BUDI Diesel Boleh Dipindah Kepada Berapa Orang?

Pemilik berdaftar BUDI Diesel kini boleh memindahkan kelayakan subsidi kepada maksimum tiga individu yang merupakan pengguna sebenar kenderaan bermula hari ini, berikutan pengumuman rasmi Kementerian Kewangan bagi menambah baik penstrukturan bantuan bahan api di Malaysia.
Cara Pindah Kelayakan BUDI Diesel Kepada Pengguna Sebenar
Kerajaan secara rasmi memperluaskan kemudahan pemindahan kelayakan BUDI MADANI Diesel kepada maksimum tiga individu yang benar-benar menggunakan kenderaan terbabit.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, malam ini, berkata sebelum ini pemindahan kelayakan hanya dibenarkan kepada ahli keluarga terdekat.
Dua Penambahbaikan Utama Ketetapan Baharu
Menerusi ketetapan baharu ini, dua fokus utama diperkenalkan bagi memudahkan rakyat:
Pengguna Sebenar: Pemindahan kelayakan kini terbuka kepada mana-mana warganegaraMyKad sah dan layak menerima subsidi BUDI95.
Pemilik Pelbagai Kenderaan: Pemilik yang mempunyai lebih dari satu kenderaan diesel boleh memindahkan kuota kepada maksimum tiga individu lain.
Sebagai contoh, jika seorang pemilik mempunyai empat kenderaan diesel persendirian, kuota tersebut boleh diagihkan kepada ahli keluarga atau pekerja yang menggunakan kenderaan berkenaan.
Syarat Penting Permohonan Pindah Kelayakan
Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu tahu beberapa syarat ketat yang ditetapkan oleh pihak kementerian:
Pemindahan hanya dibenarkan sekali sahaja bagi setiap kenderaan yang layak.
Selepas diluluskan, kuota tidak boleh dipindahkan semula kepada pemilik asal atau individu lain melainkan atas sebab khusus.
Seorang penerima hanya boleh menerima pemindahan kelayakan daripada seorang pemilik berdaftar sahaja.
Cara Mohon Melalui Portal BUDI MADANI
Permohonan di bawah ketetapan baharu ini boleh dibuat mulai hari ini secara atas talian atau fizikal:
Layari Portal BUDI MADANI di pautan rasmi www.budimadani.gov.my.
Hadir secara fizikal ke mana-mana Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pihak Kementerian Kewangan mengingatkan bahawa permohonan yang dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 hari bulan setiap bulan akan diproses bagi membolehkan kelayakan digunakan bermula 1 hari bulan berikutnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2941
SELANGOR
BSU8259
JOHOR
JG9057J
PULAU PINANG
PSH2155
PERAK
APM7201
PAHANG
CFJ3375
KEDAH
KGJ7082
NEGERI SEMBILAN
NEM5043
KOTA KINABALU
SJU9837
KUCHING
QAB9448P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


