Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Dua unit trak pikap Isuzu D-Max 2.2L baharu berjaya menyempurnakan cabaran D-Max One Tank, One Nation Challenge tanpa perlu membuat sebarang isian semula bahan api sepanjang laluan sejauh 1,756km.
Sebagai membuktikan keupayaan enjin diesel turbo 2.2 liter baharu ini, satu perjalanan mengelilingi Semenanjung Malaysia telah dimulakan pada Isnin, 17 Ogos 2026 dari Balakong, Selangor
Ujian Realistik Di Jalan Raya Malaysia
Perjalanan tersebut melibatkan persinggahan di pelbagai lokasi seperti di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak sebelum kembali semula ke Selangor.
Sepanjang perjalanan tersebut, D-MAX yang terlibat telah melakukan 10 hentian di lokasi pengedar Isuzu sebelum tiba di destinasi akhir di Pusat 3S Isuzu Jinjang, Kuala Lumpur pada Sabtu 22 Ogos 2026.
Lebih menakjubkan, sebaik tiba di destinasi akhir di Pusat 3S Isuzu Jinjang, kedua-dua kenderaan masih mempunyai baki diesel untuk meneruskan pemanduan sehingga ke Melaka, walaupun selepas menamatkan perjalanan yang mencatatkan jarak keseluruhan 1,756 km — melalui jalur lebuh raya, jalan utama dan juga merentasi kawasan pergunungan melalui East-West Link dari Jeli ke Gerik.
Ketua Pegawai Operasi Kenderaan Komersial Ringan Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo menegaskan ujian terbuka ini mengesahkan keupayaan sebenar D-Max sebagai kenderaan cekap tenaga paling ideal untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.
Prestasi Enjin RZ4F-TC 2.2L & Transmisi 8-Kelajuan
Enjin RZ4F-TC 2.2L baharu yang menggerakkan Isuzu D-MAX terbaharu ini merupakan enjin terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang sejarah syarikat setakatini, yang merangkumi kecemerlangan dari pelbagai aspek termasuk prestasi, kehalusan buatan, ketahanan, kebolehpercayaan dan juga kecekapan.
Trak pikap ini dikuasakan oleh enjin RZ4F-TC 2.2L generasi baharu yang digandingkan bersama transmisi automatik 8-kelajuan. Kombinasi ini menawarkan penghantaran kuasa yang lebih lancar dan kehalusan buatan yang tinggi.
Varian 4x2 Auto Plus Cipta Kelebihan Penjimatan
Selain varian 4x4 Auto Premium, Isuzu turut mempertaruhkan varian 4x2 Auto Plus baharu. Pengguguran sistem pacuan empat roda pada varian ini berjaya mengurangkan berat kenderaan sebanyak 80kg.
Pengurangan berat ini sekali gus memberi kelebihan daya seretan yang lebih rendah, menjadikan Isuzu D-Max 2.2L 4x2 pilihan paling menjimatkan untuk pemanduan ulang-alik bandar dan perjalanan jarak jauh.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM9244
SELANGOR
BST2973
JOHOR
JD2672J
PULAU PINANG
PSF1572
PERAK
APL675
PAHANG
CFH5633
KEDAH
KGH7542
NEGERI SEMBILAN
NEL6013
KOTA KINABALU
SJT7486
KUCHING
QAB4643P
Terakhir Kemas Kini 28 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kebangkitan Isuzu D-MAX 2.2L Baharu: Penguasaan Pasaran Melonjak
Sentuhan Enjin 2.2L Baharu, Penangan Isuzu D-MAX Gegarkan Pasaran Tempatan.
04-08-2026
Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka
Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.
22-04-2026
Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial
Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
03-02-2026
Isuzu D-Max Laris Di Pasaran, Capai 3,081 Unit Dalam 6 Bulan
Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa jualan model pikap terlaris jenamanya, Isuzu D-Max, telah mencapai angka 3,081 unit sepanjang enam bulan pertama tahun 2025.
29-07-2025
Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM
Isuzu secara rasmi memperkenalkan trak pikapnya yang terlaris di pasaran, D-Max, dalam versi elektrik (EV).
02-05-2025
Isuzu D-Max 'Tawan' Pasaran Trak Pikap Sebab Jimat Minyak?
Ramai beli Isuzu D-Max sebab jimat minyak, cukai jalan murah dan kos selenggara murah.
21-04-2025
Dilancar: Isuzu D-Max Low-Ride 4X2 MT, Harga Mampu Milik
Tarikan utamanya ialah bahagian ruang muatan barangan kerana berada di kedudukan lebih rendah.
26-02-2025
Isuzu D-Max Low-Ride 4x2 MT Kini Boleh Ditempah – Rekaan Praktikal, Dari RM92,199.20
Isuzu Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran varian baharu dalam barisan trak pikap generasi terbarunya, D-Max Low-Ride 4x2 MT. Tempahan kini telah dibuka dengan penghantaran pertama dijadualkan pada Februari 2025.
14-01-2025
Berita Terkini
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Proton GATE 2026: Pamer EV & Teknologi Mobiliti Masa Depan
PROTON Tayang Teknologi HEV, Seni Bina Elektrik, Elektronik, Enjin i-GT, ADAS Serta Infotainmen.
27-08-2026
Harga Minyak Naik 5 Sen: RON95 Tanpa Subsidi Kini RM3.82
Minyak tanpa subsidi cuma naik 5 sen.
27-08-2026
Cuti Sekolah: 2.2 Juta Kenderaan Banjiri PLUS
Amaran Trafik PLUS: 2.2 Juta Kenderaan Banjiri PLUS.
27-08-2026
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat