Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian

Tahukah anda, Proton sebenarnya pernah berhasrat untuk menghasilkan kereta sport enjin pertengahan (mid-engined) 2.0-liter berteknologi tinggi berharga RM150,000 sekitar tahun 2000.
Berdasarkan laporan penulis veteran portal automotif mota auto yang berpengalaman 49 tahun dalam dunia automotif, Chips Yap, projek yang dikenali sebagai Proton Ultimate (PU) ini memanfaatkan kepakaran Lotus untuk pasaran Malaysia sebelum projek berkenaan dibatalkan secara misteri akibat perubahan kepimpinan syarikat.

Impian Proton Hasilkan Kereta Sports Mampu Milik
Pada awal tahun 2000-an itu, Proton masih memiliki Lotus Engineering dan seterusnya mempunyai kepakaran serta sumber kejuruteraan dan pembangunan termaju untuk dimanfaatkan.
Kereta sports itu dijangka dilancarkan pada tahun 2003, kira-kira 3 tahun dari waktu projek itu didedahkan dan dinamakan ‘Proton Ultimate’ (PU).
Tempoh pembangunan dan penyelidikan yang singkat untuk model baharu kebiasannya mengambil masa kira-kira 4 tahun dan difahamkan ia dapat direalisasikan atas dua sebab.
Pertama, ia mahu dihasilkan dalam volum rendah dengan parameter yang lebih spesifik berbanding kereta pasaran yang dihasilkan secara besar-besaran seperti model-model lain Proton.
Kedua, kebanyakan proses kejuruteraannya menyimpang daripada kebiasaan dan menggunakan bahan komposit serta bahan ringan.

Program tersebut yang dikenali secara dalaman sebagai ‘Project Sepang’ dipercayai telah diaktifkan pada lewat Februari 2000 dengan konsep casis. Ia merupakan casis ‘Monaco’ yang pernah dipamerkan oleh Lotus di Pertunjukan Auto Frankfurt.
Lotus meneruskan projek kereta sports mereka dengan menggunakan casis Monaco dan menghasilkan pengeluaran terhad bagi model yang dinamakan Europa S, menghidupkan semula nama yang pernah digunakan pada tahun 1960-an.
Bagaimanapun, ia bukannya satu kes menawarkan 'kereta sports Lotus versi Proton'. Lotus mahu memastikan terdapat perbezaan yang jelas antara kedua-dua model. Lotus akhirnya mengeluarkan model tersendiri iaitu Lotus Europa pada tahun 2006.
Dalam kes Proton, objektifnya adalah untuk menghasilkan kereta sports berteknologi tinggi tetapi jenis mampu milik untuk rakyat Malaysia.
Namun Kedudukan pasaran kereta sports itu tidak dinyatakan pada masa tersebut, walaupun ada kemungkinan ia serupa dengan seperti Toyota Celica dan Nissan Silvia.
Teknologi Lotus & Trenkuasa Enjin Petronas E01
Pilihan enjin yang dipertimbangkan termasuk enjin Petronas E01 berkuasa 204 bhp dan enjin V6 baharu Proton yang berkeupayaan ditingkatkan sehingga 200 bhp.
Enjin Petronas, yang turut menarik minat sebuah pengeluar kereta Korea, merupakan salah satu enjin yang dipertimbangkan untuk kereta sukan tersebut.
Proton dipercayai cenderung menggunakan enjin Petronas iaitu hasil daripada projek yang bermula pada tahun 1997 ekoran rasa ketidakpuasan hati tentang perbelanjaan besar bagi membayar Mitsubishi untuk enjin-enjinnya.
Walaupun kereta tersebut bakal dilengkapi pelbagai teknologi tinggi dan menggunakan bahan ringan, kosnya masih dijangka ‘suku daripada kos pembangunannya, menurut CEO Proton ketika itu. Bagaimanapun, kosnya dapat dijimatkan dengan memanfaatkan komponen Proton, misalnya penggunaan brek daripada Wira.
Komponen-komponen ini, yang dihasilkan untuk model volum tinggi Proton, berharga lebih murah disebabkan oleh ekonomi skala (economies of scale) sesuatu yang tidak dinikmati oleh Lotus berikutan jumlah pengeluarannya yang jauh lebih rendah.
Kenapa Proton Ultimate Tidak Pernah Dilancarkan?
Bahagian kabin PU. Gambar Ihsan: MotaAuto
Jumlah pengeluaran yang dirancang untuk PU diunjurkan antara 10,000 hingga 15,000 unit sepanjang kitaran hayat model selama kira-kira 5 tahun.
Menjelang pengeluaran kereta sports itu,, Proton dijangka melabur dalam barisan pengeluaran model baharu di kilangnya (di Shah Alam, Selangor) yang mana sebahagian besar proses pembuatannya berbeza daripada kaedah konvensional.
Sekurang-kurangnya sebuah prototaip dipercayai telah siap dibina dengan ‘enjin Amerika’. Tidak diketahui sama ada prototaip tersebut masih wujud atau telah dilupuskan seperti prototaip Satria Cabriolet yang bernilai dari sudut sejarah selepas Geely menjadi pemilik bersama Proton.

Malangnya, program PU tidak pernah diteruskan sehingga akhirnya. Perkembangan lain di dalam syarikat mungkin telah mengalihkan tumpuan, dan kepimpinan juga bersilih-ganti menyebabkan keutamaan berubah.
Kereta Konsep Lekir ialah sebuah kereta sport dua tempat duduk daripada Proton yang dicadangkan pada tahun 2010. Gambar Ihsan: MotaAuto
Begitupun, Proton ada menawarkan beberapa produk prestasi edisi terhad yang dibangunkan oleh bahagian R3seperti Satria R3 dan Satria Neo R3m Lotus Racing Edition.
Berbalik kepada Proton Ultimate, adakah anda rasa projek PU itu mampu meletakkan Malaysia di peta kereta sports dunia sekiranya ia dilancarkan 20 tahun lalu?
Kongsikan pendapat anda di ruangan bawah.
Sumber berita: MotaAuto.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5340
SELANGOR
BSU3556
JOHOR
JF5411J
PULAU PINANG
PSG3408
PERAK
APM1667
PAHANG
CFJ246
KEDAH
KGJ4232
NEGERI SEMBILAN
NEM2475
KOTA KINABALU
SJU5042
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
