarga nyaris maut apabila Perodua Alza dinaiki dihempap sebatang pokok yang tumbang.
12-01-2025
5 Kenderaan Dihempap Pokok Tumbang
Sekurang-kurangnya lima buah kenderaan dihempap pokok tumbang di belakang bangunan Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands semalam.
17-09-2024
Berita Terkini
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma
Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.
04-09-2026
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab
Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.
04-09-2026
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat