ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Tips

EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Insiden sebuah kenderaan elektrik (EV) yang terbakar ketika sedang dicas di Alam Damai, Cheras pagi tadi telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan bakal pembeli yang bimbang kejadian sama berlaku kepada mereka.

Perkara itu mula disuarakan di group EV.

"Yakinkan saya please, EV selamat dicas di rumah," soal seorang ahli group EV.

Sebaliknya, rata-rata pengguna media sosial lain meninggalkan komen:

"Masalah bukan dekat EV..masalah dekat pendawaian elektrik di rumah," kata seorang pengguna Facebook.

Seorang lagi turut menulis: Gunakan Khidmat professional installer. Jangan kedekut sebab kejadian ni boleh berlaku jika guna khidmat installer yang tak berpengalaman.

"Charger wajib install orang yang bertauliah. Cable jangan pakai yang celup," jelasnya.

Seorang lagi pula memberi tips:

"Yang nak beli EV:

1. Check beza NMC vs LFP

2. Sarankan upgrade 3 phase dan guna 3 phase charger

3. Pastikan installer wallbox bertauliah dan menggunakan saiz cable dan breaker yg betul.

image.png


Pendek kata,  jangan risau, mengecas EV di rumah kerana mengecas kereta di rumah sebenarnya  selamat sekiranya prosedur dan perkakasan yang betul digunakan.

Kebanyakan kes kabel melepuh atau terbakar berpunca daripada penggunaan peralatan yang tidak melepasi piawaian atau bebanan elektrik melampau (overloading) pada litar rumah.

image.png

Tips Mengelakkan Kabel Pengecas EV Terbakar

  • Elakkan Penggunaan Extension Plug Biasa Soket sambungan (extension wire) biasa di rumah tidak direka untuk mengalirkan arus elektrik tinggi secara berterusan selama berjam-jam. Sentiasa colokkan pengecas mudah alih (portable charger) terus ke soket dinding.

  • Gunakan Wallbox Khusus (Pengecas AC) Lakukan pemasangan pengecas dinding (Wallbox) oleh jurutera atau pendawai elektrik bertauliah. Wallbox dilengkapi sistem perlindungan khas untuk mengawal aliran arus elektrik secara stabil dan selamat.

  • Pastikan Pendawaian Rumah Mampu Menampung Beban Sebelum mula mengecas, dapatkan pemeriksaan sistem pendawaian rumah daripada jurutera bertauliah. Pastikan suis pemutus litar (MCB/RCD) dan ketebalan wayar mematuhi spesifikasi bebanan pengecas EV.

  • Gunakan Kabel Pengecas Bertauliah & Original Gunakan kabel pengecas asal daripada pengeluar kenderaan (OEM) atau jenama pihak ketiga yang mempunyai sijil keselamatan diiktiraf (seperti SIRIM atau CE). Elakkan membeli kabel tiruan murah yang tiada jaminan keselamatan.

  • Periksa Keadaan Kabel dan Soket Secara Berkala Sebelum mengecas, pastikan fizikal kabel, kepala palam, dan soket berada dalam keadaan baik. Jangan gunakan kabel yang kembang, retak, atau mempunyai kesan terbakar/kekuningan.

  • Pastikan Pengudaraan Baik Semasa Mengecas Gulung habis kabel semasa mengecas dan elakkan meletakkan kabel yang terikat atau bertindih. Kabel yang terikat akan merangkap haba dan mempercepatkan proses peningkatan suhu yang membahayakan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSA2571

SELANGOR

BSV2472

JOHOR

JH6594J

PULAU PINANG

PSH4931

PERAK

APN1643

PAHANG

CFJ4515

KEDAH

KGJ8913

NEGERI SEMBILAN

NEM6407

KOTA KINABALU

SJV2693

KUCHING

QAB547Q

Terakhir Kemas Kini 19 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Tips
Betul Ke Kereta Elektrik Tak Boleh Dicas Sampai 100%?

Betul Ke Kereta Elektrik Tak Boleh Dicas Sampai 100%?

Mitos atau Fakta: Jangan Cas EV Sampai 100%.

16-11-2026
Tips
Ini Sebab Anda Perlu Jauhkan Dompet Daripada Pad Pengecas Wayarles

Ini Sebab Anda Perlu Jauhkan Dompet Daripada Pad Pengecas Wayarles

Ramai Guna Wireless Charger, Tapi Tak Ramai Tahu Kenapa Dompet Perlu Dijauhkan.

16-11-2026
Tips
Tayar Kereta Botak Ketika Hujan, Ini Bahayanya

Tayar Kereta Botak Ketika Hujan, Ini Bahayanya

Masih guna tayar kereta botak ketika musim hujan? Ketahui 5 bahaya termasuk aquaplaning, jarak membrek lebih panjang dan risiko kemalangan..

13-11-2026
Tips
Khas Untuk Pemandu Yang Selalu ‘Skip’ Check Wiper

Khas Untuk Pemandu Yang Selalu ‘Skip’ Check Wiper

Musim Hujan Tiba, Jangan Abaikan Keadaan Wiper Kereta

13-11-2026
Tips
Batang Gear Tradisional vs Tombol Moden: Mana Satu Pilihan Hati Anda?

Batang Gear Tradisional vs Tombol Moden: Mana Satu Pilihan Hati Anda?

Gear Tombol vs Batang Gear: Pemandu Malaysia Pilih Mana?

12-11-2026
Tips
Cara Jual Kereta Terpakai di Malaysia (2027): Bandingkan 4 Cara Ini

Cara Jual Kereta Terpakai di Malaysia (2027): Bandingkan 4 Cara Ini

Menjual Kereta Terpakai di Malaysia pada 2027? Bandingkan Tukar Beli, Jualan Persendirian, Syarikat Pembeli Kereta dan Konsainan, serta Pertukaran Hak Milik JPJ & Pemeriksaan.

05-11-2026
Tips
Musim Hujan, Jangan Main Redah, Ini Cara Semak Jalan Banjir & Tutup

Musim Hujan, Jangan Main Redah, Ini Cara Semak Jalan Banjir & Tutup

Pengajaran Banjir NKVE & Shah Alam: 5 Sumber Rasmi Wajib Semak Masa Hujan Lebat.

04-11-2026
Tips
Analisis: RON95 Campur Air?Simpan Resit Minyak Anda Mulai Sekarang

Analisis: RON95 Campur Air?Simpan Resit Minyak Anda Mulai Sekarang

Ancaman Petrol RON95 Bercampur Air: Kenapa Sekeping Resit Kecil Boleh Selamatkan Anda.

03-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.