ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Suhana Veru

Kongsi melalui

CHARGING_SIGNING_PHOTO_OP_01.png

PRO-NET secara rasmi telah menjalinkan kerjasama bersama pengendali pengecasan (CPO) terkemuka tanah air iaitu DC Handal, JomCharge, dan chargEV.

Inisiatif ini bertujuan memperkenal dan memperluaskan rangkaian stesen pengecasan berjenama Proton e.MAS di seluruh negara.

Melalui langkah ini, jenama EV No. 1 Malaysia tersebut berhasrat memantapkan ekosistem pengecasan tempatan demi keselesaan pengguna yang kian meningkat.

image.png

Pelaksanaan Stesen Pengecasan Berjenama e.MAS Bermula Q3 2026

Pelancaran stesen pengecasan berjenama e.MAS ini dijadualkan bermula pada suku ketiga  2026.

Fasa awal penumpuan akan diberikan kepada kawasan awam strategik yang mempunyai kadar kunjungan tinggi sebelum diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Langkah ini memastikan pemilik kenderaan elektrik dapat mengakses kemudahan pengecasan dengan lebih pantas dan mudah semasa menjalankan aktiviti harian.

Kadar Pengecasan Istimewa Melalui Aplikasi Proton e.MAS

image.png

Di stesen pengecasan yang terlibat, pemilik e.MAS yang membuat bayaran melalui aplikasi Proton e.MAS turut dapat menikmati kadar pengecasan istimewa, memberikan nilai yang lebih baik ketika mengecas kenderaan mereka.

Lebih 4,700 titik pengecasan yang meliputi lebih 90% kawasan di Malaysia kini boleh diakses melalui aplikasi Proton e.MAS, dilengkapi dengan Peta Pengecasan Langsung yang tersedia dalam kenderaan e.MAS.

Kerjasama strategik bersama CPO utama ini merupakan langkah seterusnya dalam memperluas ekosistem Proton e.MAS serta membawa pengalaman pengecasan jenama ini ke lebih banyak lokasi awam.

Komitmen Menyokong Agenda Ekosistem EV Negara

image.png

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Encik Zhang Qiang berkata, melalui kerjasama dengan CPO utama,  pihaknya mahu menjadikan pengecasan lebih mudah dan memberikan lebih banyak manfaat kepada pemilik e.MAS, khususnya apabila mereka mengecas di lokasi-lokasi utama.

"Kerjasama ini menguatkan kekuatan PRO-NET, rakan pengecasan kami dan ekosistem digital e.MAS untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar kepada pelanggan, sambil menyokong pertumbuhan penggunaan EV di Malaysia,” katanya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3352

SELANGOR

BSV4130

JOHOR

JJ3253J

PULAU PINANG

PSH6922

PERAK

APN3479

PAHANG

CFJ5109

KEDAH

KGK349

NEGERI SEMBILAN

NEM7297

KOTA KINABALU

SJV3890

KUCHING

QAB1395Q

Terakhir Kemas Kini 26 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

Auto Shanghai 2025: ‘Proton e.MAS 5’ Dipamerkan?

Geome Xingyuan yang dilancarkan di China pada Oktober tahun lalu, dipertontonkan kepada umum di acara Auto Shanghai 2025.

25-04-2025

Berita Terkini

EV

Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol

Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.

26-11-2026
EV

We Never Anti EV - Menteri MITI

Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.

26-11-2026
EV

Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu

Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.

20-11-2026
EV

BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit

BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.

19-11-2026
EV

Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja

Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.

19-11-2026
EV

Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?

Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?

17-11-2026
EV

BYD Flash Charging Bakal Dilancar

Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.

13-11-2026
EV

Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.

12-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.