"Kenapa Penumpang Kerap Pening & Loya Dalam Kereta EV?

Nampaknya, isu-isu mengenai keselesaan menaiki kenderaan elektrik (EV) kembali mencuri tumpuan di platform media sosial Threads apabila beberapa pengguna media sosial itu meluahkan rasa tidak selesa dan kerap mengalami sakit kepala dan loya setiap kali menjadi penumpang kereta EV.
Lebih menarik, rupanya ramai juga yang mengaku turut merasakan simptom sama seperti mabuk kenderaan atau loya dan sakit kepala.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat masalah tersebut bukan disebabkan oleh teknologi EV itu sendiri, sebaliknya cara pemanduan individu di sebalik stereng yang masih belum serasi dengan karakteristik unik kenderaan tanpa pelepasan gas karbon itu.


Antara Isu Utama yang Dibangkitkan Netizen:
Kawalan Pedal yang Mengejut: Ramai menyifatkan pemandu perlu lebih arif mengendalikan pedal pemecut (accelerator) secara lancar. Sikap mengangkat kaki daripada pedal secara tiba-tiba atau sentapan mengejut dikenal pasti sebagai punca utama penumpang belakang mudah merasa pening.
Belum Mahir ‘Main’ Regen Braking: Sistem Brek Regeneratif (Regeneration Braking) pada EV bertindak memperlahankan kenderaan secara automatik sebaik sahaja kaki diangkat dari pedal minyak untuk mengecas semula bateri. Pemandu yang belum pandai mengawal fungsi ini secara tidak sedar menjadikan corak pemanduan tidak sekata.
Daya G-Force yang Agresif: Penggunaan tetapan High Regen yang terlalu agresif menyebabkan kereta bertindak seperti membrek secara mendadak setiap kali pedal dilepaskan. Perubahan G-force yang kerap ini mewujudkan tekanan fizikal kepada telinga dalam (inner ear) penumpang, seterusnya mencetuskan rasa mual dan sakit kepala.
Apa Kata Kajian Luar Mengenai Motion Sickness dalam EV?
Fenomena ini sebenarnya disokong oleh pelbagai kajian automotif dan perubatan antarabangsa berkaitan mabuk kenderaan atau motion sickness.
Menurut kajian daripada institusi penyelidikan pengangkutan luar negara, ketidakselesaan dalam EV lazimnya berpunca daripada konflik deria (sensory conflict) antara apa yang dilihat oleh mata dan apa yang dirasai oleh sistem vestibular di dalam telinga.
Beberapa faktor saintifik yang menyumbang kepada isu ini termasuklah:
Tork Serta-merta (Instant Torque): Kenderaan EV membekalkan kuasa serta-merta tanpa sebarang lag seperti enjin pembakaran dalaman (ICE). Pecutan yang pantas ini mengejutkan sistem saraf penumpang yang tidak bersedia.
Ketiadaan Bunyi Enjin: Tanpa bunyi deruman enjin konvensional, otak manusia kehilangan satu bentuk panduan audio semulajadi yang biasanya memberi isyarat bahawa kenderaan sedang bergerak atau memperlahankan kelajuan. Akibatnya, badan sukar menjangka pergerakan kenderaan.
Berhenti Tiba-Tiba: Tetapan brek regeneratif yang terlalu kuat menghasilkan nyahpecutan (deceleration) yang tinggi, menyerupai situasi membrek mengejut secara berterusan di dalam trafik bandar.
Tips Untuk Pemandu dan Penumpang EV:
Bagi mengatasi masalah ini, pemandu disaran supaya membiasakan diri menggunakan mod tetapan regen yang lebih rendah sekiranya membawa penumpang baru, selain berlatih mengangkat kaki daripada pedal pemecut dengan lebih tenang dan beransur-ansur. Bagi penumpang pula, melihat ke arah jalan raya di hadapan atau mengalihkan pandangan ke ufuk jauh dapat membantu mengurangkan konflik deria yang menyebabkan pening kepala.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4671
SELANGOR
BST7691
JOHOR
JE4152J
PULAU PINANG
PSF6224
PERAK
APL5361
PAHANG
CFH7574
KEDAH
KGJ1578
NEGERI SEMBILAN
NEL8942
KOTA KINABALU
SJU1594
KUCHING
QAB5782P
Terakhir Kemas Kini 21 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kereta Tersadai Lama Di Pusat Servis, Ini Cara Tuntut Ganti Rugi
Bayar Bulan-Bulan Tapi Kereta Tersadai Di Pusat Servis: Ini Hak Anda Yang Ramai Tak Tahu.
07-09-2026
Gaji Minimum Proton S70 2026 (Ansuran, Kos Bulanan)
Berapa Gaji Untuk Layak Beli Proton S70.
07-09-2026
Jaecoo J5 EV vs Proton e.MAS 7: Mana Berbaloi RM118k?
Jaecoo J5 EV Dilancar RM118.8k: Lawan Proton e.MAS 7.
03-09-2026
Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur
Memandu Dalam Jerebu: 5 Langkah Keselamatan Penting.
26-08-2026
Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?
Tiba-Tiba Mat Rempit 'Block' Jalan? Ini Hak Anda Sebagai Pemandu & Kenapa Kena Segera Call PDRM.
23-08-2026
Tular Peserta Konvoi Motor Kena Saman, Masih Ada Hati Nak Konvoi Ke Thailand?
Ini tips bagi yang nak ride ke Thailand.
18-08-2026
EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?
EV Terbakar? Ini Tips Cas EV Di Rumah Dengan Selamat.
17-08-2026
Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu
Makin moden, makin manja, kenapa kereta sekarang tak sejantan macam kereta dulu?
05-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat